Apa Perlu Saya Buat

Cerita dia begini. Saya telah dibuang kerja atas sebab penutupan dan telah menganggur selama 2 bulan.

Dan sekarang baru sebulan mendapat pekerjaan baru.

Semasa interview, saya telah di tanya sekiranya saya akan berkahwin dalam masa terdekat. Dan jawapan saya ialah tidak.

Long short story, suatu hari, saya terkantoi pada pekerja di situ yang saya telah bertunang. (Kerana management telah melihat phone saya tanpa kebenaran saya).

Saya telah merahsiakan pertunangan saya dari semua orang. (Btw, saya akan bernikah dalam masa terdekat).

Dan, dia telah menyebarkan berita itu pada semua pekerja yang lain.

Masalah utama saya sekarang ialah, bagaimana saya ingin meminta cuti seminggu pada management?

Sebab saya takut, mulut pihak management boleh tahan, suka cakna cerita pada semua orang, dan tanpa rasa bersalah, suka memaki hamun orang.

Option saya yang pertama, Adakah saya perlu menipu untuk mengambil cuti?

Sebab pertama, management susah nak bagi cuti.

Yang kedua, saya takut akan dia caci maki dan di pandang serong oleh semua pekerja.

Option kedua, sebaiknya saya berhenti sahaja? Tapi, option ni tunang tidak menggalakkan.

Mesti tertanya² kenapa perlu saya menipu pada awal waktu.

Sebab saya telah mencari di merata tempat selama 2 bulan untuk bekerja, bahagian office, security, kedai biasa, apa sahaja, semua tidak mengambil saya bekerja.

Jadi, last choice saya adalah dengan tidak berkata benar tentang perkahwinan.

Dan saya perlukan kerja dengan segera memandangkan perkahwinan saya tidak lama lagi.

Jadi, saya terpaksa menipu semasa di interview.

Tolong bantu saya. Apa perlu saya buat? Saya buntu..

– Tanpa Nama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Orang yang mulut laser ni ada di mana2, jadi kita kena belajar untuk kentalkan hati dalam menghadapi orang sebegini. Tak ada siapa suka di maki atau dipandang serong, tapi kadang2 kita perlu pilih untuk hadapi semua itu untuk mencapai apa yang kita kehendaki. Cik ada tulis yang cik dah cari kerja merata2 sebelum ni, takkan nak berhenti kerja semata2 takut kata2 orang? Ini merugikan diri.

    Tidak mudah nak kentalkan hati, saya sendiri pun makan masa bertahun2 untuk belajar untuk jadi lebih berani. Tapi ini adalah sebahagian dari hidup, kita perlu jadi lebih kental untuk mempertahankan hak kita, sebab tak semua orang di dunia ini baik.

    Semoga dipemudahkan urusan cik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *