Assalamualaikum semua. Aku berusia awal 50an sama usia dengan laki aku. Aku namakan laki aku Edy. Kami baru kawin dua tahun yang lalu (aku janda anak 3).
Aku dengan Edy sudah lama kenal sejak di zaman sekolah menengah lagi. Setelah lebih 30 tahun meninggalkan bangku sekolah, kami berjumpa balik dalam group wasap batch kami.
Bila Edy dapat tahu aku seorang ibu tunggal, Edy melamar aku utk dijadikan isteri keduanya. Kami tidak bercintan cintun seperti pasangan romeo dan juliet yang lain.
Semasa aku menerima lamaran Edy, perkawinan mereka (perkawinan kedua Edy dengan N) sudah retak menanti belah. Mereka sudah berkawin selama 5 tahun tapi tak punya anak.
Keretakan rumahtangga mereka terjadi sebelum kewujudan aku lagi. Keretakan yang berlaku disebabkan N tidak bersetuju dan menentang keras bila Edy bercadang utk berkawin semula dengan bekas isterinya yang terdahulu, aku namakan L (perkawinan pertama edy, punya 4 anak).
Sebelum aku kawin dengan Edy, N selalu meminta cerai sebab tidak mahu dimadukan dengan L. Aku percaya cerita Edy sebab dia bagi pasword fbnya utk aku mengetahui cerita/perbualan mereka melalui mesenger (Edy dengan N selalu berhubung melalui mesenger krn tempat kerja N tidak dibenar menggunakan telefon bimbit ). Edy yakinkan aku bahawa hubungan mereka sedang dilanda kehancuran.
Setiap hari aku mengikuti perbualan mereka. Ternyata Edy cuba untuk mempertahankan rumahtangganya dan sentiasa memujuk N supaya membenarkannya berkawin semula dengan L.
Boleh dikatakan pagi petang siang malam N selalu meminta cerai termasuklah menzahirkan dalam fb keinginan nya utk bercerai dengan edy. N juga menghubungi ahli kluarga Edy supaya Edy segera menceraikan dia.
Aku mengambil keputusan bersetuju utk kawin dengan Edy. Beberapa bulan selepas kami berkawin, rumahtangga Edy dengan N tak dapat diselamatkan lagi dan akhirnya mereka bercerai.
Berbalik kpd kisah L… Aku dengan L pernah berhubung di antara satu sama lain. Aku bersetuju Edy kawin balik dengan L. Buat pengetahuan pembaca, aku berhubung dengan L sebelum aku berkawin dengan Edy lagi.
Apabila aku telah selamat berkawin dengan Edy, mak ayah dan adik bradik Edy semuanya menghalang hasrat Edy utk berkawin semula dengan L. Mak ayah Edy juga meminta aku menghalang perkawinan mereka.
Alasan Edy utk berkawin semula dengan L adalah kerana anak. Edy pernah bagitahu aku jika bukan kerana anak, dia tak akan pilih untuk berkawin semula dengan L. Katanya dia nak kawin dengan L kerana anak, bukan kerana nafsu.
Macam2 cerita tak elok yang aku dengar dari kluarga Edy mengenai L dan mengapa mereka menghalang perkawinan Edy. Apabila berada dalam kluarga Edy, aku jadi terpengaruh dengan mereka. Akhirnya aku juga menghalang atas dasar mak ayah Edy tidak meredhainya jika mereka berkawin semula.
Apabila aku masuk dalam kluarga Edy, aku tidak lagi berhubung dengan L. Malah bukan saja kluarga Edy yang menentang Edy kawin semula dengan L, dengan aku aku sekali turut sama menentangnya.
Alasan kluarga Edy tidak merestui perkawinan semula dengan L adalah kerana L bersikap queen qontrol. Kluarga Edy tidak menyenangi sikap L yang membiarkan Edy melakukan sebahagian besar kerja2 rumah yang biasanya dilakukan oleh seorang isteri.
Sehingga mak ayah Edy sanggup berkata Edy telah menjadi ‘lembu’ selama berkawin dengan L. Perkawinan Edy dengan L bertahan selama 14 tahun. Itu pun sebab Edy banyak bersabar dan selalu memikirkan nasib anak2 jika mereka bercerai.
Aku sendiri tidak mengerti mengapa Edy begitu ber iye iye sekali ingin berkawin semula dengan L sedangkan perkawinan yang bakal dibina bersama L mendapat tentangan hebat dari seluruh kluarga Edy.
Aku pernah baca wasap L kepada Edy, L sangat berharap Edy mengambilnya kembali sebagai isteri setelah hampir 10 tahun mereka bercerai. Selama bercerai, L tidak pernah berkawin lain.
Melalui wasap mereka, L berkata edy telah berhutang janji dgnnya dan menuntut supaya Edy tunaikan janji utk berkawin semula. L juga berjanji dan yakinkan Edy yang dia sudah berubah.
Apa yang aku faham melalui msg L, L banyak guna alasan ‘anak’ utk memikat Edy supaya kembali kepangkuannya. Kononnya lah jika mereka berkawin semula senang utk menguruskan hal anak2.
Dipendekkan cerita, tanpa pengetahuan aku dan kluarga Edy… Edy secara diam2 telah berkawin secara rahsia dengan L. Edy buat giliran utk berjumpa dengan L sewaktu pulang dari kerja. Waktu malam Edy 100% bersama aku. Edy tidak pernah kluar waktu malam kecuali kluar dengan aku.
Hampir setengah tahun mereka berkawin, Edy mengaku sudah berkawin dengan L. Aku tidak terkejut krn telah menjangkakan perkara itu akan terjadi. Edy terpaksa bagitahu aku mereka sudah berkawin kerana L menuntut supaya Edy membuat giliran.
Aku bersetuju Edy membuat giliran dua malam di rumah L dan lima malam dengan aku. Sebelum Edy bersetuju utk berkawin dengan L, L hanya meminta dua malam sahaja utk Edy bersamanya. Pada pendapat aku jika L menuntut 50/50 sudah pasti Edy agak keberatan utk berkawin semula dengan L sebab tu la L hanya meminta giliran seminima yang boleh.
Apabila kehendak L dituruti (giliran bermalam)… aku tengok L semakin naik lemak. L menyuruh Edy membuang gambar aku bersama Edy yang berada di profile wasap Edy. Katanya tak adil sebab dia pun isteri Edy juga.
Aku rasa sangat tidak selesa bila L campur tangan hal sekecil itu. Seolah benarlah kata2 mak ayah Edy yang L adalah isteri yang queen qontrol. Sampai gambar kami pun disuruh Edy membuangnya dan disuruh ganti dengan gambar Edy seorang.
Semasa aku menulis ni, sudah dua bulan berlalu…. Edy masih tidak membuang gambar aku bersamanya dan masih kekal gambar kami di situ. Edy juga telah memberitahu L supaya jangan ambik kisah hal2 kecil.
Inilah yang dikatakan diberi betis nak peha. Sepatut nya L bersyukur kerana Edy kutip balik jadi isteri dia. 9 tahun hidup menjanda sepatutnya L bukan saja patut bersyukur tetapi harus berterima kasih kerana mempunyai madu spt aku yang memahami Edy kawin dgnnya krn anak.
Aku sendiri tak tahu status aku ini adakah aku ini sebagai bini muda atau bini tua. Yg aku tahu L wujud dalam alam rumahtangga bersama Edy sebelum kehadiran aku lagi. (Siapa yang tahu pasal perkara ini sila bagitahu dalam komen ye apakah status aku ini sebagai bini muda atau bini tua)
Alhamdulillah walaupun Edy sudah kawin semula dengan L, aku masih punya Edy yang sangat bertanggungjawab jawab jaga makan pakai aku…. aku bukan isteri yang berkerjaya. Aku adalah surirumah sepenuh masa yang setiap hari mengurus kebajikan Edy dengan penuh rasa kasih dan sayang.
Kami pernah berjumpa enam mata…. Edy ulang2 kali menegaskan pada L yang mereka kawin kerana anak. L dengan rasa tak puahati bertanya pada Edy sebab apa dia kawin dengan aku. Depan2 aku Edy menjawab dia kawin dengan aku kerana dia nak dan kerana dia cinta aku.
Aku agak terkejut bercampur terharu dengan jawapan Edy. Edy tetap mempertahankan aku sebagai isteri yang dia pilih utk berkawin kerana cintanya pada aku. Walaupun gembira dengan jawapan Edy, aku tetap merasa sedih sebab tak dapat jadi menantu yang berjaya menghalang perkawinan mereka spt yang mentua aku inginkan.
Buat adik2 dan pembaca di luar sana…. jangan cakap aku isteri 50an yang tak sedar diri. Perasaan aku di usia begini sama seperti aku waktu muda2 dulu, ingin dicintai dan disayangi…
Aku bersyukur walaupun aku sudah berusia 50an tapi masih ada yang sudi jadikan aku isteri. Masih ramai wanita di luar sana mendambakan kehadiran suami yang bertanggungjawab jawab seperti Edy sama ada mereka masih muda remaja atau ibu2 tunggal yang berharap kehadiran seorang SUAMI.
Doakan aku hidup aman damai bersama suamiku Edy meskipun kasih Edy pada aku sudah berbagi dua sekarang ini.
Maafkan aku jika bahasa yang aku guna ni kurang difahami al-maklum lah zaman menulis karangan sudah lama aku tinggalkan. Semoga pembaca memahami cerita aku.
Terima kasih kerana sudi membacanya sampai habis.
– Umy
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit