Assalamualaikum. Terima kasih iiumc sebab publish cerita aku ni. Sejujurnya aku perlukan pendapat dari readers semua sebab aku buntu.
Aku cerita sikit pasal diri aku, berumur 27 tahun dan alhamdulillah ada 2 orang anak. Aku baru 3 bulan lahirkan anak kedua.
Dibesarkan dalam family yang cukup serba serbi alhamdulillah. Tapi parents aku tak pernah mewahkan kitorang adik beradik sebab Abah aku bekas askar, so cara didikan memang sangat strict & kitorang diajar untuk usaha sendiri kalau nak dapatkan sesuatu. Kitorang jadi terbiasa berdikari.
Tapi bukan pasal family yang aku nak luahkan, tapi pasal rumahtangga aku. Aku baru 4 tahun berkahwin dengan lelaki pilihan aku sendiri.
Suami aku memang seorang suami yang ‘halim’, maksudnya jenis suami yang sangat lembut bila mendidik & jaga isteri dan anak anak. Tapi dalam sifat lembut dia tu, dia tak mampu nak pertahankan isteri di depan family dia sendiri.
Sebenarnya aku simpan semua ni dah lama, tapi disebabkan hal yang jadi baru baru ni buat aku rasa aku patut buat sesuatu samada teruskan perkahwinan atau sebaliknya. Aku lost.
Sejujurnya dari masa kitorang berkahwin, kos kenduri untuk dua dua belah 80% keluar dari duit aku sendiri. Suami hanya mampu bagi wang hantaran RM5000 dan selebihnya aku berbaik hati tolong topapkan. Masa tu semuanya tengah indah, aku jadi rabun. Family aku tak tahu langsung hal ni sebab aku tak nak suami malu.
Masa kurang 1 bulan sebelum hari pernikahan kitorang,suami tak dapat nak cukupkan belanja kenduri sebelah dia sebab parents dia tiba tiba tukar fikiran nak buat majlis besar besaran, 3 hari 3 malam. Aku tak tipu, 3 hari 3 malam kitorang mereput dekat pelamin.
So aku bantu dia, aku bagi RM12000 cash untuk dia selesaikan masalah dia. Aku fikir siapa lagi nak tolong dia memandangkan family dia bukan orang senang. Ok aku memang bodoh sebab baik sangat.
Ok pasal family dia pulak,lepas aku bagi RM12000 cash tu, 2 minggu sebelum nikah suami ada bukak cerita pasal family dia. Dia cerita ayah dia jenis malas bekerja dan lebih suka redha dengan apa yang ada.
Ayah dia kadang kadang ada pergi ke laut & potong rumput rumah orang. Kalau ada hasil,ada la duit. Kalau tak ada nak buat macam mana. Macam tu la konsep ayah dia pakai. Selebihnya mak dia & adik beradik yang kerja bagi duit untuk keperluan harian. Dia ada adik bongsu bersekolah menengah.
Segala belanja rumah dan anak anak, ayah dia letakkan di bahu mak dia. Ayah dia lebih suka pergi ke gim bergaul dengan orang muda badan sado sado jadi macam gangster kampung. Duit pergi gim ada,tapi bila mintak duit belanja,ayah dia selalu cakap tak ada. Ayah dia pun selalu mintak duit dekat mak dia sedangkan mak dia just cikgu tadika saja.
Lepas aku tau semua tu, aku rasa macam nak back off. Aku nak cancelkan perkahwinan aku sebab aku tau lepas ni akan jadi masalah lain. Tapi aku tak sempat bila Abah aku dah selesai bayar semua belanja kahwin untuk kenduri sebelah aku. Abah aku jenis suka settlekan semua lump sum, so dia tak pening.
Abah aku pun ada bagi masa 3 bulan untuk cari rumah sendiri, tak kisah sewa atau terus beli asalkan duduk asing dengan keluarga sebab Abah nak anak anak dia rasa susah senang rumahtangga masing masing tanpa ada campur tangan parents. Abah suruh semua berdikari, barulah rumahtangga jadi manis.
Kitorang berjaya dapatkan rumah sewa, tapi ayah suami tak setuju. Ayah dia suruh kitorang duduk rumah dia, tak payah buang duit bayar sewa. Tapi aku menolak, sebab suami berkongsi bilik dengan adik lelaki. Kalau lepas kahwin, mana kitorang nak duduk?
Ayah dia suggest kitorang tidur di ruang tamu. Memang aku tolak mentah mentah. Bila ayah suami tahu kitorang dah bayar deposit rumah sewa, dia bermasam muka. Rumah family dia juga agak tak terurus.
Family dia ada 12 ekor kucing, aku pernah nampak ada najis kucing yang dibiarkan selama 2 hari dekat bawah meja makan. Tak ada siapa yang bersihkan, bila bau jadi terlalu kuat barulah mak suami bersihkan. Aku tak faham macam mana diorang boleh tahan bau najis kucing tu 2 hari. Waktu tu aku masih jadi tunang suami.
Orang cakap mungkin jodoh panjang, aku kahwin jugak dengan suami aku. Aku memang sayangkan suami aku, tapi bila kenangkan pasal family dia, aku jadi macam risau.
Ok aku pendekkan sikit cerita, masalah demi masalah timbul masa aku lahirkan anak kedua. Aku ada kencing manis masa mengandung so aku terpaksa bersalin secara induce.
Bersalin kedua ni agak mencabar bila jalan tak buka lepas 2 hari aku kena induce. Jalan masih 1cm. Masa hari ketiga aku terpaksa ikut arahan doktor untuk pecahkan ketuban bagi cepatkan bukaan jalan. Alhamdulillah hari ketiga aku selamat bersalin.
Masa minggu pertama pantang, aku terbaca whatsapp suami dengan mak & ayah dia yang buat aku betul betul kecik hati. Ayah dia rupanya ada whatsapp suami sepanjang aku dekat hospital, ayah dia tanya samada aku dah bersalin atau belum waktu tu then suami reply belum. Then ayah dia reply lagi “potong (operate) je la senang, lama sangat tunggu” .
Whatsapp mak dia pula, mak dia tanya soalan yang sama & suami pun reply jawapan yang sama. Then mak dia reply “suruh R tu bertaubat, kalau kita bertaubat semuanya mudah”
Aku betul betul kecik hati macam aku ni teruk sangat sepanjang aku jadi menantu diorang. Aku terus terang dekat suami pasal whatsapp tu, aku cakap aku betul betul tak boleh terima. Tapi suami just jawab sabar je la, dia tak suka gaduh gaduh. Lepastu aku pendam sendiri.
Masalah datang lagi bila anak kedua aku disahkan ada G6PD (sila google) dan dia sangat sensetif. Family kitorang semua maklum pasal tu dan kitorang study apa yang boleh & tak boleh.
Tiba tiba mak dia cakap dekat mak aku yang aku jadi punca anak aku ada G6PD. Ayah dia pula cakap aku tak jaga betul betul masa mengandung. Aku tak sangka diorang akan salahkan aku macam tu, sedangkan tu penyakit genetik.
Aku terus ajak suami buat check up dekat hospital untuk tau siapa pembawa sebenar.
Tuhan tu baik, aku bukan pembawa, tapi suami. Rupa rupanya sepupu suami ada anak G6PD yang tak diceritakan. Bila family mertua aku tau pasal tu, baru la mak dan ayah mertua aku diam macam tertelan botol kicap. Suami ada pesan suruh maafkan je, tak nak gaduh gaduh. Allah, dia ingat aku ni tak ada perasaan ke?
Bukan takat tu je, sepanjang aku berpantang, kereta aku memang aku letak dekat rumah family aku, suami lebih suka guna motor dia untuk ulang alik. Masa suami tengah sibuk uruskan anak kami, ada 1 whatsapp masuk dekat phone dia then dia minta aku bacakan whatsapp tu.
Tapi bukan text yang sepatutnya aku baca. Aku terbaca ada whatsapp dari adik dia yang mintak pinjam kereta aku untuk 1 bulan sebab kereta dia rosak. Then aku baca suami reply dia tak nak Abah aku bising, so tak boleh pinjam. Adik dia reply balik hantar emoji muka marah.
Aku pelik, kenapa dia tak whatsapp aku sendiri sedangkan dia tahu tu kereta aku sendiri. Aku ada 1 pantang, aku tak pernah bagi orang pinjam kereta aku & aku sendiri tak pinjam kereta orang. Aku diajar untuk jaga & sayangkan barang/harta aku sendiri.
Dari situ aku baru tahu kenapa adik ipar bermasam muka dengan aku seminggu dua masa tu. Aku tanya suami kenapa tak cerita dekat aku hal ni, dia jawab sama je macam selalu : tak nak gaduh gaduh. Dia tak ada rasa ke dia patut defend isteri dia?
Nak dijadikan cerita & masalah pun jadi makin besar, lepas aku habis berpantang, kitorang terus ke rumah kitorang untuk cuci sebab dah lama ditinggalkan.
Tiba tiba kitorang dapat whatsapp dari sepupu suami dekat dalam whatsapp group family besar suami. Sepupu dia ada bagi list nama ikut group dan juga tarikh. Mula mula kitorang blur juga, tu tarikh untuk apa. Rupanya sepupu dia tengah organize bowling game untuk semua dan tarikh yang diletakkan hari Sabtu.
Aku bekerja dari Isnin-Sabtu dan aku kerja bahagian operasi yang memang sibuk. Aku jarang ambil cuti pada hari Sabtu sebabkan tak ada back up. Kalau aku ambil juga biasanya pukul 10 pagi macam tu bos akan keep on calling panggil aku masuk kerja. So aku memang tak akan plan apa apa untuk hari Sabtu. Suami pulak berkerja shifts. Untuk tarikh yang sepupu suami bagi tu kitorang memang kerja.
Then aku reply dekat whatsapp group tu, aku tanya kenapa tak buat hari Ahad? Hari Sabtu kitorang kerja. Ada sepupu yang lain reply hari Ahad nak rehat dan suruh kitorang ambil cuti.
Cuti hari Sabtu di company aku akan tolak full day walaupun kerja hanya 4 jam, so sangat sangat rugi kalau ambil cuti & aku biasanya akan balik dalam pukul 4 atau 5 petang macam tu. Yang faham kerja aku just family aku sendiri dan suami.
Then sepupu sepapat yang lain pun reply juga suruh kitorang ambil saja cuti blablabla. Ada yang argue, takkan cuti 1 hari nak berkira, ni semua untuk family. Aku terus reply, dah nama pun kerja nak cari duit macam ni la, duit bukan jatuh dari langit. Aku bagitahu aku mungkin tak dapat nak join, mintak maaf.
Sepupu sepapat dia tu masing masing reply balik “kerja la kerja selagi hidup”. Aku nampak macam berdosa sangat bila aku cakap aku susah nak cuti hari Sabtu. Nampak macam aku ni tak nak bergaul dengan family suami, padahal semua program setakat ni memang aku join. Aku tak faham.
Then suami ada baca apa yang aku reply, dia terus marah aku sebab reply macam tu dekat family besar dia. Dia suruh aku diamkan je, tak payah besar besarkan hal.
Aku tak besarkan hal, aku niat bagitahu yang tarikh tu memang aku bekerja dan memang susah untuk aku cuti. So dengan niat sepupu suami tu boleh la re-adjust plan diorang. Tapi aku dikatakan kurang ajar sebab bersuara dalam group tu. Kali ni aku betul betul tak tahan. Aku tak nak pendam lagi.
Selang beberapa minit lepastu, adik suami yang nak pinjam kereta tu hantar whatsapp dekat group family kecil dia macam ni “N (nama suami), ko kalau tak boleh join tak payah la datang, senang. tak boleh la bersuara macam tu dekat group, apa kata diorang nanti. apa benda la”.
Dan suami hanya reply “Ok” sedangkan dia tau adik dia tuju kan dekat aku. Aku betul betul marah then aku terus reply balik apa yang adik dia cakap tu, aku jawab yang cakap dalam group family besar tu aku, bukan abang dia, so tak payahlah nak bahasakan aku.
Then apa masalahnya cakap benda betul? Niat aku nak senangkan program diorang, tak perlu la adjust last minit, then kenapa nak masuk campur hal kitorang?
Korang tau apa suami aku buat? Suami aku campak phone dia dekat dinding sampai hancur dan marah aku sebab aku menjawab adik dia. Dia cakap dia tak suka gaduh gaduh, so aku kena diamkan je la.
Allahu Akbar. Aku tak faham yang ini. Aku terus tanya suami, kenapa dia tak defend aku sedangkan dia tau aku bercakap betul dan terus terang. Kenapa dia tak tegur adik dia sebab masuk campur hal kitorang. Dia tak jawab satu patah pun. Dia menangis.
Aku jadi marah, aku cakap suami sepatutnya defend isteri bila isteri bercakap betul, bukan suruh diamkan diri. Aku terus minta dia ceraikan aku waktu tu juga. Tapi dia tak nak, dia cakap takkan sampai nak bercerai berai. Aku luahkan dari awal kahwin aku memang tak tahan dengan family dia. Cukuplah semua ni.
Then suami terus keluar pergi rumah family dia. Kebetulan masa tu family aku tak ada, balik kampung nenek. Aku terus call Abah cerita apa yang jadi. 2 jam lepastu family aku terus sampai rumah. Ada aku dan anak anak je. Family aku tak nak campur, Abah pesan cari solution baik baik. Then Abah call suami minta balik ke rumah kitorang, bincang baik baik.
Suami balik, dia cakap ayah dan mak dia cakap aku ni sombong dan taksub dengan duit sampai tak nak bergaul dengan family dia. Aku kena dengar cakap dia, bukan dia dengar cakap aku.
Kalau betul aku sombong, aku tak hulurkan apa apa bantuan untuk adik adik dia. Aku tak belikan barang cantik cantik untuk mak dia dan aku takkan datang jenguk family dia. Tapi semua tu aku buat.
Kalau betul aku taksub dengan duit, aku takkan tolong dia masa nak kahwin dulu. Aku takkan tampung belanja rumah bila dia kekurangan duit. Belanja besarkan anak pun diletakkan di bahu aku hanya sebab aku bergaji lebih besar berbanding dia. Aku mampu keluarkan 2 buah kereta kesukaan aku untuk kemudahan kitorang gilir gilir ambil dan hantar anak anak.
Aku nekad untuk bercerai waktu tu. Aku tawar hati dengan family dia. Aku benci bila suami sendiri tak mampu nak defend aku. Tapi suami tak nak ceraikan aku. Aku jadi buntu.
Sekarang, lepas 3 bulan masalah ni jadi, aku langsung tak jenguk family dia. Kitorang dekat rumah langsung tak buka apa apa pasal family dia. Aku terus cut semua connection antara aku dan family dia semua. Suami ada cakap dia takkan paksa aku untuk blend in semula dengan family dia.
Aku pegang apa yang dia cakap, sebab hati aku betul betul sakit. Rumahtangga kitorang jadi awkward. Aku bertahan sebab anak anak, dalam masa yang sama aku kumpul lagi banyak saving aku untuk persediaan aku sendiri.
Mak dia selalu tanya pasal cucu cucu dia, rindu katanya. Aku ada cakap dekat suami, bawaklah anak anak jumpa nenek diorang, tapi jangan sentuh kereta aku. Bawaklah macam mana cara sekali pun asalkan tak pakai kereta kereta aku. So dia buntu, dia biarkan je. Dia tak bawak anak anak pergi rumah nenek diorang.
Aku mengungkit bukan minta balasan, tapi aku minta sikit penghargaan dan hormat.
Sepanjang dia jadi menantu dekat rumah family aku, dia dilayan sangat baik. Mak aku suka borak dengan suami sebab dia sangat ramah. Tapi untuk aku, sebaliknya.
Baru baru ni dia ada tanya aku, sampai bila aku tak nak ikut balik sana jenguk family dia? Benci sangatkah aku dekat family dia?
Hati aku sakit. Aku tak benci, tapi aku kecewa. Aku sangat sangat kecewa.
Apa yang patut aku buat?
– R (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->ย https://iiumc.com/submit