Anak Buangan

Assalamualaikum. Aku gadis pertengahan 20 an. Jika disiarkan terima kasih. Ingin aku kongsikan kedukaan hidup aku sekarang ini. Moga ada nasihat yang boleh ku ikuti.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang bermasalah. Ibu dan ayah berpisah sewaktu aku di sekolah rendah. Maka sejak dari itu kehidupan Kami porak peranta dan gelap gelita.

Kami semua 8 orang adik beradik. 4 lelaki dan 4 perempuan. Aku nombor 4. Achick.

Semenjak perpisahan itu, ayah jarang balik ke rumah. Alasan nya kerana sibuk bekerja dan takut untuk bertemu ibu kerana acapkali brtemu pasti bergaduh mulut. Ibu pula struggle membesarkan Kami 8 orang.

Bukan ayah tidak memberi wang belanja. Tetapi tidak mencukupi untuk aku dan adik beradik aku. Seolah cukup2 makan saja. Tidak ada lebihan untuk buku rujukan, Wang aktiviti petang, pakaian sekolah, yuran sekolah. Begitulah kitaran kesusahan Kami ketika dialam sekolah.

Ibu juga struggle untuk besarkan Kami 8 orang. Ibu melakukan hanpir 3 jenis pekerjaan. Selepas habis kerja tetap ibu sambung part time. Lepas itu ibu sambung kerja dropship dan agents nya. Ibu kelihatan sangat struggle. Tetapi tidak begitu struggle kerana bukan semua anak yang brjaya tamatkan tingkatan 5.

Melihat keadaan ibu, ada antara Kami yang tidak ke sekolah kerana mahu mencari Wang poket. Ada yang bekerja di kedai makan dan pusat hiburan. Jika ada Wang maka pulanglah dengan makanan ditangan.

Dan juga bermula lah episod watak ibu berubah. Ibu selalu memaki hamun, mengherdik dan memukul Kami semua. Kami membesar dengan kata cacian dan makian ibu. Jika ada silap sikit sama ada dipukul sehingga demam atau dimaki hamun disumpah seranah.

Oleh kerana watak ibu begitu, dikalangan adik beradik ada yang memberontak dan mengalami kemurungan. Dan bermula juga episod adik beradik ITU perlu dirujuk ke pakar psikitri untuk rawatan dan pemulihan. Ada jugak adik beradik aku yang terlibat dengan najis dadah. Semua ini ekoran sikap ibu dan terjadi setelah perpisahan berlaku.

Belum pun reda dengan satu hal, ibu terpaksa turun naik sekolah dan balai polis. Ada saja cerita di dua tempat ini. Jika ibu tidak pergi maka akulah yang pergi berdepan. Mengakui kesahalan yang adik beradik aku lakukan.

Apa salah ? Buli, pukul pelajar, herdik guru, ponteng sekolah, vandalisme, curi dan lain2. Selain itu, ada adik beradik perempuan dan lelaki yang ikut boyfriend. Tidur luar. Tidak pulang ke rumah. Hanya pulang untuk makan dan duit.

Zaman pun berlalu. Kami semua sudah dewasa. Tetapi kesan didikan buruk ibu Masih berbekas dihati. Ada kalangan Kami tidak menyara ibu. Tidak peduli hal ibu. Ada yang Masih menghulur wang namun ibu marah kerana jumlah tidak Banyak. Ada yang tinggal jauh namun hanya pulang setahun sekali.

Ibu Masih tidak berubah walau hampir ke umur 50 an. Masih begitu. Ada saja kata cacian dan makian dimulutnya. Aku tidak marahkan ibu. Cuma setiap kata2 dia memberi kesan kepada aku.

Aku tinggal lagi bersama ibu. Hari2 ada saja perkara tidak kena dimata ibu. Jika dibelikan nasi, nasi itu berbau. Jika dibeli bahan mentah dikatakan busuk tidak reti memilih. Jika pulang tangan kosong disindir2 kedeket. Begitulah kitaran aku. Jika jodoh datang bertandang diburuk2 Kan aku. Sehingga tiada kata lagi.

Aku makan hati setiap hari. Emosi aku sangat terganggu. Sudahlah zaman kanak2 aku suram.ketika aku dewasa kitaran yang sama juga berulang. Sehingga akhirnya aku termakan kata2 ibu. Diri aku ini lemah, hodoh, tidak disukai.

Aku jadi takut dengan bayang2 aku walaupun hakitkatnya aku pelajar cemerlang disekolah dan universiti. Aku dipuji dan dihargai oleh orang luar. Tetapi tidak bagi keluarga aku. Sehingga mereka memuji2 ibu ku kerana mendidik aku. Hakitkatnya apa saja keputusan peperiksaan atau aktiviti sekolah langsung ibu tidak ambil peduli.

Wang saku cuma diberi jika perlu. Kerana bagi ibu anak perempuan kurang makan berbanding anak lelaki. Maka perhatian yang lebih diberikan kepada anak2 lelaki.

Kata ibu anak lelaki perlu tenaga dan kekuatan. Maka segala2 nya lebih untuk anak lelaki. Tetapi apabila sudah dewasa anak lelaki tidak boleh diharap langsung. Hanya tahu jadi biawak hidup. Anak perempuan lah yang banyak berjasa kepada ibu.

Hari2 aku dan adik beradik aku dimaki hamun. Aku sudah penat. Ibu Masih tinggal bersama 5 orang adik beradik aku. Aku mahu keluar mencari ketenangan.

Kejam kah aku?

Wajarkah aku keluar menyewa?

Wajarkah aku berhenti menyara ibu?

Wajarkah aku?

– Nora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *