Gaji Basic Tak Cukup

Assalammualaikum. Saya nak kongsi cerita sikit. Untuk adik2 yang baru habis belajar, bakal habis belajar.

Saya tahu sekarang semua nak cari kerja gaji besar. Paling2 RM2k. Penat belajar lama2 katanya. Tapi, bila awk cari kerja tu, lihat jugak latar belakang tempat awak cari kerja. Cerita agak panjang. Mungkin ramai yang tak bersetuju dengan apa yang bakal saya cerita.

Ceritanya begini, parents saya ada accounting firm. Bunyi macam hebat kan? Tapi ianya cuma lah firm yang kecil, dengan 5 orang pekerja. Buka pintu pejabat terus nampak meja pekerja, dan dua bilik boss. Tiada department HR atau Finance atau lain2 department. Bukanlah firm yang gah seperti Solihin.

Tahun lepas datang seorang lepasan UIA, course accounting, mohon bekerja, sudah graduate setahun. Di interview oleh parents saya sendiri, sebab tiada department HR. Bila ditanya pekerjaan sekarang, kerja dikedai. Gaji RM1500. 8pagi-7petang. Kadang2 sampai malam. Cuti sehari. Kena buat semua kerja. Dari kira stock. Kemas kedai, layan pelanggan, buat jualan.

Alasan nak cari kerja lain, nak cari kerja yang berkaitan dengan bidang, bila tanya kenapa tak sambung ditempat latihan industri, sebab tak ditawarkan, dan jauh dari kampung. Nak dekat dengan keluarga di kampung. Sekarang duduk dengan mak ayah.

Setelah beberapa hari, Parent saya message untuk tawar kerja dengan gaji permulaan RM1100 (gaji basic pada waktu itu) dengan tambahan incentive setiap bulan jika ada collection, breakfast dan lunch disediakan. Kerja 8pagi-5.15petang. Sabtu cuti, jumaat kerja miggu ke 2 & 4, Namun ditolak oleh graduan tersebut dengan panjang lebar.

Antara kata2 nya didalam message, dia kerja kedai lagi besar gajinya. Sebagai seorang yang ada firm, yang berkaitan dengan profession yang professional, parents saya sepatutnya tawarkan gaji tinggi. Lagi pulak dia bidang accounting. Jadi dia sepatutnya ditawarkan gaji sebegitu.

Dia kata parents saya merosakkan market untuk accountant di luar sana dengan menawarkan gaji yang rendah. Dia penat belajar bertahun-tahun, tapi kerja gaji rendah tak setimpal dengan tempoh dia belajar. Tindakkan parents saya sangat tidak wajar.

So. Kepada adik tersebut, dan semua, jika awak nak cari kerja, lihat tempat yang awak mohon. Firm parents saya berada di bandar kecil, bukan bandaraya seperti Kuala Lumpur. Berlainan dengan kerajaan, swasta tidak dibantu oleh kerajaan, jadi cuba fikir bagaimana satu firm yang kecil nak tawarkan gaji yang tinggi jika revenue yang masuk pun kecil?

Lagi pulak, anda tiada pengalaman yang gah mana pun. Cuma ada pengalaman LI, yang belum tentu sama atau boleh digunakan ditempat lain. Jika anda bekerja, anda perlu terlebih dahulu diajar, itu sudah cukup menganggu masa pekerja lain. Belum tentu anda mampu bekerja lama.

Jika anda berhenti separuh jalan, sudah membuang masa dan wang syarikat. Tiada masalah untuk minta gaji tinggi, tapi buktikan dulu diri anda bagus. Boleh siapkan satu account tanpa ada sebarang kesilapan. Go on. Minta gaji yang tinggi.

Jika tak dapat, sekurang2nya anda sudah ada pengalaman yang berkaitan dengan bidang anda. Boleh mohon kerja ditempat lain yang lagi hebat. Jika anda betul mahu bekerja didalam bidang yang sama anda ambil.

Lihat keliling, lihat realiti, jangan sangka semua yang ada pejabat sendiri, kedai sendiri, mampu untuk menggajikan pekerja dengan gaji yang tinggi. Lihat dimana anda minta kerja. Lihat dimana anda tinggal. Lihat negara kita.

Jangan percaya dengan laungan menteri-menteri yang kononnya memperjuangkan gaji tinggi untuk graduan, peluang pekerjaan pun belum tersedia untuk semua, lagikan pulak gaji tinggi. Malaysia belum mampu. Mungkin boleh jika menteri sanggup potong gaji mereka dan beri bantuan kepada pejabat swasta pulak.

Sekian. Terima kasih kepada yang sudi membaca luahan yang lama dipendam.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *