Apa Yang Tak Kena Dengan Aku?

Hi nama aku Q aku rasa macam dah terlalu banyak benda yang aku lalui sampai dah tak mampu nak tanggung lagi.

Aku ni terkena buatan sihir atau memang nasib aku yang malang pun aku tak tahu.

Aku ni tengah sambung study dan dah berkahwin dan tinggal di negeri S.

Atas sebab2 tertentu aku terpaksa pilih untuk berpraktikal di negeri kelahiranku dan tinggal dengan mak ayah aku.

Maka aku pun pjj dengan suami.

Berbalik pada tajuk diatas.

Minggu pertama aku menjalani intership semuanya ok2 saja malah aku dipuji kerana kelebihan aku.

Sampai TOP MANAGEMENT pun notice aku.

Yelah selalu intern ni mana la orang nak pandang sangat kan.

Tapi aku ibarat dipuji melangit dan TOP minta semua staff mencontohi aku.

Start bermula minggu ke seterusnya apabila aku terdengar ofismate aku ibarat menyindir tentang bau badan.

Tapi aku tak terasa masa tu sebab aku tak pernah ada masalah bau badan.

Sebab aku sendiri jenis suka beli perfume.

Macam-macam perfume aku ada dari murah sampai ke mahal semua ada.

BB* tu jangan cakap la pantang masuk mesti aku beli dan ada juga brand Di*r , Ch*nel , Jo* M*lo*e.

Dan aku juga suka beli diffuser dari macam jenis aku ada.

Oh ye aku beli perfume tu semua guna duit suami aku dan ada juga dari family mertua aku sebab mereka selalu travel jadi suke beli perfume dekat airport.

Tapi yang aku pelik ofismate aku cakap aku berbau busuk.

Aku tak pernah la dengar mereka directly cakap depan2 tapi dari gerak geri aku boleh perasan.

Dan paling obvious bila mereka awkward berada berdekatan dengan aku.

Boleh dikatakan berminggu jugalah berlalu dengan teka teki macam tu.

Bila aku balik rumah aku tanya family aku.

Aku ni ada bau busuk ke.

Family aku cakap tak ada pun cume bau wangi ja.

Bau minyak wangi dan bau aku yang biasanya bau.

Bila suami aku balik pun aku tanya tetap aku dapat jawapan yang sama.

Aku tak berbau busuk.

Tapi lain pula kalau di tempat kerja seolah-olah aku ni dipulaukan, tertanya-tanya aku apa salah aku ada apa-apa dari percakapan aku yang membuat mereka terasa ke?

Sampaikan aku rasa level confident aku drop teruk bila berhadapan dengan orang.

Pernah sekali aku ada terbau telur busuk dekat tempat aku, puas aku cari punca bau tu aku cium baju aku cium meja tapi tak jumpe punca dia,

Lepastu aku lalu naik tingkat atas menggunakan tangga kebetulan ada ofismate dari department lain panggil aku dan berbual dengan aku lepas je dari tu aku terdengar dorang cakap,

‘Eh! Bau apa ni? Kau ada bau tak? Bau dia ke? Takkan muka helok tapi berbau?? “

Aku masa tu dah jauh dah tapi sebab tangga tu bergema aku masih boleh dengar.

Disebabkan masalah ni sampai aku gaduh dengan family aku cakap dorang tipu aku ke?

Tak kesian ke dekat aku ni jadi bahan dekat tempat kerja.

Aku punye level stress tu sampai aku rasa nak drop je intern ni.

Hari-hari aku datang spray 3 jenis perfume tak cukup tu aku standby sanitizer 1 dengan febr**z* dan paling teruk aku sampai confront dengan kawan aku tapi dekat department lain.

Tetap dapat jawapan yang sama yang aku tidak berbau busuk.

Tapi apa yang berlaku sebenarnye pada aku?

Kenapa department aku bersikap macam tu dengan aku?

– Queenoftears (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *