Assalamu'alaikum wbt.
Aku ada persoalan tentang perbezaan Derma dan Wakaf. Timbul persoalan ini adalah disebabkan kejadian beberapa hari lepas. Aku nak ceritakan situasi yang berlaku pasal Derma dan Wakaf tapi aku takut korang tidak faham dengan cara penceritaan aku. Aku harap korang faham dengan cerita yang aku sampaikan dan dapat beri pandangan serta penjelasan tentang beberapa persoalan aku pasal beza derma dan wakaf.
p/s: Sebab sebelum ini aku ingatkan derma tu sama je macam wakaf..hehe
Okay macam ni ceritanya, aku tinggal di Taman A. Pada suatu hari aku dengar dari kawan mak aku yang malam rabu ada program wakaf di Masjid Kampung B untuk membina bangunan maahad tahfiz di daerah aku. So, aku pun buat la keputusan untuk terawih malam tu di Masjid Kampung B. Malam tu sebelum pergi masjid aku capai la duit RM 50 untuk aku bagi time program wakaf tu. RM 50 tu aku niatkan untuk 5 orang la kiranya arwah ayah aku,ibu aku,aku sendiri dan 2 orang adik aku. Kiranya cm sorang rm10 la.
So, aku pun pergi la terawih tu then masa rakaan ke 8 imam stop kejap untuk beri ruang kawan dia nak bagi penerangan sikit pasal program wakaf yang akan dilakukan lepas abis terawih yang mana wakaf dengan bayaran 1 orang RM 50 untuk 1 kaki persegi bangunan. Aku pun terus tercengang la bila kawan imam tu cakap macam tu sebab aku betul dah bawak RM 50 tapi RM 50 aku ni aku ingatkan untuk 5 orang la sekaligus rupanya RM 50 untu 1 orang bersamaan 1 kaki persegi bangunan. Di sinilah timbulnya persoalan aku beza antara wakaf dan derma.
Kemudian, tok bilal pula bangun untuk memberitahu yang mana pihak Masjid Kampung B akan memberi wakaf untuk program tu nanti. Tok bilal tu bagitahu juga bahawa sesiapa yang pernah derma dalam tabung Masjid Kampung B akan mendapat saham kerana pihak Masjid akan buat wakaf.
Finally, sambung terawih semula sampai habis then kaunter wakaf pun buka. Aku pun buat keputusan untuk wakafkan dulu atas nama arwah ayah aku dulu la sebab aku pun bawa RM50 je dan 1 nama pun memang RM50 bersamaan 1 kaki persegi.
Ok now persoalan aku yang jadi tanda tanya.Harap beri respon dan penjelasan ye kawan-kawan.
1. Apakah perbezaan Derma dan Wakaf
2.Kalau aku bagi RM50 untuk 5 nama sebab aku ada 5 orang nama termasuk aku adakah pemberian aku tu dikira wakaf 1 kaki persegi??
3. Tentang tok bilal cakap tu yang masjid B nak wakafkan jugak dikira bagaimana??sebab mungkin la Masjid B akan derma contoh RM 5 ribu so dia cakap siapa yang pernah derma di MAsjid B akan dapat saham…Kiranya maksud saham tu macam mana??dikira sape pernah derma kat tabung Masjid B tu dia wakaf ke??
4. Contohla kan ada orang nak wakaf kan juga tapi dia kurang mampu, dia ada RM20 tetapi dia nak wakaf malam tu jugak. Adakah RM20 tu dikira wakaf??sebab dalam program tu ada cakap RM50 1 orang bersamaan 1 kaki persegi.
5. Kalau aku bank in @ transfer online je dengan nilai yang tepat la ikut 1 kepala RM50 adakah aku dikira wakaf jika aku hanya transfer online??
6. kalau aku transfer online juga tetapi jumlah tidak cukup adakah dikira aku wakaf @ derma??
Harap korang faham dengan apa yang aku ingin sampaikan. Tolong beri aku penjelasan yang terang atau apa2 explanation yang boleh buat aku faham tentang bezanya antara wakaf dan derma.
Sekian, terima kasih
-Insan konfius
– insan konfius
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Awak google je beza wakaf n derma. Bnyk yg dh tolg beri ulasan.. yg psl rm50 satu nama tu, sbnrnya boleh je nak letk bnyk2 nama..even nk derma rm10 utk 10 nama pun.. cuma pihk thfiz buat syrt bgitu mgkin utk mudhkn dorg.. yg sal derma masjid tu, sape yg pernh derma akan dpt saham pahala yg berpanjangan, sama cam wakaf sebab dia dh sumbg duit utk pmbinaan thfiz, yg mana slgi bgunn thfiz tu dguna utk bnda baik, dpt la phala smpai ke mati..
– bekas pengutip wakaf berdaftar
Dah alang2 duk masjid bg rm50 sebagai wakaf..knpe tak tanya direct kepada ustaz.. hehe
susah jugak soalan nya.. biasanya konsep wakaf ni org guna utk menunjukkan barang/benda tersebut adalah milik dia tp diberikan utk kegunaan masyarakat. manakala derma pulak bila dah bg memang dah bukan milik bekas pemilik.
2. susah la nak kira, sbb pahala ni kita tak nampak. kalau duit boleh la kita bahagi2 kan. boleh dpt 20% seorang. kita boleh je niatkan wakaf utk kelima2. sy percaya amalan kita bergantung kepada niat.
3. jawapan ni pun sama dgn no 2. susah nak kira. yang pasti amalan baik dijanjikan balasan yang baik
4. tak tahu. rasanya tak leh. sebab tak cukup duit. wakaf ni kan mcm kita beli part 1 kaki tu, dan kita wakafkan. kalau tak cukup duit mcm mana nak beli.
5. ya. biasanya transfer online perlu bgtau kat pengelola sebagai rekod.
6. sama mcm jawapan no 4.
apa pun, perbuatan yang baik mesti ada balasan baik. derma ka, wakaf ke, mana2 pun boleh. wakaf lebih krg mcm saham. selagi ada org pakai benda yang kita wakaf, selagi tu la pahala mengalir. (menurut cakap2 kebiasaan yang didengar).
p/s: pandangan peribadi penulis. segala pembetulan amatlah dihargai..