Assalamualaikum,
Hanya sekadar berkongsi rasa. Bukan mahu mengeluh, kalau pun ada segelintir hamba Allah yg akan kata "asyik tahu mengeluh sahaja, tak berusaha". Terpulanglah. Baru-baru nie, aku nak naik ktm dari KL sentral ke Rawang. Biasanya sebelum nie tiket dalam RM3.60, tapi sekarang dah jadi RM5.10. Terkejut sangat-sangat, fikir kenaikan hanya 20-30sen sahaja, mungkin tak terasa. Tapi ini memang sangat-sangat terasa. Apa lagi tahun hadapan dengan mansuhnya subsidi dan kenaikan harga yg bermacam-macam lagi. Macam mana perasaan org yg hari-hari naik KTM, LRT pergi kerja nak jimat? Mampukah berjimat lagi?? Bagaimana perasaan org yg gaji kecil. Allahu. Bukankah pemimpin itu seorang yg mendengar merasai dan menyelesaikan masalah rakyat bukan tambah membebankan. Kalau bukan pada pemimpin negara sendiri hendak mengadukan nasib tidakkan pula pada pemimpin negara jiran? Tidak mustahil rakyat menjadi pengemis di negara sendiri.
– SH