Arah hidup – 1:02 AM

Arah hidup

Assalamualaikum..

Harap admin dapat approve dan mohon pandangan dari semua..

Aku ni anak yatim sejak kecil lg. Aku still ada mak, tp mak aku pun tak macam dlu. Ok aku mulakan cerita aku.

Kadang2 aku rasa life aku miserable sangat2. Aku ni jenis jaga hati orang sehingga aku sampai terfikir dengan berharap aku dapat tinggalkan dunia ni dengan segera kerana sedih dengan orang sekeliling aku. Cuba korang bayangkan satu situasi di mana korang bercakap baik dengan secara tiba2 orang itu berkata kasar dan guris hati korang dan apa yang menyedihkan bila ko nak backup diri ko ( normal kan kita jadi nak marah sikit) semua orang nampak ko jahat,mostly banyak berlaku dalam wasap or facebook, terkilan tak? Konfim kan korang terkilan.

Orang terlampau nampak jahat korang, tetapi bila orang lain anaiya korang, mereka hanya buat tak endah. Kadang2 aku terfikir, tindakan aku betul tetapi kenapa orang tak fahami, bila kau meluahkan sesuatu, orang mula katakan kau terlampau mengadu domba. Sehinggakan pada 1 saat kau dah x nak bercakap langsung dan menyendiri. Pada masa yang sama orang melabelkan korang sebagai SOMBONG. Agak2 apa yang korang boleh katakan.

Kadang2 aku sangat sedih kenapa tiada langsung orang yang cuba menjaga hati aku. Nak kita saja jagakan hati mereka, tetapi mereka tak membuka ruang langsung untuk menjaga hati kita.

Harap ada yang sudi berkongsi pandangan cara untuk aku hadapi ujian ini

– xxx

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *