As Expected, He Ghosted Me

Seperti yang dijangka, seminggu berlalu sepi tanpa ada khabar berita daripada dia. Text yang aku hantar semalam langsung tak berjawab, tapi di Facebook masih boleh online dan update post.

Entah apa yang silap. Aku tak nak lanjutkan lagi perang dalam kepala tentang apa yang membuatkan dia tiba-tiba mendiamkan diri.

Kenalkan, Puteri, kini hampir mencecah 30an. Macam wanita lain di luar sana, aku pun nak berkahwin. Nak berpasangan, punya keluarga kecil sendiri,

Punya naluri kewanitaan yang semakin meluap-luap ingin menyayangi, disayangi pasangan dan ingin mengasuh zuriat yang lahir daripada rahim sendiri.

Aku bekerja di bandar metropolitan dalam industri berat yang didominasi kaum lelaki. Tapi, menjadi seorang professional aku begitu mengeratkan hubungan di tempat kerja hanyalah di tempat kerja. Tak lebih daripada itu.

Orang selalu kata “alah kat sini ramai lelaki bujang muda-muda, duit kepok-kepok, tinggal pilih je”. Aku cuma tersenyum.

Dah jadi prinsip aku untuk tak mempunyai hubungan peribadi di tempat kerja, dan harapnya ia kekal begitu.

Biasalah bila terlalu sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak berkenal-kenalan, aku pun buat profile di dating app dengan niat untuk mencari hubungan long term yang serius. Lalu berkenalan dengan Saffron (bukan nama sebenar).

Saffron tinggal di negeri terbesar semenanjung Malaysia. Dipendekkan cerita, kami berkomunikasi terus setiap hari selepas bertukar-tukar nombor telefon.

Sesuatu tentang Saffron yang membuatkan aku tertarik, dia juga punya niat yang sama. Ingin mencari calon dan bertaaruf, dan jika berjodoh, kahwin.

Perbualan kami berkisar tentang latar belakang hidup masing-masing, keluarga, kerja, hobi, perancangan masa hadapan dan lain-lain yang melibatkan hubungan berumah tangga.

Basically getting to know each other better and deeper, to see if there are matching values and principles before getting into serious relationship.

Saffron juga meluahkan yang dia selesa bercakap dengan aku. Tertarik dengan perwatakan dan pendapat yang kami bincangkan, dan sejujurnya aku pun begitu. Dia matang, percakapannya juga baik dan menyenangkan.

Walaupun duduk berlainan negeri, kami ada merancang untuk berjumpa dan berkenalan dengan lebih rapat. Jauh di sudut hati, mungkin dialah orang yang selama ini aku sebut dalam doaku setiap hari.

Tapi, menjadi seorang perempuan yang pernah beberapa kali kecundang dalam hubungan dan situationship, aku tak mahu terlalu berharap dan menaruh perasaan terlalu awal.

Apa jua perkara boleh berubah sekelip mata jika memang bukan ia ditakdirkan milik kita (masuk lagu sedih).

Betullah sangkaan aku. Saffron tiba-tiba tidak memberikan respon terhadap mesej aku. Dia tidak lagi mengucapkan selamat pagi seperti kebiasaan. Tatkala aku yang mulakan mesej, langsung tak disambut seperti sebelum ini.

Aku berasa sedikit hairan tapi tak mahu fikir berlebihan. Mungkin dia sibuk.

Aku tahu dia melakukan lebih daripada satu kerja. Siang dan malam. Tapi aku mengharapkan sekurang-kurangnya dia bagitahu yang dia dalam keadaan baik saja. Tu pun dah cukup.

Di facebook aku lihat dia agak aktif, tak mungkin mesej pun dia tak perasan.

Dia perlukan masa bersendirian ke? Atau dia tak bersedia untuk ada komitmen dalam hubungan ni? Atau kalau memang betul dia tak mahu teruskan taaruf ni, aku sedia terima dengan hati terbuka.

Tapi sebagai orang dewasa, bukankah komunikasi dalam setiap perkara tu penting? Bagitahu je yang dia nak hentikan taaruf ni, dan aku boleh undurkan diri.

Nampaknya aku perlu berjalan terus. Move forward tanpa dapat tahu khabar daripada dia. Sedih? Adalah sikit. Tapi aku redha.

After all, it’s just a taaruf. Sesiapa boleh decide untuk terus atau berhenti jika calon tak bertepatan dengan keperluan dan kemahuan dalam proses kita nak mendirikan rumah tangga. Mungkin aku bukan yang sesuai untuknya.

Cerialah duhai hati. Sendirian juga bahagia, bukan?

Untuk wanita lain di luar sana yang sama macam aku, semoga kita dipertemukan dengan sebaik-baik pasangan dan teman yang baik di sisi-Nya dan di sisi agama.

Dikurniakan kasih sayang daripada Nya dalam sosok keperibadian seorang suami yang baik dan bapa yang terbaik untuk anak-anak kita nanti. Amiinn ya rabbal alamin.

13 Januari 2024, 2 Rejab 1445H

Batu Pahat, Johor.

– Puteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *