Salam Syawal buat warga IIUMC.
Ni ada satu pemerhatian yang dah lama aku buat sejak dari zaman universiti lagi. Aku suka perhati orang tak kira macik, pacik, awek, jantan, budak….semua aku perhati dan teliti. Dan antaran perkara paling aku menyampah sekali adalah KEMALASAN LELAKI di dapur.
Benda ni isu berat sejak aku duduk serumah dgn member2 universiti aku lagi. Budak universiti, kawan sekerja, kawan sekampung dengan sepupu sepapat….hampir semua ada masalah MALAS urus hal ehwal makan sendiri. Ni khas untuk kaum adam ye.
Bhaii…aku pun lelaki gak. Dulu masa kecik2, aku tak pernah pun nak jejak dapur apatah lagi tolong kakak/mak basuh pinggan. Tapi bila dah besar panjang ni.. pandai2 fikir la saudara. Hal ehwal makan minum tu perkara asas. Cara potong bawang tu perlu tahu, masak nasi kena mahir, pisau dgn kuali tu kau wajib pegang paling kurang pun seminggu sekali. Kemahiran ni semua penting bhai….sbb ko kena makan utk hidup. Makan tu penting, sama penting dgn bernafas. Tak kan ko nak makan kedai seumur hidup. Tak kan ko nak harap mak/kakak/bini ko masak sampai ke tua. Kalau gitu, seumur hidup kau tak boleh hidup tanpa harapkan orang lain masakkan untuk ko.
Bhai…tak hebat masak takpe lagi. Boleh dimaafkan janji ko pandai masak nasi & goreng telur. Lelaki kalau boleh masak yang kompleks2..memang aku tabik spring lah. SALUTE! Tapi benda paling kronik bila ko tak pandai BASUH PINGGAN SENDIRI. Aku nak tanya korang semua…selama 20-30 tahun hidup. Korang memang tak pandai basuh pinggan sendiri ke? Selama ni ko longgok pinggan mangkuk atas sinki dengan harapan ada robot tolong basuhkan? Robot tu biasanya mak/kakak/bini/housemate. Selama aku duduk rumah sewa dari universiti sampai dah kerja, berapa ramai member yang aku "puji" sebab jenis longgok pinggan 3 hari tak basuh. Bila aku mintak upah basuh, pandai pulak korang nganjing aku.
Bhai…. Kebersihan amalan asas dalam Islam. Kebersihan di dapur/meja makan adalah benda paling mustahak yang ko kena titikberatkan. Biarpun ko tak pandai main bola, tak reti rempit, tak boleh main dota, tak licik untuk jadi bisnesman. Janji ko reti uruskan 3 benda asas dalam hidup ni – solat, makanan, kebersihan.
Benda ni makin kronik bhai. Lagi2 masa raya ni. Anak sepupu aku yang lelaki sehari suntuk main henset/motor. Tinggal pinggan mangkuk atas meja harapkan kakak2 sepupu basuhkan. Ko buat depan aku…memang silap besar lah. Awal2 aku hambat tarik telinga sorang2 suruh basuh. Macik/kakak ko dah tolong masakkan lauk pauk sampai 10 jenis, apa salahnya korang hargai usaha diorg ni dengan basuh pinggan sendiri.
– Faisal
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
So far.. sy lihat org dlu yg lelaki sume rajen..berkebun..bcucuk tanam..tlg masak di dapur..cume peliknya..kebiasaan lelaki skrg..lupe kot nk bljr masak dan mgemas .. walhal Rasulullah s.a.w sndr mjahit baju sndr apabila terkoyak..
This!
jejaka idaman ni..haha
Perghh terbaik bhai…
Betul2 kadang cawan sendiri pun x nk basuh. Lepas makan pinggan biar je atas meja. kdg marah la juga apsal x angkat pinggan ke sinki skurg kurgnya walaupun x basuh. apa dorg ckp tu semua keje perempuan. hmm nak wat cm ne dah dari kecil diajar perempuan je buat keje, lelaki pi main2. hmmm
Betul2 kadang cawan sendiri pun x nk basuh. Lepas makan pinggan biar je atas meja. kdg marah la juga apsal x angkat pinggan ke sinki skurg kurgnya walaupun x basuh. apa dorg ckp tu semua keje perempuan. hmm nak wat cm ne dah dari kecil diajar perempuan je buat keje.
Adik ipar saya lagi hebat kemalasan dia…sepanjang cuti sek bulan puasa, kami suami isteri yg masakkan utk dia….dia x pernah masuk dapur walaupun anak dah 2, bila dah masuk waktu berbuka pandai plk pegi dapur nak makan….
Pm.hahaha
Stju sngt3
masalah attitude nih…kecik2 dulu kalau tak basuh pinggan mangkuk dekat sinki merasalah tgk pinggan terbang
chill yer bro faizal, salah mak bapak juga ni…feed sgt
Betul. Kalau drp kecik duk marah anak perempuan tak tolong, tapi biarkan anak laki duk relex… X leh la nak harap bila anak tu besar dia ada kesedaran nak menolong…. “Salah mak bapak” yang ni saya setuju
Finally ! Waiting for this bro faizal !
Zafiq Fitri Zul Fahmi baca niiii
Good
ni baru gentle bhai…
Kalau sy… anak sedara yg kecik2 tu lelaki ke pompuan umur darjah 1 ke atas je mmg suruh lepas mkn angkat cawan n gelas sendiri gi basuh.. kene biase dr kecik.. ajar kesiankan kat nenek derang penat2 masak lepas mkn takkan nk basuh pinggan cucu plak…
Kena ajar la depa ni masa kecik faisal.. Kalu x ajar, mana nk reti.
Betul tu bro…kiteorg adik beradik ramai lelaki ..girl sorang jek…so dh terbiasa buat kerja rumah…sampai rasa janggal kalu x buat kerja2 tu…
Attitude sampai bawa je tempat awam. Tengok je la kat ikea tue..
Lps makan letak pinggan kt tmpt sepatutnya. Letak troli kt tmpt sepatutnya. Dah siap makan kerusi tolak semula dlm meja. Hehe. Ramai yg malas.
Support!
U should tag somebody Abdullah Zaid Bin Zulkifle.. nunnn di pasir gudang.. hahaha
Ya i should..Haha
Somehow aku tgk nama bawah tu teringat kat kau lep. Aliff Faisal Roeslan
Faisal, k. Hihu
Hahahaha, part yg menariknya. Aku ngemas, basuh pinggan, lepak dapur bGai ?
Adakah confessor ni kau? ? lewls
Saya bagi lima bintang buat abang ni
Nasib u pandai masak air Rohaizam Azminuddin
ok bhai.. jemput la dtg umh.. haha
Hafizuddin Rahmat..
Tq sangat sbb tolong tarik telinga diorg semua.. Rasa mcm nak bagi pingat dan amik gamba. Huhu.. Mmg camtu ah. Balik raya konfem pinggan mangkuk tinggal bagi sepupu pompuan/makcik basuh.. Kamonn… Kalau ada sepuluh pakcik/ makcik. Kalau +isteri/suami dia + anak2 saudara siap cucu saudara, +-50 orang. Tahap kenduri dah tu.. Fikir2kan dan ringan2kan tulang anda :).
U win bradah
Akmal Hisyam M Aiman Saidi Muhd Asyraf
Allan Razlan nsb baik ayg reti basuh pinggan
Mat Mat baca nihh
Hehehe..xbuat xpe kan
Suka t awkla
ala…laki perempuan sama je…cuba g mcD…lepas makan sisa n sampah biar je atas meja…kalau kat korea n eropah dorang angkat n buang or letak di tray yg disediakan
Setuju! Tak nak angkat pun xpe, tp tlg aturkan semua sisa mknan dan bekas dalam dulang. Senang org nak angkat n buang. Senangkan org pun dapat pahala. ?
Ni cakap pasal dapur, mmg lelaki melayu kurang membantu hal2 dapur. Kepercayaan berkurun2 yg xde asas lelaki perlu diserve sahaja.
Nak banding oversea, budak2 laki kecik2 dah reti ke dapur.
oo…dapur ek…sama je sekarang ni…kalo time kenduri semua dok bz selfie duck face pose hipster…yg kat dapur orang2 tua
You’ve chosen a wrong comparison. Butthurt la tu.
lelaki pon basuh pinggan…tak caya tgk page datuk alif syukri D’Herbs… viral dia basuh pinggan time raya walaupun dia lelaki jutawan dan kaya…haha
Perempuan sekarang pn ramai yang pemalas ya ampun! Xmandi, terus pegang fon. Kalau dah bersiap pulak, terus duduk depan tv, bila suruh ke dapur, xnak sbb dah cantik2 dgn baju raya
Aku memang sangat setuju..Alhamdulillah aku di didik ke dapor sejak kecik lagi sbb aku anak bongsu..Lelaki harus pandai menguruskan hal ehwal dapor.
Ikut sunnah nabi tolong isteri.
Wahai kaum ibu di sini.
Paksalah anak2 lelaki mu ke dapor kelak akan memudahkan isterinya…
Tidaklah jadi bapok or pondan kalau pandai menguruskan dapor..
Bukan takat memudahka isteri, akan memudahkan mak tu sendiri… X de la mak2 mengeluh, anak dah besar panjang, tapi semua benda mak jugak kena buat…. Anak perempuan semua dah kawin, tinggal yang lelaki je… Mak la buat sorang2, basuh, jemur, angkat lipat baju… Masak, cuci pinggan mangkuk…. Kalau dengan mak sendiri pun x de rasa nak menolong, x yah harap la nak menolong isteri….
Betull setuju..InshaAllah akan memudahkan emak itu sendiri..
Ikhlas mmg anti lelaki malas ke daporrrrrrr
Nabil Fikri…… Syazwan Wan
aikk.hahahaha
Idham Mahdi Ismail Ahmad Iqbal
Wargggghhh.. calon yg bgus ni.. pm! Hahahha joke. Slamat Ari raye maaf zaher batin iium confessions lovers!!
Terbaik
Harith Affif
Noted
Hazwan Novela’s III
Ni semua didikan. Ayah aku habis makan bangun sendiri hantar pinggan and basuh pinggan. Weekend if mak aku Ada Hal ayah aku masak. Once a while kemas garage n lawn together. So dr kecik aku dh biasa buat kerja rumah. Perempuan yg kemaruk carik laki tu esoklah selidik cmne Cara laki ko dibesarkan. Tak kisah lah walaupun Ada bibik pun tp ini berkenaan soal sikap.
Tapi aku pelik jugak Ada lagi ke golongan lelaki pemalas cmni? Perangai laki cmni ni Zaman tahun 1950an zmn Melayu kuno adalah. Tak moden langsung duduk bwh tempurung ke. Gosh educate yourself
Kenapa diri ini tak kisah pun kalu dihadapkan pinggan periok belanga menggunung utk dicuci….tp bila hanya ada 1 pinggan mkn atau sebiji cawan yg baru diguna oleh insan bernama lelaki yg membiarkannya disinki dan berlalu pergi….rasa sedih sgt hati ini…Ya Allah…kenapalah tak dicuci pinggan cawan yg seketul ni….hua ha ha…
Palie Asassin,khas buat mu
Confessor mintak tolong pm. Antara ciri² picture husband saya kena ada. Hihi