Asrama
Assalamualaikum,salam sejahtera.Aku bukanlah pelajar iium mahupun bekas.Hanya budak spm.
Seperti biasa,aku sedang belajar di bilik study sebuah sekolah berasrama penuh.Oleh kerana hari exam tidak melebihi seminggu,aku terpaksa belajar seorang diri di bilik study berseorangan.Roomate aku yang lain semua dah hanyut .Sedang aku asyik membaca buku biology tingkatan 4,aku berasa sepeti ada seseorang yang memerhatikan ku.Aku melihat jam,11:20.Mungkin imaginasi aku.Tidak lama kemudian,tiba2 tingkap sebelah meja belajarku diketuk berulang kali dan terdengar bunyi guli jatuh.Aku kuatkan hati untuk tidak "freak out" Hati aku dah tak senang.Aku slow2 angkat,kemas barang,cau.Masa keluar bilik tu,aku masih dapat merasakan masih ada benda yang memerhatiku dari belakang.Masa dah sampai dorm barulah rasa tenang sikit.Aku simpan buku,kemas beg naik katil.Tiba2 hujan turun.Lebat gila.Aku mula rasa seram sejuk.BANG!cahaya kilat melintasi dorm.Junior aku tidur opposite katil aku.Dia terbangun,tercegat melihat aku.Muka pucat.Aku dah tak sedap hati.Takkan benda tadi masih ikut aku kot.Hujan terus turun dengan lebat.Aku menarik selimut ku dan menutup muka.Aku cuba tenangkan diri.Tiba2 selimut aku ditarik.Aku ternampak lembaga hitam,badan dipenuhi bulu,muka buruk gila sedang melihat tepat pada mataku.Aku tak dapat nak gerak.Badanku seperti,"ditindih".Aku cuba menutup mata.Cuba untuk tidur.Baca apa yang patut.Pastu aku dah tak tau apa jadi.Aku tak sedarkan diri.
Benda ni normal ke bagi budak asrama? Aku nak pendapat korang yang kat luar sana.
– Qrist