Asrama berhantu

Hari ini hari Ahad. Hari minggu, kebetulan malas benar keluar dari rumah. Maka aku mengemas rumah. Sedang mengemas, terjumpa album gambar ketika zaman muda remaja. Terpegang pula gambar ketika tinggal di asrama. Aku yakin, setiap asrama punya cerita hantu yg tersendiri. Begitu juga aku. Ditambah pula, sekolah aku ni telah berusia hampir 100tahun. Maka, tak hairan lah sekolah aku ini terutama asrama, berhantu.

Kira-kira 17 tahun yang lalu, setelah mendapat result SPM, aku ditawarkan ke form6 aliran sains biologi di sekolah ini. Sekolah ini jauhnya 70minit dari rumah. Memandangkan aku tinggal di pedalaman, sukar untuk aku berulang-alik ke sekolah baru ini. Maka, ayah aku decided utk masukkan aku ke asrama walaupun aku menentang keras.

Sebelum daftar asrama lagi, makcik aku yakni jiran sebelah rumah yg berusia 40an menceritakan pengalamannya bersekolah di sekolah itu ketika umurnya 14tahun. Katanya ketika tinggal di asrama, kerapkali makanan mereka hilang. Anggapan pelajar, ada yg mencuri antara mereka. Namun tiada yg mengaku. Suatu hari, tertangkaplah pencuri tersebut. Dan pencuri itu adalah orang kenit! Pelajar-pelajar rasa kasihan, lalu melepaskannya. Makcik aku juga bercerita ramai yg ternampak lelaki berpakaian seragam berkawad di padang di tengah malam. Dan mereka semuanya tidak berkepala!

Mendengar cerita itu, kecut perut aku ini weh. Semacho-macho aku pun, bila cerita hantu, boleh goyah kemachoan aku ini. Tapi ayah aku berdegil. Masukkan jugak aku dalam asrama berhantu tu. Aku lihat, ada 4 bangunan. Setiap satu terletak di lereng bukit. Aku dapat dorm kedua. Di bahagian atas ada lagi 2 dorm yg mana salah satunya paling hujung atau atas bukit sekali, tidak dibuka utk pelajar. Dorm yg paling "keras" kata mereka. Ramai yg menyatakan sesiapa yang tinggal dalam dorm tersebut akan histeria atau esok harinya tidur di atas padang (diangkat oleh makhluk halus).

Malam pertama di asrama, sebelum tidur, kami satu dorm akan beramai-ramai membaca surah al-mulk dan surah yasin. Aku diberitahu bahawa setiap malam ada sahaja yg histeria dalam dorm tersebut. Alhamdulillah selepas aku masuk, tiada lagi yg histeria. Berkat doa seorang lagi yg bertambah mungkin. Hehe..

Antara larangan didalam asrama ini, tidak dibenarkan menyidai atau mengambil kain di ampaian ketika tengah malam ataupun sebelum subuh. Kerana area ampaian adalah dibelakang dorm. Dan betul-betul di belakang dorm ini ada kuarters askar british dan jepun yg telah lama ditinggalkan. Kami hanya diasingkan dengan pagar. So, banyak kali sangat budak pengsan gara-gara diganggu makhluk halus dr bangunan tersebut. Aku? Selalu tak dengar nasihat. Tambahan lagi aku kalau boleh nak keluar dari asrama. Bukan sebab takut hantu, tapi sebab rimas kena follow banyak peraturan. Jadi, aku pergi jugak sidai baju sebelum subuh selang dua hari sekali. Nak jadi cerita, aku xnampak apa-apapun. Maybe sebab aku rabun teruk. Hehehe.

Dewan makan terletak di kaki bukit. Dalam dewan makan ini jugalah tempat kami prep pada waktu malam. Selalunya, pelajar yg akan hadapi exam besar akan pulang dari prep lebih lewat dr yg takde exam. Suatu malam, aku macam biasa, antara org pertama dahulu masuk dorm sebab xmo prep lama2. Ketika berbual dgn budak dorm, secara tiba-tiba aku terdengar diluar, budak2 berlari sambil menjerit-jerit di tangga. Siap aku dengar "Allahuakbar" berkali-kali. Rupanya ketika mereka odw pulang ke dorm, kelihatan seorang ppuan berambut panjng sedang duduk di tangga. Mukanya dilindungi rambutnya yg panjang. Apalagi, berlari tak cukup tanah lah semua orang. Nasib baik aku balik ontime.

Suatu malam, aku sedang berbincang dgn rakan sedorm. Baru pukul 10 lbih. Masing-masing masih belum tidur. Sibuk mengemas lah, iron baju sekolah la.. Tiba-tiba aku terdengar suara seorang ppuan ketawa. Suasana yg bising jd sunyi sepi. Maka lagi jelas kedengaran suara ketawa tersebut dr luar dorm. Aku pulak terpikir, sapa pulak yg stress sampai ketawa nyaring malam ni. Tp kawan aku cakap, bukan orang lah. Kau dengar tak dia mengilai? Aku terdiam. Betul jugak. Mengilai namanya nie. Perghhhh..awal betul dia nie test suara. Aku ingatkan pas pukul 12 hantu2 keluar. Malam tu kami tdo secara berjemaah ditengah-tengah dorm. Takut punya pasal.

Tu belum cerita bilik warden diganggu. Kami terima warden baru. Dia cikgu bujang. Maka dia tinggal dalam bilik sebelah dewan makan. Rakan-rakan aku berkata, beraninya cikgu tinggal sorang kat situ. Rupanya dalam bilik itu ada warden yg telah bunuh diri dengan gantung diri. Tak lama selepas aku dengar cerita itu, warden yg baru ini mohon pindah sekolah. Tak pasti mengapa.

Ada juga sekali tu, sekolah ada program berkhemah di padang. Asrama kami di lereng bukit ini menghadap padang sekolah. Aku tak join aktiviti ini. Yg join, rakan sekelas aku. Selepas perkhemahan itu habis. Keesokan harinya, kawan aku tu dtg berjumpa dgn aku dan berkata "kau dok kat asrama tu kan? Hati-hati. Aku dapat lihat ada mahluk berbulu, bewarna hitam dan sangat besar ada di asrama itu malam hari berkhemah". Rupa-rupanya kawan aku nie berkebolehan melihat mahluk halus. Sejak itu, aku lebih berhati-hati.

Macam-macam lagi gangguan yg diterima. Tapi aku nie, entahlah, takat terdengar and ternampak kelibat tu adalah. Tapi aku buat tak tahu jer. Maklumlah, sekolah lama. Asrama sekolah aku yg terletak di selatan Perak ini masih gah berdiri walaupun banyak pembangunan di sekitarnya. Teringat kata mak aku setiap kali aku komplen pasal hantu di asrama, " Hantu pun nak g belajar. Biarlah dia".

– Cik waf

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

25 Comments

  1. Akk pn ade cite seram ni.kwn akk cite..ms derang otw nk tdo bhimpit..cantumkan semua katil sbb slalu diganggu dlm.hostel tu..pernah ade suara seram.di tgh mlm..berkata..”tak tido lagi..
    ..aku tahu…hihihihi..” sambil gelak nyaring menyeramkan bg semua yg masih tketar2 dlm selimut..yg paling tragik..mende tu duk duduk ats almari sambil mjuntaikan kakinya n goyangkan kaki…korang rasa???!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *