Asrama Berhantu

Assalamualaikum. Nama saya Putri Nini . Mungkin tajuk ni nampak kebiasaan bagi penggemar cerita hantu . Tapi this is really real story . Memang saya hadapi bende ni . Cerita bermula apabila saya mendapat tawaran masuk ke kolej di dalam kawasan yang agak pendalaman ni.

Lepas spm , aku apply macam2 kolej , mulanya aku minat bidang pertanian . tapi last sekali aku dapat la kolej ni . Ayah ngan mak pon bersetuju untuk aku masuk kolej kemahiran ni . Hari pertama. Aku sampai je kat kolej tu . Memang sebelum ni aku ada melawat ngan ayah untuk tengok keadaan kolej ni . Masa ayah bawak aku pada mula tu , aku terfikir , kenapa lah kolej ni atas bukit .

Hari pertama orientasi, daftar settle semua dah , seminggu tu rasa okay . Sebab takde apa yang berlaku . Dan masa aku masuk tu pertengahan bulan puasa . Masa tu berjalan malam pi terawih pon takde apa lagi . Semua okay je . Tapi bila start je lepas raya . Suasana atas bukit kat kolej tu jadi suram lain macam. Kebetulan , belakang asrama perempuan depa nak buat padang bola. Kontraktor semua datang untuk korek untuk buat padang lah .

Pada masa tu , nampak dah keadaan makin suram . Sampai lah satu malam tu , ada perhimpunan untuk ceramah setiap malam jumaat . Tengah sembanhyang , tetiba ada seorang pelajar perempuan pengsan , sedangkan masa tu dalam surau . Pada mula , kami ingat die tak larat ke apa , tapi bila die dah meracau satu surau . Kami panggil ustaz datang . Pihak warden lah yang panggillkan. Ustaz tu pegang ibu jari kaki dia . Die jerit dan cabut abis telekung dia . Pada masa tu , terdengar warden cakap ‘bende lama dah jadi balik’ .

Bila start seorang pengsan, orang lain pon start nak pengsan . Especially orang perempuan yang tengah period lah . Alhamdulillah masa tu aku tak period . Semua pelajar diarahkan masuk ke asrama masing masing, masa tu lagi ramai , yang pengsan , sorang demi sorang . Aku masa tu dekat bengkel auto lelaki sorang, sebab semua orang lari sebabkan ramai yang pengsan . Tiba tiba kaki aku rasa kaku kat situ . Kebetulan ada dengar cerita pondok dekat bengkel tu ade penunggu . Kaki aku keras takleh nak jalan . Sampaikan warden tu mai tepuk belakang aku , baru aku boleh jalan walaupun lutut aku tak kuat sangat masa tu . Malam tu jugak aku call mak ayah suruh datang amek . Sebab takut . Tapi aku fikir balik , mak ayah jauh nak datang . Aku nangis je malam tu sampai tak tido . Kat luar bilik bunyi orang jerit meraung semua ada lah .

Bila ustaz dah pagar . Bende beransur pulih . Masuk semester dua , assignment pon makin bertimbun . Aku stay up sampai pukul empat pagi . Aku rasa lapar nak makan megi cup . Nak g pantry amek air panas . Kebetulan dorm kami memang tak ramai yang tido . Sebabkan assignment banyak . So pegi lah aku ke pantry sorang sorang lalu depan bilik kawan aku . Dan kawan aku ni kebetulan memang dah ada kat pantry . Aku tegur dia . Tapi die tak jawab. Mungkin sebab die dengar lgu pakai earphone . Die duduk atas singki , goyang goyang kaki .

Masa tu aku tak rasa apa sbb die memang selalu pegi pantry gayut ngn pakwe die . Aku pon lpas isi air terus masuk bilik . Then kawan sebilik aku masuk dalam bilik jugak masa tu . Aku tanya die . Hang dari mana ? . Die jawab. Die dari bilik sebelah sembang dengan kawan yang aku jumpa kat pantry tadi . Aku tanya banyak kali kat mmber aku ni . Hang sure ke hang sembang ngn die . Aku pon serabut aku pon pendam je bende tu . Dalam hati aku , aku pikir la sape kat pantry tadi . Rasanya aku tak rabun lagi .

Keadaan seperti biasa sampailah aku naik sem tiga . Histeria makin lama makin mnjadi , sampai satu tahap bende tu masuk dalam badan kawan aku sendiri . Die meracau satu bilik sampaikan kami kena berkumpul. Pastu keadaaan asrama semakin huru hara. Sampai satu tahap, ustaz buat pilihan untuk bercakap sendiri dengan ‘bende tu’. Salah seorang warden merakan perbualan tersebut . Sepanjang ustaz tu berinteraksi dengan ‘bende’ tu , bende tu cakap die suka kat seorang perempuan je dalam asrama tu . Nama die comel(bukan nama sebenar). Sambil mengilai, die cakap die suka comel sebab comel seksi , suka pakai sluar pendek time tido , suka mandi telanjang dan comel ni tak basuh pad die masa period .

Perbualan tu pon stop sampai situ dan kebetulan masa tu , comel tu die bukan duduk asrama , sebab die jarang duduk dan rumah dia area kolej jugak . Die hanya duduk asrama kalau assignment die banyak je . Dua tiga hari lepas tu , bende tu masuk lagi dalam badan kawan aku , dan die cakap lagi dengan ustaz tu , kenapa nak robohkan tanah kat belakang tu . Yang aku cakap nak buat padang bola tadi . Sebab dia kata tu tempat tinggal die . Aku makin lama makin susut badan . Sebab banyak sangat bende jdi . Dan aku makin kurus .

Esok nya kami kena pi pekan beli barang sebab esoknya ada gotong royong dekat kolej kami . Kami pon beli macam macam kat pekan sampai balik lewat . Pukul lapan lebih baru kami gerak balik . Dalam perjalanan kawan aku dah pengsan . Sebab kami dah sampai kat kolej masa tu . Pastu kami kena angkat dia masuk dalam bilik . Bilik kami kat aras dua . Dalam perjalanan nak angkut die masa kat tangga tu , ya allah berat gila kawan aku . Badan kecik je . Tapi berat tu ya rabbi . Sampai tangga yang terakhir nak sampai pintu tu , die tolak aku . Masa tu lah aku jatuh tangga . Dan aku pengsan terus tak sedar apa dah .

Bila aku sedar, aku dah ada dalam bilik warden , tangan aku sebelah kiri takleh gerak . Warden bawak aku pergi hospital . Tangan aku terseliuh masa tu . Esoknya , gotong royong tetap berjalan macam biasa. Warden aku cakap bahu aku dah jatuh dan kena gi ngurut . Aku dapat cuti 3 hari . Aku pulang ke kampung . Aku mengurut dengan tukang urut kat kampung aku , lepas tu pulak mak ayah bawak aku jumpa ustaz dekat kampung aku jugak la . Pastu ustaz tu cakap kat aku ,bende tu cuba untuk masuk kat aku , tapi die tak boleh . Ustaz tu pon bagi aku satu minyak angin untuk sapu .

Aku pon balik kolej macam biasa lepas tu . Alhamdulillah lepas guna minyak ustaz tu . Bende tu jadi jugak kat asrama , tapi aku tak rasa takut dan selemah dulu . Sem terakhir aku kat situ, bende dah makin kurang , dan apa yang aku nak kata , kalau kita tak kacau dia, die takkan kacau kita . Dan kalau pegi tempat orang tu , jangan buat sesuka hati , patut la kolej tu ada iso syariah sebab mungkin nak tutup bende tu . Padahal kolej tu bukan kolej islamik pon . Dan kalau nak mandi pakai lah kain basah bagi perempuan . Jangan pakai seksi lahhh maksudnya .

Kesimpulannya , bende tu sebenarnya wujud tapi cuma kita kena anggap die seperti manusia . Ada bnde yang die suka dan tak suka . Kena selalu cakap dalam hati , doa banyak2 supaya die tak kacau .

Akhir sekali , jangan pernah cerita kat orang apa yang hang nampak dan hangpa dengar . Setakat sekali dua . Baik pendam je . Kalau kita bercerita dekat orang . Bende akan menjadi jadi seolah olah kita suka cara dia .

– Putri Nini

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *