aurat, suami dan Allah.
first of all, terima kasih sebab approve. panjang ni. balas dendam lama tak buat karangan.humm tak tahu nak mulakan dari mana. sebab aku confess kat sini, supaya ada yang macam aku, tergerak hati nak berubah. nak buat status, takut pulak org kata aku bajet.
oke, i was a former boarding school student. serius ckp, sekolah asrama penuh mmg terbaik untuk latih anak2 jadi manusia.
aku asal dari keluarga yang senang, anak sulung, mama abah yang baik, senang cakap, semua okay. cuma, kami tak lah warak mana. solat pun kadang2 ada yang terlepas. so bila masuk sekolah asrama ni, kau kena solat jemaah, kau kena bangun awal, kau kena pergi usrah, dengar tazkirah. untuk org2 yang mmg dari kecik dididik macam tu,mmg takde masalah, tapi untuk aku, Allahu malas gila wey.tapi gagahkan jugak. dari asalnya sebab ikut peraturan, lama2 jadi ikhlas. tapi, aku mmg nakal, suka balek prep awal, ponteng prep, tapi aku tak buat benda bukan2, nakal cara aku. kenangan zaman sekolah. sape2 yang baik sgt time skolah, korang rugii.haha.
oke, aku kenal suami aku, masa tengah SPM. kawan aku kenalkan. terima kasih wey. hehe. aku ni jenis anti lelaki sikit dulu,tapi bukan lesbian, cuma aku tak minat nak couple2 tangkap cintan bagai2 ni. tapi yang aku boleh suka dengan suami aku, dia slalu kejut aku subuh. kitorang kawan lama, been through ups and downs. last2 kawen lepas 6 tahun. alhamdulillah.
masa aku bujang, aku cuma perempuan biasa. bukan niqabis, bukan sista tudung labuh. teringin nak tutup aurat sempurna, tapi tak tahu nak mula dari mana, takut kawan2 kata hipokrit, takut tak istiqamah. aku bukan jenis seksi, tapi pakaian sopan tak keterlaluan. jeans slim fit, baju lepas punggung, tapi kdg2 jarang, tudung bawal kangaroo. masa aku berkawan dengan suami, bila kami keluar makan, dia selalu tegur.. "awak..lengan tu nak tunjuk sape.." "awak, janganla pakai tudung ni dah,jarang nampak leher,rantai awak pun saya boleh nampak.."
masa tu..aku iyekan aje, lepas tu pakai lagi. tapi kadang2, bila berdiri depan cermin, rasa malu tengok diri sendiri. pakai jeans nampak bentuk kaki, ketat. pakai tudung selempang, nampak yang sepatutnya dilindung. aku turunkan selempang, pin kan jadi tutup dada, tapi terpikir pulak,'humm dada tutup,kaki tunjuk.' walau tak banyak, mesti ade kalangan korang pun penah rasa mcm ni.kan? ye ngaku je dlm hati.haha.
nak berubah. pernah aku pakai stokin bila nak keluar, tapi tanggal semula sebab rasa pelik. dah kenapa pakai jeans ketat nak pakai stokin? haha. selau fikir sorang2, aku ni nak berubah, nak tukar imej. tapi baju2 aku tu mcm mana? jenuh nak beli baju baru. kawan2 aku nanti mesti ckp aku poyo, bajet2 muslimah. kalau tukar imej kejap,pastu tak istiqamah,mcm mana? sebab negative thoughts mcm tu, aku tak kemana. still the same old me.
lepas kawen, mula2 aku mcm biasa jugak, cuma pakai baju kurung bila jumpa mertua, sbb family husband ni warak. asal nak balek umh mertua je, mula la aku jd ayam berak kapur.tak tahu weyy nak pakai mende. alhamdulillah jugak, bila balek umah family in law, sentiasa solat jemaah, selalu pergi surau. jadi,my best choice, baju kurung. n bila nak dating dengan husband, aku pakai long skirt dgn blouse,cardigan n tudung yang tutup dada, walaupun still jarang. rase bertanggungjawab jage aurat bila dah kawen. sebelum kawen? kesian abah. kakak mintak ampun abah. :( Allah, ampunkan dosa2 abah kerana khilaf aku. sobs. lepas kawen, entah kenapa, seriously entah kenapa, aku terasa nak pakai stokin. suami tak pernah paksa, tapi aku rasa nak pakai. satu hari tu keluar dengan dia,aku pakai stokin.dia tak perasan, tapi lepas berhenti solat kat masjid, aku pakai stokin dlm kereta, dia terkejut sangat. his response-"alhamdulillah." aku suka tengok dia senyum and suka aku pakai stokin. sejujurnya, aku istiqamah pakai stokin lepas tu, sbb suami aku suka. and aku nak bagitau korang, bila dah pakai stokin, feeling dia laen macam wey. kau akan rasa bersalah kalau pakai baju ketat or pendek. kau akan rasa pelik kalau pakai tudung pendek. serius.so,sikit demi sikit, appearance korang makin elok. try la wey.
seminggu dua kawen, suami belikan tunic (blouse labuh ala2 punjabi). aku sukaa. suami belikan shawl shimmering schiffon yang tak jarang. aku sukaa. sikit2 dia beli untuk aku, kadang2 buat surprise dlm kotak n paperbag, kdg2 bg dlm plastic giant je.hehe. dlm sikit2 dy duk beli tu, baju2 labuh aku dah banyak,shawl aku pun makin tambah. nampak permainan suami aku tu?haha.
so, aku makin lama,makin tak pakai baju2 lama, aku lipat2 letak dlm kotak, tudung2 kangaroo jarang aku pun, aku lipat dan simpan.bila dah pakai baju labuh, automatic wey kau akan rasa nak labuhkan sikit tudung, tutup dada. seingat aku, lepas kawen, aku belum pernah lagi beli baju and tudung sendiri.semua dia yang belikan. and semuanya aku suka. sekarang, aku pakai tunic dengan pants yg tak ketat, shawl yang tak jarang n berstokin.bila tak pakai stokin,rasa awkward pulak. nampak? kita boleh pupuk habit yang elok tu dengan paksaan. lama2,akan ikhlas.
feelingnya memang laen. dulu pakai baju nampak badan yang slim,rasa mcm cantik, tapi bila pakai baju labuh, kau rasa SELAMAT. dulu pakai tudung singkat, kau rasa geram bila perasan ada lelaki usha dada kau. (sape suruh tunjuk).sekarang pakai tudung tutup dada, tak jarang, kau rasa SELAMAT. serious talk. tambah dengan stokin, kau rasa LENGKAP. belum sempurna, tapi hampir. dan aku dah tak takut pandangan orang. sebab suami aku suka.Allah suka. bila berjalan sorang2, dah takde bunyi2 nakal bila terpaksa lalu depan lelaki.
mcam mana nak muhasabah diri? cth, cuba korang pegi foodcourt.mane2 tempat makan pun boleh, tak pun tempat duduk yang boleh nampak orang lalu lalang. masa duduk tu, ce usha sorang pempuan yang pakai tak senonoh. usha sehabes usha, tapi jangan sampai dia perasan,kang bergaduh tarik tudung. cuba kau tengok apa yang ternampak,terbonjol. dan bayangkan kau tu lelaki, dan orang yang diusha tu adalah kau. malu? malu tak? gila tak maluuu. sesungguhnya, mata lelaki beribu kali lebih dasyat dari mata kau. so tutup. aku menyesal sebab lambat berubah, tapi aku bersyukur Allah bagi kekuatan.semoga aku terus istiqamah. semoga Allah gerakkan hati korang yang membaca. tak banyak, sikit pun takpe. maaflah kalau apa2 yang aku tulis ni ade tertoreh hati sesape.
konklusinya,cewah macam penulisan SPM ha. be around good people with positive thoughts. keep doing good things yang kau buat mase zaman skolah. nak berubah bukan senang,tapi tak susah. cari orang yang boleh buat kau berubah, yang sokong kau. mulakan sikit demi sikit, but no turning back. niat dlm hati nak berubah, sungguh2. susah nak cari pasangan yang baek dan bawak kita untuk jadi baik. find a good husband yang boleh bawak kau ke jalan Allah,bukan yang pertontonkan kecantikan kau untuk dia banggakan. kalau ada, simpan n ajak kawen. haha. kbai. sekian. jangan kecam aku wey.
– -NA-