auto vs manual – 12:53 PM

auto vs manual

Salam bros & sistur,

Nak share pengalaman.

Budak lepasan spm kalau tak cari kerja, menganggur. Main game, facebook-ing, melepak etc. Ada juga yg ambil peluang belajar menjahit, ikut kelas memasak & belajar memandu kereta (lepas SPM, institut memandu kereta memang laku).

Awal tahun aritu aku start belajar kereta. Actually takdalah belajar mana, sebab aku ambik lesen DA (Kereta Automatik). Lagipun aku dah bawa kereta auto since form 3, jadi senanglah cikgu yang mengajar aku tu dapat $$$.

There are few reasons why aku tak ambik lesen D (Kereta Manual). Tak dinafikan ada je yg fikir org jenis aku ni tak mencabar, rugi, loser. Tapi aku tolak tepi apa yg org fikir, cause i wanted to make my own decision. My mom supported aku utk ambik lesen DA (memandangkan kat rumah takda kereta manual), so daftar lah lesen DA. Waktu tu, aku seorang je yg ambik DA. Pekerja situ siap tanya "Confirm nak ambik auto? Tak menyesal nanti?". Then i answered her questions politely, inshaAllah tak.

Kereta auto & manual. Both ada pros & cons. Auto mudah, tapi tak semudah yang disangka. Manual susah sometimes menyusah, tapi tak sesusah yang disangka.

Student yg ambik manual selalu prob masa naik bukit kan? Yang lain okay, as long as pandai kawal clutch, minyak, brek & stereng. Melalui pemerhatian aku, student yang bawa manual ni kebanyakannya berhati-hati (tak semua, tapi kebanyakan) sebab diorang mudah utk self accident. Terlanggar BIM, tayar termasuk dlm longkang..terlanggar pagar etc. Tetapi waktu jpj test ada ja yang bawa mcm nak drift bagai! Haha

Compare to student yg bawa auto. Takpernah merasa self accident. Senangnya bawa kereta! Turun gear P ke D..D ke N. N ke R. Blablabla easy as 123 bak kata pengetua aku dulu. Yang bestnya guna kereta masih baru (tempat aku guna Axia), waktu belajar selalu tak turunkan cermin, drive dlm keadaan ber-aircond…siap dgar radio Hitz (kah kah, aku lattewww). Tu waktu belajar je lah ya, waktu jpj test tetap disiplin. Peratus utk lulus semasa test bawa kereta auto agak tinggi (senang je kan). Fyi mungkin ada yg taktau, kalau ambik auto ada satu tambahan semasa test dalam litar which is naik atas RAM. Ada few steps but still pretty easy. Yang lain should be okay i think. Tapi peratus utk gagal tu tetap ada. Macam aku.

"Kereta auto pun boleh fail ka? Ayoyooo"

Yes, i failed during the jpj test.

How come?

It is because of my simply silly mistake. Cuai. Mungkin over confident. Dan nervous, disebabkan aku orang pertama. So mata tuan JPJ tu memang tumpu kat aku 100%.

I failed sewaktu side parking (Boooo). Tak salahkan sesiapa, cause it was really my mistake. Tayar depan aku belah kiri terkena BIM sikit, JPJ tu terus lambai panggil aku. What? Failed? (Rungut dalam hati). I had mixed up feelings. Rasa down, malu, geram, kurang gula, pahit. Why? Sebab aku dapat title "orang pertama failed kereta auto". Haha, title tu aku buat sendiri. Tapi ia kenyataan. Tak pernah student auto gagal sebelum ni. My lao tze kinda shocked, but luckily student lepas aku (dia pun auto tapi kitorang takpernah jumpa sbelum ni) pun failed. Cikgu dia pun terkejut. Kahkah. Dia failed sebab lupa satu step masa nak naik RAM, sayang do. But alhamdulillah, utk test on the road, kachanggg je utk dapat markah penuh (compare tu student manual, sebab mati enjin/salah masuk gear). So aku cuma perlu bayar rm50 utk booking repeat test.

Hari tu sampai ke malam aku takdapat move on. Nak tutup mata pun masih terbayang yg aku failed. Aku sendiri tak percaya yg aku gagal. (Alah, gagal tu pun nak kecoh ke?). Ya, sebab aku jarang hadapi kegagalan. Aku cuba utk husnudzon. Tenangkan diri. Ya, aku yakin ada hikmah Allah beri aku rasa gagal. Supaya aku menjadi hamba yang bersyukur.

Semalam aku repeat test. Dlm keadaan aku demam, batuk, selesema, suara mcm nak tak nak keluar–aku gigih juga nak buat sehabis baik utk lulus (macam nak p exam bertulis, kahkah). Nasib aku dpt JPJ yg strict gila (my cousin was failed masa dia yang btugas). Aku telan air liur, luckily aku dah sedia dari segi physical and mental. Aku dapat giliran ke-2 utk kereta auto. Tiga org je yg test kereta auto semalam. Yang ke-3 tu yg sama failed dgn aku hari tu.

Alright. Sambil tunggu student yg ke-3 tu sedang buat demo kereta. Aku dgn student auto yg sorang lagi (a chinese guy) tunggu di pondok B. Lelaki ambik auto? Biar dialah, dia cute tau. Kahkah. A bit awkward sebab kitorang berdua ja. Sambil tu aku tengok student manual yang dah mula test. Tiba-tiba aku rsa lain smasa nengok student tu buat yang 3 penjuru. Berbeza dgn yg aku buat (haha sakai). nak tanya cikgu last minute memang dah takdapat lah, dia entah ke mana. So aku berani buka mulut tanya chinese guy tu.

Tanpa bagi salam,
"Masa kamu blablabla..kamu buat macam mana?"
"What?" (Haha, dia macam tak faham. & BM dia macam tak okay. So aku speaking baru dia clear & jawab soalan aku.)
Then dia lagi tanya few questions. And we started our conversations (tapi takdalah berkenalan, hai dulu awak sekolah mana? Lol)

Selesai saja dia buat semua, pergh dia keluar kereta dgn snyuman 'kejayaan'. Dia sempat jumpa aku and said "All the best. Fighting!". Nervous aku berkurang. So aku mula dengan bismillah, sepanjang dlm litar tak henti zikir. Focused. No more Hitz.fm! Alhamdulillah lulus.

So aku pergi tempat berkumpul jumpa lagi chinese guy tu, and dia tanya "so how? Passed?". Aku angguk.

Semalam, aku jumpa ramai org yg sama sewaktu aku test mula-mula aritu. Maksudnya diorang repeat test juga. Haha, umur bukan takat 18. Ada yg dh hmpir 30. Bangsa, agama macam-macam. I befriend with them. Mungkin aku jenis yg agak friendly but not so friendly. So kitorang macam selesa bercerita. Ada seorang kakak tu, she is ibanese "Adik, apa nama kamu? Mana tau jumpa di luar boleh tegur-tegur".

Haha. Cerita aku macam panjang. Nak sambung lagi, nak share mcm mana aku tunjuk rasa respect & ambil hati tuan JPJ. One tips, ask them questions but jangan soalan yg takda kena mengena. Once kau tanya dia soalan, dia akan perasan dgn kewujudan kau. Mgkin dia boleh ingat muka kau. Macam aku, masa wktu dia briefing aku tnya satu soalan. Sewaktu buat demo, pun aku ada tanya soalan. Semasa nak test dlm litar pun aku sempat tanya soalan. Biar dia nampak kesungguhan kau & biar dia appreciate kesungguhan itu. Jgn lupa bagi salam, ucap trima kasih pada diorang. Jpj yg garang/strict ni baik sbenarnya.

Kegagalan hari tu banyak menyedarkan aku. Sikit kau cuai, memang sukar nak diselamatkan. Tapi tidak mustahil skiranya kita cuba lagi, dgn kesungguhan. Corak hidup kita pula berbeza. Ada yg diibaratkan seperti memandu kereta auto. Hidup penuh dgn kemudahan, ktenangan..lancar kecuali waktu jam. Kahkah. Ada pula hidup serupa memandu kereta manual. Buat sesuatu perkara dgn teliti. Salah masuk gear, kau rasa lah kegegaran. Salah buat pilihan, bergegarlah otak & badan. Tak kisahlah auto ka manual, selagi hidup di jalan benar, stiasa patuh pada arahan Tuhan. InshaAllah kita nikmati perjalanan indah, ke syurga milik-Nya.

Doakan batch 1998 peroleh kejayaan dlm SPM. To my dearest friends, first thing masa keluar result nanti ingat, kena bersangka baik dgn Allah.

Jzkk sudi membaca.

– tikarterbang

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *