AWAK MAAFKAN SAYA TAK?
Buat 'Pencuri Hati'ku,
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt. Awak Sihat? Semoga baik – baik aja di waktu peperiksaan ini. Pertamanya, saya minta maaf andai warkah ini
menyerabutkan awak dikala sedang menghadapi ujian subjek mendatang. Saya mengharapkan agar tulisan ini sampai kepada awak suatu
hari nanti. Buat pembaca lain, saya minta maaf menyemak, tolong sampaikan ya.
Awak masih ingat tak, beberapa tahun yang lalu kita berganding bahu dalam sebuah persatuan di "Gateway of Garden of Knowledge and Virtue"?
Waktu itu saya jadi orang diatas awak dan awak sayap kiri yang membantu pergerakan saya dalam persatuan tersebut. Banyak program
dan gerak kerja yang kita jayakan bersama. Dikala saya jatuh, awak berikan semangat dan ketika awak lemah saya berikan suntikan
nafas. Saya layan awak sebagai anak buah yang setia, saya jaga kebajikan awak dan anak – anak buah yang lain dengan prihatin. Sebab
tanpa komitmen anda semua, perjalanan organisasi akan terbantu. Terima kasih sangat.
Sampai satu tahap, kita sangat rapat sampai masalah peribadi pun saya berkongsi pada awak. Saya anggap awak macam kakak saya, walaupun awak
lagi muda sedikit dari saya. Saya cerita pada awak tentang masalah hubungan saya dengan seorang perempuan lain kerana saya rasa
awak lebih faham tentang perasaan kaum sejenis awak ini. Dan ditakdirkan hubungan saya dengan perempuan itu tak berkekalan dan saya
sukar nak 'move on' dari hal itu.
Bila kita sama – sama masuk 'The Garden of Knowledge and Virtue', hubungan kita masih rapat walaupun sudah tidak lagi di bawah
sebumbung organisasi. Tapi waktu tu dah jarang jumpa, apatah saya dengan awak ambil jurusan yang berbeza.
Satu hari, awak confess kat saya yang awak suka kan saya. Saya terkejut. Dan dalam masa yang sama seronok sebab orang yang boleh
memahami saya ada perasaan pada saya. Tetapi waktu itu saya masih dikaburi dengan perempuan sebelum ini yang lebih cantik, lebih
solehah, lebih sweet, lebih merdu suaranya tetapi curang. Saya buta. Saya tolak awak mentah – mentah.
Waktu itu awak kecewa sangat – sangat. Awak terus berhenti hubungi saya walaupun sebagai kawan biasa. Saya tahu memang susah nak
pulihkan hati yang terluka ditolak. Tapi akan daya, perasaan tak boleh dipaksa.
Selepas itu, lama saya fikir. Saya tanya kawan – kawan awak perihal awak. Saya tahu awak seorang yang bagus. Pengurusan diri, CGPA, common sense,
sifat keibuan, mutabaah amal mantap. Mungkin awak tak secantik dan semanis kawan perempuan saya yang sebelum ini. Tapi, ciri – ciri fizikal itu bukan
segala – galanya. Saya mahu mengahwini seorang isteri dan juga ibu kepada benih – benih saya bukan sekadar perempuan yang hanya
pandai bersolek, acah – acah famous dan flawless di instagram.
Kalau awak baca ini, maafkanlah saya.
Sudilah terima saya kembali sebagai seorang yang sah buat awak selamanya.
Kalau ada sesiapa yang tahu cerita ini, harap dapat tag orang tersebut.
Saya dah tak boleh hubungi dia sebab semua medium perhubungan sudah di'block'.
#BaitulMuslimToBuild
#BinaMasjidUIA
– Suamiku Programme Manager