Awak Orang KL Ke?
"Awak orang mana?"
"KL"
"Ohhhh KL….." *sambil buat muka kerek*
Padahal macam aku tak tau dalam kepala dia fikir apa. Orang KL berlagak sombong tak ada adab. Nak tegur budak2 hot spesis dia je. Bahasa kasar kuat mencarut. Dress up mesti lah tip top mantap. Suka bersosial campur lelaki perempuan. Berpegangan tangan dan berpelukan dengan pakwe makwe tu biasa. Bertukar2 pakwe / makwe. Tengah2 malam lepak mamak sambil hisap shisha. Masuk club. Buka tudung rambut perang…
Macam2 lah budak KL dilabel ni. Aku tahu pun sebab kawan2 aku yg bagi tau perception dorang kat budak KL. Aku terkesan mula2 masuk universiti. Semua cop aku sombong. Sebab apa? Sebab dress up aku nampak fashionista lebih sikit dari dorang. Aku tak la berhabis duit kat baju. Cuma aku pandai mix and match & pandai gayakan tudung. Kemas orang kata.
Jadi sebab tu je aku kena cop budak-bandar-berlagak-tak-payah-kawan-dia-wei? Aku tak pernah hisap shisha, masuk club. Aku tak pernah berpegangan tangan inikan lagi berpelukan dgn lelaki. Banyak lagi yg dorang fikir budak2 KL buat tapi aku tak buat. Dan kawan2 rapat aku kat KL pun bukan jenis sosial. Kami masih tau batas2 agama. Post ni bukan nak hentam budak KL ataupun negeri lain. Cuma nak cakap tolong adil jangan terlalu cepat judge orang. Ada ke budak KL yg rasa macam ni jugak? Do you feel me?
– Anjali S