Awak study UIA je,bukan oversea

Salam,

Dalam dunia ni kita memang takkan terlepas dari perlian orang.Dalam kes aku,perlian tu adalah dari makcik aku sendiri.Ya,orang yang boleh dikatakan darah daging sendiri,tapi tak putus beri perlian dan bersifat berat sebelah.
Kisah ni bermula 5 tahun lepas sewaktu aku masih menuntut di UIA tercinta.

Aku ada ramai sepupu.Dan kami sangat rapat macam adik beradik.Dan kami semua rapat dengan sorang makcik kami ni.Tapi sejak sepupu2 aku study di oversea ni,makcik aku ni banyak lebih kan sepupu2 aku.Di fb dia selalu tanya kabar sepupu2 aku.Tapi langsung tak pernah bertanya kabar pada aku.Gambar2 sepupu aku di oversea,semua dia komen dan like.Berbual macam2,tanya camna kat oversea,ok ke tak,study elok2 dan sebagai nya.Tapi langsung tak endah kan aku.

Masa hari raya dulu, kami satu keluarga besar berkumpul, aku tengok makcik2 aku tengah berbual dengan sepupu2 oversea aku.Aku pun nak join la.Pastu ape makcik aku cakap? "eh eh,ni orang2 yang study oversea je berbual,shuh shuh".Aku tak tau die bergurau ke ape,even kalau bergurau pun,sakit hati kan?Aku pun terus masuk bilik, buka laptop,tengok movie sorang2.Dalam hati fikir, loser sangat ke aku study malaysia je.Hina sangat ke?

Dan ada masa ketika dulu, aku dan sepupu2 aku berbual,dia bercerita lah yang susah study oversea.Dia nak mengadu je.Aku pun dengar la.Lepas tu aku pun cakap, "Sama la kita.Kat UIA pun susah jugak.Macam2 hal."Pastu tiba2 pulak makcik aku tu menyampuk,"Awak study UIA JE,bukan oversea pun.Takkan la susah cam oversea tu." Memang sentap sangat bila dia cakap camtu. Padahal dia dulu pun bukan ada education. Tapi nak berlagak lebih pahal! (Emo plak).

Dan dugaan pada aku belum lagi habis apabila aku terpaksa extend satu sem sebab cocu.Dan sepupu2 aku dah grad dan balik malaysia.Semua Alhamdulillah graduan engineering dengan result yang cemerlang.Im proud of u guys! Dan macam biasa lah waktu raya, makcik aku nak meyakitkan hati aku lagi. "Eh awak tak grad lagi?Kazen2 awak yg oversea semua dah grad,awak bila lagi?Susah sangat ke UIA tu?Awak course ict JE kan?". Maka kesakitan di hati ni,bertambah bertingket2.

Tapi aku tahu, Allah maha adil. Allah suruh aku bersabar, dan percayakan plan dia.Aku pun study elok2,study rajin2,walau pun grad dgn result yang sederhana, aku berjaya juga lah tamatkan pengajian aku di UIA.

Ke hadapan makcik ku,

Saya dah berjaya grad,dan selepas sebulan saya grad, saya sekarang adalah seorang software engineer di salah satu giant tech company di Malaysia dengan gaji permulaan sebanyak RM3200 sebulan. Dan selepas beberapa bulan kerja,saya berjaya beli kereta baru dan bakal beli rumah.Saya tengok anak2 buah oversea makcik tu still tak keje lagi. Ada pape lagi yang makcik nak perli saya?Tak? GOOD.

– Mystery Man

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

296 Comments

  1. Aku belajar oversea. Dr degree sampai phd dlm pd masa yg sama bekerja sehingga jd professional engineer. Pernah jd jurutera pengajar jemputan dkt UTM, UIA, UMP & UTeM.

    Mmg x dinafikan silibus pembelajaran dkt uni awam tempatan jauh ketinggalan.

    Tp x bermaksud ianya sbg satu tiket utk dpt kerja yg baik. Semuanya bergantung dgn rezeki masing2.

    Tahniah sbb bersabar!

    • Depends. Mcm di mesir, mereka guna silibus sendiri. Di japan, mrk ada standard silibus sendiri. Kelebihan uk, mrk terus sub specialize. Tp malaysia tak. Semua nak lambak.

    • Wife aku doktor lulusan upm, adik ipar aku doktor lulusan jordan, biras aku plak doktor lulusan UK, adik ipar bongsu pula sedang belajar medic di kubang kerian…

      Minta maaf cakap….ni pengalaman sendiri..

      Hebat tara mana sangat lulusan medic oversea? Masuk je spital malaysia ni lebih ramai lulusan oversea yg kelaut…

      Yang kelongkang pon ramai…

      So toksah dok kata silibus malaysia jauh ketinggalan…aku lebih suka conclude yg silibus malaysia lebih sesuai utk patient di malaysia… Yg kt obersea bagai tu, i would prefer they need to work harder to tackle the local patients heart…

  2. Aha.. xpe yg penting dah dpt kerja bagus keep it up don’t give up. Kalau nak tunggu mulia depan Mata dan sisi manusia ni payah, cari mulianya kita di sisi Allah sudah.

  3. Di oversea dan di tanah air masing-masing ada cabaran tersendiri. Cuma satu realiti yang kita memang tak boleh nafi orang yang study di oversea memang berdepan dengan cabaran yang lebih menguji berbanding belajar di uni tempatan. Cabaran emosi, cuaca, kewangan dan seumpamanya. Teruji kita di uni tempatan boleh balik kampung menangis kat bahu mak abah kot, family and friends support system di tanah air sendiri lebih kuat. Kalau di perantauan? Nak cari rambutan pun susah kalau ttiba teringin sgt rasa nak makam kott…

    Btw, saya IIUM alumnus. Peace!

  4. Hahaha sama juga macam ni tapi lain sket..anak2 pakcik buat phd, pastu aku yang degree dia perli kemain lagi..sempit nye pemikiran dia bila dia fikir yang rezeki banyak datang kalau sambung master n phd. Hahahahaha please lah, rezeki dekat mana2. Tak perlu phd pon boleh gaji puluh ribu.

  5. hai..hai…mnusia mcm tu mmg ramai..aper yg kiter hadapi samer…aku lulusan uum..sebulan lpaz abiz blaja aku kjer jusco jerk…aku tak memilih dgn thu susah nk cr kjer ikot kelulusan kiter… jnji aku kerja ader gaji dpt x susahkn mak ayh aku..tapi ader suara sumbang ckp kt ank dier yg br lpaz spm… alaaa x pyh la blaja tinggi bkn dpt kjer pun mcm kak lynn tu… byk lg la phinaan bkn takat kt aku tp family aku…tapi Allah balas cash..aku ngan fmly x pnh pn doa yg buruk2… tp Allah Maha Adil.. aku tak dendam tapi aku tak lupa… cari cermin tgk diri sendri, ank2 sendri..sempurnakah kita… yang kita nk hina ank org, keluarga org… dia kcau kiter ker? ker ati kau yang hitam x boleh tgk org lain lbih…???

  6. Same here. Kwn2 mak aku ade yg macam “eh anak kau yg masuk uia tu tak habis-habis lagi ke? ” “lama nya dia kat uia tu.” ” dia ade fail subject ke? Ade repeat ke?”

  7. A’a..relax je lah..macik2 mmg amat bangga kalau sedara or cucu dia gi overseas..halooo..rezeki masing2 kot..keje susah nak dpat sekrg ni tau..so tak yah berbunyik kencang2 sangat k..

  8. Meh la sni aku confess kat sni, bgi yg perli2x bljar kat Malaysia vs beljar kat oversea, bleh tgok lpas grade org bljar kat Malaysia x mengangur dan bleh je dpt gji besar.

  9. Usah hidup dalam perbandingan..

    Perbandingan takkan pernah habis..

    Don’t give a shit untuk apa orang lain kata, hidup kau akan bahagia… simple..

  10. Aku dulu blaja ipts je.. satu hr member aku nk jmpa kawan dia bdk uia…kami satu kolej bertiga… yg bdk uia ni sorg.. sepanjang jumpa tu dia jln jauh2 je ngan kitorg.. cakap pun ngan kawan aku aka kawan dia tu… kitorg g buka puasa sama2 masa tu, dia makan pun x pelawa..kitorg bual2 dia jeling2 je.. ala2 jijik gitu nk borak sama2.. almaklum bdk ipts je kan… x setanding ngan dia bdk uia.. haha… alhamdulillah kitorg grad jgk… ade degree jgk.. abih blaja suma dpt keja jgk… walopun dr ipts je…. hehe

  11. This kind of makcik is the old generation makcik..lets think positive..zaman dulu nobody dedahkan to this old generation about our kind of education. Diorng mmg pikir blaja local x bagus sbb x dek sape explain bebetul local punye syllibus. Actually both oversea local ad pro n cons. Just be patient la ye. This kind of ignorance people should be ignored.

  12. Sy pun ade jgk experience mcm ni..tp yg belagak tu budak yg blaja oversea. Die pnye thp blagak tu mak aiii..mcm bagus sgt..nak2 plak die dpt kje dgn gji yg 3k+ tu pun lpas da cmpur elaun itu ini. Then bile sy dpt kje yg gji lbih tggi dri die, trus je da x blagak. Xfhm dgn org yg mcm ni. Gaye macam rendah dri tp sbnarnye x pun. X kisahla blaja kat mane pun..n jgn yakin sgt walau result gempak mane pun ko akan dpt kje bagus..smua tu rezeki..kite xde kuasa nak lawan..be humble..bykkan doa..mintak kat Allah..sesungguhnye die maha pendengar.Selamat bpuasa smua & selamat hari raya..ampun maaf dipinta andai ade yg terasa..peace!

  13. Good job brother!! Biarla makcik awk tu sbb rezeki Allah yg tetapkan..
    Cer raya nnti acah2 la skit psl duit raya..tgk reaksi mkck awk giteww..haha..
    Nnti update cerita kk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *