Awak study UIA je,bukan oversea

Salam,

Dalam dunia ni kita memang takkan terlepas dari perlian orang.Dalam kes aku,perlian tu adalah dari makcik aku sendiri.Ya,orang yang boleh dikatakan darah daging sendiri,tapi tak putus beri perlian dan bersifat berat sebelah.
Kisah ni bermula 5 tahun lepas sewaktu aku masih menuntut di UIA tercinta.

Aku ada ramai sepupu.Dan kami sangat rapat macam adik beradik.Dan kami semua rapat dengan sorang makcik kami ni.Tapi sejak sepupu2 aku study di oversea ni,makcik aku ni banyak lebih kan sepupu2 aku.Di fb dia selalu tanya kabar sepupu2 aku.Tapi langsung tak pernah bertanya kabar pada aku.Gambar2 sepupu aku di oversea,semua dia komen dan like.Berbual macam2,tanya camna kat oversea,ok ke tak,study elok2 dan sebagai nya.Tapi langsung tak endah kan aku.

Masa hari raya dulu, kami satu keluarga besar berkumpul, aku tengok makcik2 aku tengah berbual dengan sepupu2 oversea aku.Aku pun nak join la.Pastu ape makcik aku cakap? "eh eh,ni orang2 yang study oversea je berbual,shuh shuh".Aku tak tau die bergurau ke ape,even kalau bergurau pun,sakit hati kan?Aku pun terus masuk bilik, buka laptop,tengok movie sorang2.Dalam hati fikir, loser sangat ke aku study malaysia je.Hina sangat ke?

Dan ada masa ketika dulu, aku dan sepupu2 aku berbual,dia bercerita lah yang susah study oversea.Dia nak mengadu je.Aku pun dengar la.Lepas tu aku pun cakap, "Sama la kita.Kat UIA pun susah jugak.Macam2 hal."Pastu tiba2 pulak makcik aku tu menyampuk,"Awak study UIA JE,bukan oversea pun.Takkan la susah cam oversea tu." Memang sentap sangat bila dia cakap camtu. Padahal dia dulu pun bukan ada education. Tapi nak berlagak lebih pahal! (Emo plak).

Dan dugaan pada aku belum lagi habis apabila aku terpaksa extend satu sem sebab cocu.Dan sepupu2 aku dah grad dan balik malaysia.Semua Alhamdulillah graduan engineering dengan result yang cemerlang.Im proud of u guys! Dan macam biasa lah waktu raya, makcik aku nak meyakitkan hati aku lagi. "Eh awak tak grad lagi?Kazen2 awak yg oversea semua dah grad,awak bila lagi?Susah sangat ke UIA tu?Awak course ict JE kan?". Maka kesakitan di hati ni,bertambah bertingket2.

Tapi aku tahu, Allah maha adil. Allah suruh aku bersabar, dan percayakan plan dia.Aku pun study elok2,study rajin2,walau pun grad dgn result yang sederhana, aku berjaya juga lah tamatkan pengajian aku di UIA.

Ke hadapan makcik ku,

Saya dah berjaya grad,dan selepas sebulan saya grad, saya sekarang adalah seorang software engineer di salah satu giant tech company di Malaysia dengan gaji permulaan sebanyak RM3200 sebulan. Dan selepas beberapa bulan kerja,saya berjaya beli kereta baru dan bakal beli rumah.Saya tengok anak2 buah oversea makcik tu still tak keje lagi. Ada pape lagi yang makcik nak perli saya?Tak? GOOD.

– Mystery Man

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

296 Comments

  1. bak kata Bill Gates “i failed some subjects in exam but my friend passed in all Now my friend is Engineer in microsoft and I am The Owner of Microsoft”

  2. Doa org yg terinaya memang selalunya mudah dimakbulkan Allah.. bila dah berjaya.. janganlah perli kazen2 pulak ye.. bior Mak Cik awak je perangai buruk tu.. tahniah dan syabas dik..

  3. Mak Cik awk ade ank x..?
    Kalau ade awk buh duit raya lebih sikit kt anak die tu, then tempah sampul duit raya yg ade pic awk..bkn nk ajar riak or sbagainye just nk bg pengajaran je..hehehe

  4. Beb, aku hadap macam ko. Sepupu aku study medic, aku study arabic language je. Macam tu lah kenanya tu. Tapi aku yakin, satu masa ALLAH bagi aku yang paling baik untuk aku.

  5. Tapi xseteruk perasaan kalau kwn2 lain seangkatan sepermainan sehati sejiwa semua study oversea dan dh smbg phd, tp kita msih di Malaysia dgn hnya diploma dan kerja awal sbb xsmbg study lg. Mujur xda org nk banding2kan sbb diorg sedar setiap org ada rezeki serta kelebihan yg berbeza.

    So confessor chill je, yg penting hidup berkat, gaji berkat. Apa nk heran study mn, duit byk mn, sijil ke diploma ke ijazah ke phd ke, pgkt tinggi ke rendah, best student ke xberapa best, kalau xda berkat tak bahagia jugak.

    • jgn main2, skrg technician (yg background sijil n diploma) gaji lagi tinggi dari engineer.
      skrg technician pun dah nak buat special board mcm BEM

    • xpa. life long learning. malaysia stakt ni terlalu berat ke arah akademik. institusi kemahiran belum cukup kuat mcm universiti. tapi kalau pandai cari peluang, dah byk company2 private yg buat course n exam utk diploma holder utk sijil professional

  6. Hahaha. Cakap la kau over border mcam aku. Sama juga. Kalau study kat india pun mana oversea. Overborder je. X dipisahkan oleh laut. Russia pun sama. Korra pun sama. China oun sama. Jepun lain ah. Mmg oversea

  7. Kesian sgt apabila org yg jahil mcm makcik anda tu nk bercakap apa itu UIA, susah ke senang di UIA. Nmpk kebodohannya di situ. Nma UIA pun dh International, so sama lah level dgn U kat oversea tu. Entry requirement UIA bukan calang2, malah antra U yg paling tough di malaysia! Sabarlah byk2 apabila berhadapan dgn makcik yg tak tahu apa2 tntg UIA. Apa nk diheran, harini org jahil dh x malu mcm zaman dulu. Zmn skrg org jahil sndri yg menzahirkan kebodohan mereka di dpn org yg lebih berilmu. Bak kata imam syafie,” Aku mampu berdebat dgn 10 org berilmu namun aku tak mampu berhujah dgn org yg jahil kerana org jahil tak pernah memahami landasan ilmu”. Tahniah buat anda, UIA sebenarnya antra Universiti terbaik di malaysia.

  8. Haha.. Aku pon ade auntie kepoci mcmtu.. Raya tahun lepas aku br pakai Kereta.. Alaaa.. Kereta kecik je tapi alhamdullilahla sekurng2 aku ade Kereta utk ulang2 alik g keje.. Ikotla konvo raya diowg pergi teluk intan. Auntie kapoci aku ni xhbis2 mengata aku bawa slowla. Mcm jpj ada sebelah. Memula aku xambik aty Sgt tp dh kalau dia cakap DPN org ramai time tu sedara Mara ade rasa jatuh jugala airmuka aku sebab diowg gelakkan aku secara berjemaah.. Xkan aku nk bawa laju2 sebab dh nama pon ikot konvoikan. Mestila aku ikot Kereta owg dpn. Dh kalau owg depan bawa Kereta 80km xkan aku nak bawa 120km. Aku pun tahu diowg nk g beraya mana. Kan nmanya pon followkan nk g raya sama2.. Mak aku pon mcm xpuas aty juga sebab Makcik aku kutuk2 aku. Tapi sabar jela dh Adik dia kan.. Then Makcik kapoci aku pernah perli aku sebab xkawen ag. Dia cakap aku kawen dh tua n dh dpt title anak dara tua barula kawen.. Aku sabar je. Sengih bile dia cakap mcmtu.. Alhamdullilah.. Sekurang2nya aku dh nk kawen tahun dpn walau umo xla muda still bwh 30. Aku xla jd mcm anak dia. Semua menyusahkan Makcik aku. Taknak keje. Tapi bile raya, Makcik aku mesti sibok nk ambik tahu pasal aku.. Aku ase tahun ni mesti dia sibok nk interview aku pasal calon suami aku n perli2 aku ag.. Tanya hantaran bape.. Mintala mahai2 sikit. Dh biase dah.. Wat lex wat piece jek..

  9. Biarlah blaja dimana pun, kerja tetap cari org yg berkebolehan. Bkn kt mane ko blaja. Dlu aku pnh kene kondem gak serupa psl ni mse mula2 blaja. Tp akhirnya org2 yg diagung2kan tu mggelupur sbb xdpt kerja.

    Dlu org kata pointer tggi shj dpt jamin kejayaan. Tp skrg da berubah. Sume org bleh brjaya kalo bersungguh2.

  10. Belajar oversea ke..dalam negara ke..tetap yang kita cari tu ilmu..hidup suka perli memerli ni tak elok sangat sangat..bukan mengeratkan silaturrahim..menghancurkan adalah..manusia 1001 sikap..dah tua tua pun tak matang..

  11. aku ingatkan perempuan. come on la, sebagai anak jantan buat apa lah kau masuk bilik layan movie nak sentap2. baik kau keluar, pancitkan tayar makcik kau tu ke, baling mercun bola dkt tingkap yg diorg menyembang tu ke. baru dia tau betapa graduan universiti tempatan ni bukan biase2 yg boleh ditindas.

  12. Biasa la tu. Saya pernah jumpa seekor makhluk mirip manusia jugak, yg dulu x endah bila sy tengah susah study. Tp bila sy berjaya n dah kerja tiba2………

    Makhluk itu: salam, (islam) nak mintak duit..

    Saya: laaaaa, orang ingatkan seekor penyu. Sebab selama ni xpernah tny kabar tiba2 pandai cari no saya.

    Itu lah namanya makhluk ‘sedara mara sepupu sepapat’

    Begitulah flashback saya.

  13. I studied oversea for 5 years before for my major and literally lived there as well. And right now I’m taking degree in kuantan. At first I thought that it will be easy for me since I thought that I had endured a lot before especially the degree that I took was a critical major, but it is not true at all. Both oversea and local have different system and different kind of challenges and I feel like I’m starting everything from scratch when I’m here, to adapt and stuff. So yeah, I’am grateful that I manage to experience both studying in local and outside of the country because I can see things in a broader perspectives and not being judgmental just because of someone’s education background. Because every places have its own pros and cons and differences. It is unfair to generalize

    up and just be proud of yourself as long as you know you take your education seriously

  14. Lecturer aku layan aku mcm ni juga.mentang2 study kt malaysia je,aku g lawat maktab dia buat mcm aku tak wujud.mungkin tu cara dia nak merangsang aku supaya berjaya,tp hati mana tak sedih kena layan mcm tu kann..segan diri ni bila prgi brsama dgn yg dh ke oversea.mmber2 pun yg study luar smua mnjauh dh..bila tgur buat tak kenal.rezeki masing2,in shaa Allah smua berjaya dunia akhirat

  15. sapa kata UIA xsusah?? meh nk gtw ckt kt makcik..UIA ssh kot tmbah2 klo dpt lecturer foreigner which is bkn kalau da mmg confirm dpt pye…igt lg ade satu subjek tu dpt tgkap ape yg sir ajar lps midterm…die pye slang mmg terbhaik..ahmad badawi dikata nye ahmad badai.haha.alhamdulillah skrg da grad pn…bdk office pn rmai grad obersea.xde bza sama je tgk..pe pn UIA mmg the best..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *