Awak study UIA je,bukan oversea

Salam,

Dalam dunia ni kita memang takkan terlepas dari perlian orang.Dalam kes aku,perlian tu adalah dari makcik aku sendiri.Ya,orang yang boleh dikatakan darah daging sendiri,tapi tak putus beri perlian dan bersifat berat sebelah.
Kisah ni bermula 5 tahun lepas sewaktu aku masih menuntut di UIA tercinta.

Aku ada ramai sepupu.Dan kami sangat rapat macam adik beradik.Dan kami semua rapat dengan sorang makcik kami ni.Tapi sejak sepupu2 aku study di oversea ni,makcik aku ni banyak lebih kan sepupu2 aku.Di fb dia selalu tanya kabar sepupu2 aku.Tapi langsung tak pernah bertanya kabar pada aku.Gambar2 sepupu aku di oversea,semua dia komen dan like.Berbual macam2,tanya camna kat oversea,ok ke tak,study elok2 dan sebagai nya.Tapi langsung tak endah kan aku.

Masa hari raya dulu, kami satu keluarga besar berkumpul, aku tengok makcik2 aku tengah berbual dengan sepupu2 oversea aku.Aku pun nak join la.Pastu ape makcik aku cakap? "eh eh,ni orang2 yang study oversea je berbual,shuh shuh".Aku tak tau die bergurau ke ape,even kalau bergurau pun,sakit hati kan?Aku pun terus masuk bilik, buka laptop,tengok movie sorang2.Dalam hati fikir, loser sangat ke aku study malaysia je.Hina sangat ke?

Dan ada masa ketika dulu, aku dan sepupu2 aku berbual,dia bercerita lah yang susah study oversea.Dia nak mengadu je.Aku pun dengar la.Lepas tu aku pun cakap, "Sama la kita.Kat UIA pun susah jugak.Macam2 hal."Pastu tiba2 pulak makcik aku tu menyampuk,"Awak study UIA JE,bukan oversea pun.Takkan la susah cam oversea tu." Memang sentap sangat bila dia cakap camtu. Padahal dia dulu pun bukan ada education. Tapi nak berlagak lebih pahal! (Emo plak).

Dan dugaan pada aku belum lagi habis apabila aku terpaksa extend satu sem sebab cocu.Dan sepupu2 aku dah grad dan balik malaysia.Semua Alhamdulillah graduan engineering dengan result yang cemerlang.Im proud of u guys! Dan macam biasa lah waktu raya, makcik aku nak meyakitkan hati aku lagi. "Eh awak tak grad lagi?Kazen2 awak yg oversea semua dah grad,awak bila lagi?Susah sangat ke UIA tu?Awak course ict JE kan?". Maka kesakitan di hati ni,bertambah bertingket2.

Tapi aku tahu, Allah maha adil. Allah suruh aku bersabar, dan percayakan plan dia.Aku pun study elok2,study rajin2,walau pun grad dgn result yang sederhana, aku berjaya juga lah tamatkan pengajian aku di UIA.

Ke hadapan makcik ku,

Saya dah berjaya grad,dan selepas sebulan saya grad, saya sekarang adalah seorang software engineer di salah satu giant tech company di Malaysia dengan gaji permulaan sebanyak RM3200 sebulan. Dan selepas beberapa bulan kerja,saya berjaya beli kereta baru dan bakal beli rumah.Saya tengok anak2 buah oversea makcik tu still tak keje lagi. Ada pape lagi yang makcik nak perli saya?Tak? GOOD.

– Mystery Man

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

296 Comments

  1. IIUM stands for international Islamic university of Malaysia. tu kan ada perkataan international tu kire same level la dgn oversea. LoL. boleh la makcik ya? boleh la..haha

  2. bravo dik! bukan salah kazen obersea , tapi makcik tu yg pilih bulu. dia xtau byk2 anak sedara nnt, yg mana akan tolong ms susah.

    universiti yg sebenar ialah universiti kehidupan . keep it up !

    tambah ilmu financial planning n amalkan.

  3. banyak hal yg buat saya solute dgn IIUM wpun lokal dan uni awam, subjek english dia sangat comprehnsive. setahun sahaja part english & arab, sgt berkualiti. adik saya yg skolah mmg dpt B saja english, masuk matrix UIA , dia dpt catchup fundamental english. jealous tau! n sia boleh apply words bombastic n grammar yg betul .

    kawan saya budak skolah pondok pun, masuk uia , kena paksa roomate international student. pandai & xonfident dah dia sbb environmnt n culture uia

    ilmu bukan hard skill ja. kena xombind dgn soft skill & emotional skill.

    tahniah. terbukti anda mempunyai emotional quotient yg tinggi sbb xterjejas dgn komen1 makcik yg kurang membina. ininkualiti yg nak, sebab dlm bidang kerja. kena herdik , balun, perli dgn senior , boss, mcm makanan . hehe.

    ok, keep it up!

  4. Roslini Che Ismail saya la mcm makcik tu dok perli saya, ala kos syariah bahasa arab senang je tu yang boleh score. Padahal dia masuk u pon tak. Sengal.

  5. Arwah nenek aku terbalik. Dia paling bangga cucu sulung dia masuk UIA. Satu kampung dia canang. Mungkin sebab cucu dia ni perangai macam syaitan sebab tu dia bersyukur. Haha

  6. Xtau knape…aq curious sgt nk tau ap makcik bro akn ckp nnti time raya…adakah syap,buat xtau or minx maap…ahahaha…nnti confess lg ye bro…

    #brocuriousnaktau

  7. Sy bangga jd student uia..international tu.. walaupun sy blom ada peluang keje dgn gov..keje gov yg sgt dibangga2 kan oleh segelintir masyarakat..sy redha dgn rezeki sy skrg..walaupun hnya berpeluang menjadi branch manager utk security company..huhuhu…

  8. Stupid people…bukankah mnuntut ilmu itu wajib x kira di mna2. Antra Ulamak pd msa dhlu pun hrmat antra 1 sma lain. Inikan org yg x cri ilmu tp perli je lbih…islam x ajar sfat bgsat mcm tu..

  9. Patut ckp ngn makcik tu,” jom makcik, mak cik pon tk bljar oversea kan, jgn la gaul org bljr oversea, ehh makcik masuk u tak ? Tak masuk saya pon tak nak layan makcik, yela sy ni bdk u”

  10. Oohhhh…are u kidding me? Ader lg manusia mcm ni erkk..tlg lahh..oversea uni atau local uni x penting janji belajar…aper lahh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *