Salam ukhuwah fillah abadan abada :P, aku budak UIA dan kalau boleh,aku taknak la ikut herd morality yang suka konfessi ni tapi aku rasa benda ni patut jugak aku konfesskan walau ianya benda peribadi dan jangan risau,takda unsur metafizikal paranormal dan cinta kapel kahwin yang membodohkan dalam konfessi ni…
So,aku boleh anggap diri aku ni sebagai agnostik,sometimes percaya Tuhan dan agama but sometimes tak atau tak kesah hahaha dan aku rasa aku je kot yg berfikrah 'sesat' kat Taman Ilmu dan Budi yg kuat Islamisasinya ni tapi agnosticism yg aku percayai tu bukan la isu yg sebenar dalam konfessi ni…
Ekceli,aku benci untuk membenci dan kalau boleh,aku nak kawan dengan semua orang namun nampaknya aku rasa aku dalam perang dingin antara aku dan kawan aku merangkap ex room mate aku,tak pasti kenapa dia macam benci aku je,entah,setakat ni semua berdasarkan sangkaan tapi apa yg aku rasa, mungkin dia tak senang dengan aku sebab cara hidup aku yg memang separa ateis sikit,jarang solat,kritikal dengan agama,kutuk ustaz ulama,ye la 1 bilik kan mesti dia nampak semua, mungkin kejutan budaya sebab selama ni hidup dalam persekitaran konservatif yg sarat dengan 'The Force' je dan tiba2 jumpa 'The Dark Side' plak…
So, persoalannya di sini,memang golongan 'sesat' cam aku ni layak dijauhi,dimarjinalkan dan dibenci ke? Kau takkan boleh ubah orang ke arah kebaikan melalui kebencian kan,aku tak harap solusi dari konfessi ni,tembok antara aku dan dia ada dua bahagian dan aku dah robohkan bahagian aku walaupun ada lagi sisa yg aku tengah fikir untuk bina balik kalau perlu,hmm…
(nak ubahkan aku, gelumangkan diri dengan persoalan2 yg aku tengah confront sekarang ni, kalau berani la)
– Anakin