Ay4h Kiriman Dari Syurga

Hi! Nama aku Sofea. Aku merupakan anak yang paling hati batu tapi kalau melibatkan ayah, aku orang pertama yang akan menangis.

Aku juga dah berkahwin dan aku ambil iktibar perjalanan hidup ayah sebagai landasan untuk aku berbuat baik kepada syurga aku iaitu suami aku.

Dari kecil aku dibesarkan olen ayah. Apa yang boleh dikatakan, aku dan adik beradik memang lebih banyak masa dengan ayah berbanding mak kami.

Ayah aku seorang penjawat awam. Ayah sangat mengambil berat hal keluarga, nafkah tak pernah culas dan sangat menjaga solatnya.

Keperluan anak-anak dan isteri semua terjaga. Boleh dikatakan ayah memang kiriman dari syurga. Sampai balik rumah mertua atau rumah mak sendiri, ayah mesti bawa keperluan makanan ataupun hulur duit belanja.

Mak aku pula? Mak aku bekerja sebagai business woman. Selalu tak ada masa dengan kami. Mak aku boleh dikatakan kerja silih berganti tapi semua yang mak aku buat, semua tak menjadi. Makna kata kalau mak aku buat takaful, sekejap je bertahan. Tukar kerja lain.

Disebabkan mak aku selalu takde masa untuk kami, itu merupakan satu alasan untuk dia tidak menjalankan tugas sebagai seorang ibu.

Mana taknya, kami bangun tidur dia dah pergi kerja. Kami masuk tidur, baru dia balik kerja. Hujung minggu banyak aktiviti/meeting katanya. Ayah aku? Dia lelaki yang baik.

Dia sangat memahami kerja isteri dia. Makan aku dan adik-beradik? Jangan harap mak nak masakkan untuk kami. Semua ayah yang uruskan.

(Oh ya ayah aku pandai masak). Dari makanan, duit belanja, baju sekolah ayah yang iron, kasut sekolah ayah tolong cucikan, hantar dan ambil sekolah semua ayah uruskan.

Kadang-kala terpaksa minta jiran ambilkan kami kalau ayah tak sempat. Ayah tak ada masa tapi ayah tetap ambil masa untuk anak-anak.

Mak aku jangan cakaplah, tanya anak-anak makan apa harini pun tak pernah. Anak-anak pergi sekolah ke tak, dia sendiri pun tak tahu.

Anak-anak buat kerja sekolah? Sekalipun dia tak pernah check, ajarkan atau temankan. Check jadual anak? Tak mungkin. Kami sendiri yang berdikari sendiri.

Masa kecil kalau orang tanya, aku sayang ayah ke mak? Aku mesti akan jawab ayah tanpa berfikir. Sebab ayah dah macam mak untuk aku dan adik-beradik. Sampai sekarang, kalau orang tanya tetap aku akan jawab, ayah.

Walaupun aku tahu kedudukan mak diutamakan sebanyak tiga kali, kemudian baru ayah. Tapi aku tak boleh sangkal yang hati aku lebihkan ayah. Jahatkan aku?

Padahal mak pun insan yang mengandungkan aku, sakit melahirkan aku. Itulah orang kata, anak masa kecil dia nampak apa orang tua dia buat.

Dulu mak aku pernah kantoi bercinta dengan suami orang. Dalam masa dia tak ada masa untuk anak-anak dan suami, dia ada masa untuk bercinta dengan suami orang. Apa reaksi ayah aku?

Waktu itu pertama kali dalam sejarah aku melihat ayah menitiskan air mata. Siapakah orang yang sanggup lukakan hati dia? Ya, orang itu mak aku sendiri. Isteri dia sendiri. Ayah tak marah atau mengamuk. Ayah cuma diam dan menangis.

Percayalah. Sesulit apa pun keadaan, sekeras mana pun ujian, aku tak pernah melihat air mata dari ayah. Berkali-kali mak aku minta maaf dan minta pelung kedua. Ayah setia berada disisi mak. Tanpa sedikit pun rasa sayang dan cinta ayah untuk mak berkurang.

Ayah mengaku khilaf ayah tak mengambil berat tentang mak. Tengoklah, dalam situasi macam ni pun ayah masih salahkan diri sendiri?

Ayahhhh. Hati kau terlalu baik ayah.

Masa silih berganti. Hubungan ayah dan mak nampak bahagia. Aku? Aku kerja sambilan sambil belajar. Tak sempat pulang ke rumah selalu.

Aku dah merantau sambil belajar. Adik-adik semua belajar dan memerlukan kos yang banyak. Ayah pula sampai jual kerepek untuk buat income tambahan semata nak anak-anak dia belajar tinggi. Biar hidup biasa je, asalkan bahagia.

Tapi siapa sangka, jodoh mereka hanya bertahan selama 27 tahun. Sekali lagi mak aku curang dengan officemate. Kali kedua.

Apa yang lebih menyakitkan? Gaji mak yang kami sendiri tak tahu sebanyak puluh ribu. Tanpa sedikit pun dilorongkan untuk menolong ayah dan kami adik-beradik. Kami dapat tahu dari salah seorang rakan tempat mak bekerja. Dengan alasan dia tak nak bersubahat.

Kali ni ayah sendiri yang call aku dari jauh “mak minta cerai dengan ayah harini,”. Dunia aku gelap. Benda pertama terlintas dalam fikiran “kesiannya ayah dan adik-adik”.

Rupanya dalam masa aku sibuk belajar dan buat part time, dah 2 bulan mak dan ayah duduk asing. Aku tak tahu. Aku sungguh tak tahu.

Ayah kata tak nak buat anak-anak risau. Ya allah macam mana ayah tanggung sorang selama ni? Kenapa tak bagitahu? Kenapa ayah biar ayah sakit sorang tahan benda ni?

Sampai aku doa Allah ambil ayah aku supaya ayah tak rasa sakit ni. Bercinta dua tahun pun dah sakit bila dicurangi. Ini 27 tahun usia perkahwinan. Tak ada siapa pun menjangkakan macam ni.

Aku pun ambil keputusan balik ke rumah. Belajar dekat rumah. Sebab aku tengah study week waktu ni. Masih segar dalam ingatan. Ayah hadiri kenduri kahwin sepupu ayah. Nak dijadikan cerita, aku tak ikut sebab nak study.

Aku beranggapan, dekat majlis tu nanti mesti ayah dengan mak berjumpa. (Kalau mak aku tak rasa malu, dia pergilah kot) Kemudian tak disangka-sangka, mak yang 2bulan dah tak balik rumah, boleh pula dia balik eumah haritu.

Mungkin dia ingat takde orang dekat rumah sebab pergi kenduri. Dia masuk rumah dan terkejut nampak aku ada dekat rumah. Kenapa terkejut? Tak sangka ke aku ada dekat rumah?Kenapa 2bulan tak balik, harini baru nak balik?

Ya Allah sungguh Allah tu maha mengetahui. Nak tunjuk depan mata apa yang mak aku buat. Mak aku masuh rumah terus tanya, “Sofea tak pergi kenduri ke?”. Aku diam membisu, buat buat busy depan laptop.

Walhal aku perasan kehadiran mak aku. Kemudian dia pun bergerak ke almari. Dimana dalam almari tu ada dokumen-dokumen penting yang ayah simpan. Aku tanya,

“Cari apa?”

“Awak nampak tak sijil lahir mak? Haritu ayah kata dah hilang.”

“Sebab tu ke mak datang rumah ni?”

Air mata aku tanpa henti mengalir. Terketar-ketar tangan ni. Sedih. Tanpa menyapa anak ini sihat ke mentalnya, sudah makan ke, belajar okay ke. Datang-datang terus cari dokumen penting dia. Sungguh aku kecewa untuk yang keberapa kali.

Rupanya dokumen yang dicari tu ayah sengaja kata hilang untuk melambatkan proses penceraian. Tapi mak sanggup datang cari sendiri.

Nak sangat ke bercerai? Tak kisah ke perasaan anak-anak? Katanya anak-anak dah besar, boleh handle emosi sendiri. Angkuh. Waktu ini aku sedar, ayah je yang pertahankan.

Akhirnya, ayah dan mak pun bercerai. Aku sangat mengagumi ayah handle masalah dan anak-anak. Walaupun ayah tak dapat pertahankan rumahtangga dia, dia ada anak-anak yang sayangkan dia. Ayah kuat demi anak-anak. Itu kata ayah yang selalu diucapkan.

Mak pula dah menginsafi setiap apa yang dilakukan. Siapa kita untuk menghukum. Terima kasih ayah dan mak untuk semua. Sekelumit pun tak ada dendam. Sofea doakan semoga ayah dan mak sentiasa bahagia dengan cara tersendiri.

– Sofea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *