Assalamaualaikum. Saya baru je lepas SPM ni. saya just nak luahkan something dekat sini.
First of all~
Saya bukan student UIA,nama pun baru lepas SPM yedok? Tapi saya mintak anda semua doakan saya semoga berjaya belajar di UIA ambik Asasi Perubatan ye. Dari kecik lagi berangan nak jadi Doktor. Walaupun diri tak sepandai mana.
ok ceritanya begini~
Semasa saya berusia 7 tahun,mama didiagnosis mempunyai penyakit kanser Hati tahap 4. Mama selalu tahan sakit . Tapi Mama is the strongest woman ever.
dia kuat, dia fight penyakit dia.
walaupun dia sakit dia sentiasa ada disisi saya sepanjang akhir hayat dia.
Kuat sangat orgnya.
Dulu saya tak tahu ape2,
saya ni anak tunggal,manjalah sikit dengan mama n ayah. Kadang2 saya merengek rengek nak makan itu nak makan ini. Seingat saya,mama tak pernah menghampakan harapan saya. Kalau saya nak makan ape2 pasti dia buatkan,kalau saya merengek mintak dukung mesti dia dukung.
Walaupun masa tu saya kecik lagi, tapi Alhamdulillah sampai sekarang sy tak lupa mama.
Semasa saya Berusia 9 tahun,saya kehilangan mama saya. Masa mama meninggal tu sedihlah,siapa tak sedihkan, bila mama kita pergi. 9 tahun saya kehilangan kasih sayang ibu yg sebenarbenarnya.
Rindu pada mama tu sentiasa ada dan menebal dalam diri. Tak pernah pun sesaat saya lupa mama.
Lepas mama meninggal,saya jadi rapat dengan ayah. Yelah,ada kami berdua je .saya ada ayah je.
ayahlah tempat saya bermanja.
Kat mane je ayah pergi mesti ayah bawak saya.
Ayah saya cikgu, kalau ada apa2 kursus mesti dia bawak saya,
Jarang dia tinggal saya.
Saya ingat lagi ayah gelarkan saya sbg "Girlfriend ayah."
Bila saya 13 tahun,saya masuk asrama.
saya SBP-ians, sekolah mana,biarlah rahsia.
saya balik sebulan sekali,
Sekolah sy mmg jauh dri rumah. Atas faktor masa dan jarak kot hubungan dan ayah saya jadi kurang rapat. Bukan tak rapat, cuma x macam dulu.
yelah sy pun dah besar sikit mase tu, takkan lah nak duduk atas riba ayah lagi kann?
2012, masa saya form 2 ayah kahwin lain.
Saya tak expect pun ayah akan kahwin lain.
dulu2 masa saya kecik ayah sentiasa cakap mama lah satu-satunya isteri ayah. Haha, tapi tu fitrah kan, lelaki nak berpasangan. So saya restu je.
Cuma,mase tu saya kecewa,saya marah.
Saya rasa kesian bagi pihak mama. Fahamlah perasaan remaja yg berusia 14 thun masa tu. Saya mmg tak rasional masa tu. Saya rasa ayah khianati mama. Saya sedih sangat.
Okay, isteri baru ayah, mmg cantik, dia janda muda dan dah ada 2 anak ,sorang lelaki dan sorang perempuan.
Yang lelaki tu sebaya saya, yang perempuan tu muda 2 tahun drpd saya. Sebab anak2 dia panggil dia mama,so saya pun kenalah panggil mama jugak.
Saya, em tah lah nak cakap apa. Happy pun tak sedih pun tak. mase tu kosong~
rasa mcm kasih sayang ayah dah dibahagikan kpd org lain.
Kami tinggal serumah, adik perempuan baru saya tu disuruh berkongsi bilik dengan saya,
masatu saya mcam memberontak,
tapi saya diamkan je dan saya benarkan dia berkongsi bilik dengan saya, saya pun duduk asrama jadi it's okaylah kalau dia nak tinggal seblik dengan saya. Oleh kerana saya memounyai adik beradik tiri yg lelaki, mulai hari mereka pindah masuk ke rumah saya, saya sentiasa memakai tudung dirumah,
dan drpd hari itu jugaklah saya merasa~
asing dirumah sendiri.
saya marah,kerana tempat mama diambil oleh insan lain.
Semasa saya form 3, Alhamdulillah saya berjaya mendapat 8A dalam PMR.
Saudara tiri saya pulak berjaya mendapat 9A sebab dia ambik bahasa Arab.
hubungan dgn adik beradik tiri saya pun okay. Alhamdulillah~Mereka layan saya baik.
Cuma dengan mama tiri saya je , macam KO.
saya faham saya bukan anak kandung dia, jadi takpelah kalau dia tak layan saya mcm anak kandung pun.
Saya nampak dia melebih2kan anak2 dia dlm semua hal.
Tapi dia layan saya baik, jadi tu pun dah buat sy bersyukur. Mmg itu je yg saya layak dpt.
Ayah pulak~
Sebab ada 2 anak baru dirumah, jadi kesunyian dia selama ini terisi.
Dia layan adik beradik tiri saya seperti dia melayan saya.
Apetah lagi sy tinggal di asrama,maka ayah banyak meluangkan masa dgn adik beradik tiri saya. Jujur sy mmg cemburu,
Ada satu hari masa makan malam, kami dipanggil makan,
ayah panggil adik tiri saya untuk duduk disebelah dia, sedangkan saya dahlah jarang dapat luangkan masa dengan ayah, lagipun,saya nilah anak kandung dia. tapi dia layan adik tiri saya tu mcm adik tiri saya tu yg tinggal di asrama.Masa tu ayah usap2 kepala dia. Saya masa tu cuma mampu senyum je, saya kuatkan diri, istighfar banyak2 supaya rasa cemburu yg syaitan suntik dlm hati saya ni hilang.
Mase tu sy betul2 rasa yg kasih sayang ayah dah berkurang.
Awal form 4 ,.
masa saya balik bermalam,
Saudara tiri sy yg lelaki tu tunjukkan hp barunya kpd saya.. Iphone 5.
Katanya ayah dan mama (tiri) yg hadiahkan sempena berjaya mendapat straight A's dln PMR.
Saya tahu niat dia bukan untuk menunjuk, tapi masatu sekali lagi saya rasa cemburu.
Saya pun straight A's jugak, kenapa saya tak diberikan apa2 hadiah.?
Saya tahu Iphone tu ayah yg bayarkan kerana mama tak bekerja.
Saya masatu marah tapi mcm biasa saya pendam.
Keesokannya harinya Mama tanya saya,
"Maira dah tengok ke handphone Baihaqi?",
saya balas; "dah Mama, cantik."
lepastu senyap je, then mama cakap " Bukan taknak belikan Umayra,tapi Mayra tinggal dekat asrama tak boleh bawak phone kan? Sebabtu belikan Bai je dulu. ".
Saya balas;"Takpe mama, Mayra tak kisah."
Saya bukan taknak husnudzon,tapi hati saya tetap sedih kecewa marah cemburu dengan adik beradik tiri saya..
Saya bukan tak bersyukur dengan kurniaan Allah,tpinsy sedih sebab sedara mara and org banyak membanding2 kan saya dengan adik beradik tiri saya.
saya akui mama tiri sy mmg cantik. Jauh lebih cntik drpd arwah mama,
anak2 mama tiri saya pun cantik dan kacak.
Mereka putih melepak.
Sy xdelah lawa. Muka penuh jerawat. Lubang sana sini . saya terima diri saya seadanya,cuma saya sedih sangat.
Pernah bila saya balik rumah saudara mara mama tiri saya bersama mama dan adik beradik tanpa ayah(ayah kursus), mereka mempersoalkan rupa paras saya ni.
"Depa ni kalau duduk bertiga sah2 org tahu bukan adik beradik,sorg tak lawa lagi 2 org mcm artis,tak sesuai langsung! kah kah kah."
Time tu semua makcik2 gelak kecuali saya dan adik beradik tiri saya. Mama tiri pun gelak. saya masa tu cuma mampu senyum, sabar,istighfar.
nak nangis macam tak berbaloi je nak tumpahkan airmata sebab mereka.
Ok satu hari ni sy balik bermalam, saya dapati adik tiri sy masa tu dia f2, ayah hadiahkan dia samsung galaxy note 2 yg ayah dah guna.
Alasan same lagi~ Sebab sy tinggal di asrama maka hpone tu bagilah pada adik. sy ok je. masa ni dah matured sikit. ala takkan sebab hp nak marah dkt ayah kot.
Naik form 5,lagilahhhhhh teruk saya kena bandingkan terutama sekali dri segi pelajaran.
Yelah saudara tiri sy tu pandai,dan dia juga dihantar ke tuisyen, tapi saya tak dihantar ke tuisyen pun. yellah duduk sbp nnak pergi tuisyennya bila kan?
saya jdi stress sangat di banding2 kan. Siapa tak stress?
Dahlar rupa pun dibandingkan~
Semasa percubaan,result trial saya boleh ckp teruklah, 5A je.
Saudara tiri saya pulak berjaya dpt straight A's.
Masa tu mmg jealous lah.
Saya ni mmg lemah sikit dlm subjek sains. Addmath pun same.
mama tiri selalu ulang ayat ni,
"Nama je sekolah SBP,tapi bodoh dia same je mcm sek biasa, Baik lagi bai drpd mayra,dia sek biase pun result 10 A"
mmg terasa, tapi saya jadikan itu sbg motivasi sy untuk berjaya.
Saya mintak siapa yg baca doakan saya mendapat 10 A's ye!! Amiin! Nak jadi doktor nak jadi doktor!
Lepas habis SPM haritu,
saya berniat nak spend time dkat rumah je.
Tapi mama suruh sy bekerja supaya boleh tampung sikit2 yuran pembiayaan saya bila sy sambung belajar nanti. Saya faham,ayah cuma bekerja sebagai cikgu, mama pulak x bekerja. jadi saya husnudzon je.
Yang saya peliknya, abang tiri saya tu tak disuruh pulak bekerja, tapi saya diamkan je, tak mahu menimbulkan pergaduhan. Jadi saya pun bekerja lah kumpul duit sikit2.
gaji sikit je, gaji hari.oleh sebab,
Saya takde hp,maka 2 minggu lepas bekerja saya pun belilah hp menggunakan duit tabungan dan gaji sikit2.
Asus, best pakai. Alhamdulillah!
Normalkan,sy manusia biasa, nak jugak main phone ni;p
Lepas saya beli tu mama beria tanya dri mana sy dpt duit nak beli hp tu.
Dia siap tuduh, boyfriend saya yg bagi. Masha Allah. Padahal seumur hidup saya tak pernah ada boyfriend. Yg sedihnya ayah percaya dan ayah memarahi saya.
Kepercayaan ayah thdap saya makin hilang.
Semasa keputusan pt3 keluar, adik saya bjaya mendapat 10 A. Alhamdulillah.
Semalam, saya rasa down sangat2,rasa mcm kasih sayang ayah thadap saya betul2 berkurangan. Semalam kami sekeluarga makan diluar,ayah memberitahu yg saudara tiri saya akan dihantar untuk belajr english sementara tunggu result. dekat manetah ayah sy ckp semalam.. sy tk ingat sgt.. sy mcm terasa hatilah, kenapa baihaqi je?
kenapa sy x dihantar sekali.
ayah saya jugak menghadiahkan adik saya Iphone 5s sempena kejayaan dia dalam PT3.
Masih terngiang2 dlm telinga saya, ayah memanggil adik tiri saya "girlfriend ayah" dulu sayalah girlfriend ayah,sekarang x lagi.
Padahal Saya tak pernah diberi apa2 hadiah!
Saya mungkin menulis ni dengan emosi,
tapi saya jadik mcm pelik,
sebenarnya siapa anak kandung ayah sebenarnya? ayah seakan jauh dgn saya. Saya takde tempat mengadu pun.
Sekarang,nak bercakap dengan ayah sekali sehari pun mcm akward sgt. saya tak tahu apa yg menjarakkan kami.
Saya tak tahulah dimana silapnya.. Hikmahnya bila saya rasa saya keseorangan,saya makin mendekatkan diri dgn Tuhan. Setiap hari saya berdoa agar hubungan kami kembali jernih.
Mayra nak ayah yg lama. Mayra nak ayah yg selalu usap rambut Mayra. Mayra nak ayah panggil Mayra Girlfriend ayah. Mayra rindu semunya ayah.. Mayra rindu mama.. Mayra nak mama..
– Umayra anak ayah mama