salam admin, and warga iium.
this confession untuk reply kepada confession fat, regarding to your father.
dear fat,
assalamualaikum.
first of all, we’re in the same boat. but, i’m glad right now, i managed to stand on my own. sekarang, even sometimes aku kadang-kadang pun tak mampu jugak nk solve my own financial sbb ada byk bende nak kene bayar. kadang-kadang ada jugak la aku akan minta ngn mak aku. aku takkan mintak ngn ayah aku sebab aku tau, dia berkira, sebab aku anak dia. but, i’ll try my best untuk tkkn minta ngn ayah aku.
dulu, hidup aku ok. adik2 aku pun ok, takde kene marah sume. but then, since dia jadi gila betina, gila perempuan, sume susah.
dia sanggup habiskan duit beribu-ribu nak bayar high class prostitute but then, not my yuran universiti, which in the end, my mom asked me to amik PTPTN, sbb my mom pun tak lepas nk bayar yuran aku. (aku bukan student UIA, tp, aku dari university of money. yuran uni aku pn macam nokharoommm mahal.)
since ayah aku ada betina lain, financial kiteorang susah. kau kene paham, kau nak dapat orang baru dlm family, tu senang sikit nnt masa depan, ok lagi. ayah aku dah ada dua bini, tapi tu tak cukup. dia lagi selesa main pelacur. no string attached. kau bayangkan, since that time, ayah aku jarang bagi mak aku duit. klu mintak, kene bagi beribu alasan. dia tak kisah anak dia nak guna duit tu untuk pelajaran anak ke apa. yang penting duit tu dia dapat joli. business dia, dia tinggal. dia mmg dah gila betina.
aku datang duduk kl. nak lari dari masalah. tapi aku ingat, aku jauh sikit dari masalah, tp tak. lagi dekat ngn masalah.
aku kene duduk ngn ayah aku kat KL.
rumah ni, sarang dia.
so, kau bayangkan aku kene duduk dalam rumah sarang dia bawak pelacur masuk.
everytime aku balik kampung atau ada class trip (course aku byk jalan, so kau bayangkan betapa sesaknye hidup aku nk pakai duit banyak), and datang KL balik, macam jenis spander, bra aku jumpa. aku yang kemas. aku yang basuh sume bende. kau tau betapa sakit hati aku? tak. kau just sikit. kau patut syukur, kau nak dapat family baru. JE.
tu belum lagi part dia blame aku sume masalah dia. bill air, letrik. kadang-kadang aku rasa, i’m the source of all of his problem. kau tak paham bila bapak kau blame sume bende kat kau.
kawan aku pena tanya aku, kau tak rasa ke nak blah dari rumah tu duduk kolej je?
kau tau tak, aku dah fedup duduk kolej, sebab tiap2 minggu mak tiri aku naik KL, datang jumpa aku suruh aku balik sebab, dia fikir at least, bila aku duduk rumah, ayah aku takde bawak pelacur balik. tapi dia tak tau, even aku duduk rumah, hotel belambak. lagi satu, bila aku duduk rumah, kos kurang. lol!
to be honest, aku dah tak salam ngn ayah aku. aku still hormat, but i’ll not treat him as my father anymore. aku geli dengan bapak aku. aku geli nak sentuh dia sebab dia dah sentuh pelacur.
kadang-kadang aku terpikir, ayah aku ni, tak fikir ke dia ada anak perempuan? what if, one day, aku jadi pelacur jugak. what if, one day bila hidup aku mmg dah terdesak sgt nk tolong adik2 aku, mmg dah tkde cara lain…
tipu la aku cakap, kalau aku tak terpikir nk jadi macam tu jugak. duit cash free free dapat beribu untuk satu session.
dear fat,
aku sekarang dah keje.
ayah aku still tak berubah.
cuma satu je aku nak mintak ngn kau, sabar. sesungguhnya Allah S.W.T bersama dengan orang-orang yang sabar.
bila aku tengok mak aku, aku sedih, tapi sekarang aku tau dia bahagia. anak2 dia lebih utamakan dia papehal pun. kami adik beradik mmg dah terlupa yang kami still ada ayah.
adik aku amik alih business ayah aku. alhamdulilah, hidup kami dah senang sikit dari dulu.
dear fat,
kau doa la banyak-banyak semoga bapa kau berubah. sekarang kau sabar banyak-banyak. langit bukan selalu cerah. Pasal duit, kau ikhtiar.
Dulu, aku ajar adik-adik aku. kalau nak pegi mana2, minta duit ngn atok, mak, kadang-kadang ayah aku. tapi jangan guna sikit pun duit tu. klu terdesak sgt baru guna.
kami adik-beradik tak dibenarkan keje, or buat parttime. ayah aku nk kami bergantung 100% kat dia. tapi dia buat taik kat kiteorang. so, camtu la cara senang kami nak dapat duit.
dear fat,
tak banyak aku bleh tolong kau. tapi untuk berkongsi cerita, i’m here for you. kau bleh email kau kat [email protected]
thank you.
thanks in advance admin sebab post.
– akuyangkecewa