Ayah Aku Hero – 11:34 PM

Ayah Aku Hero

Aku dilahirkan dalam family yg sederhana. Mak aku suri rumah. Dari kecil aku dah terbiasa hidup berjimat cermat dan tak boros. Tapi semakin aku meningkat remaja, semakin tinggi kos sara hidup. Nak2 lagi aku tinggal dan bersekolah di KL. Dulu waktu sekolah rendah ayah cuma bagi belanja RM1 je sehari. Tu pun aku berjimat siap boleh save 20 sen lagi. Biasanya aku beli nasi lemak 50 sen, air sirap 20 sen dan keropok lekor 10 sen.

Masuk sekolah menengah je semuanya naik. Belanja dah jadi RM5 sehari. Nak2 lagi aku pengawas dan memerlukan kos yg tinggi utk beli uniform. Aku ni suka join kalau ada apa2 kem atau program. Dah tentu2 la duit lagi kan. Tapi mak suka sangat sekat aku kalau nak pergi mana2 atau apa2 yg melibatkan duit. Pernah sekali tu aku sampai menangis2 & mogok tak nak makan sebab tak dapat pergi field trip (Putrajaya je pun). Pastu ayah pujuk aku senyap2 (tanpa pengetahuan mak) & bagi aku sejumlah duit utk pergi trip tu. Ya Allah waktu tu Tuhan saje yg tau perasaan aku. Bila aku check, duit tu semuanya seringgit2 siap ada duit syiling. Aku peluk ayah dan nangis. Aku pulangkan duit tu balik. Baru aku sedar aku bukan anak orang kaya. Tapi ayah cool je siap gurau2 kata "Duit boleh dicari tapi anak tak boleh dicari. Ayah sayang anak ayah". Ayah suruh aku pergi field trip tu jugak utk buat aku happy. Allahu

Sebenarnya ayah aku seorang pemandu teksi. Kadang untung kadang tak. Nak2 lagi bila orang lebih prefer naik LRT / bas berbanding teksi. Pergi sekolah ayah aku hantar aku pakai teksi. Aku tak pernah malu dgn ayah sebab bagi aku ayah aku awesome. Bila masuk form 2, aku cakap dgn ayah aku nak pergi tuition. Ayah diam tapi lama2 dia setuju. Semua yuran tuition ayah tanggung walaupun kadang2 ayah bayar lambat. Dia nak aku belajar rajin2. Korang tau je la yuran tuition tu mahal (bagi org yg tak mampu).

Tapi bila result PMR dah keluar aku tak dapat result cemerlang langsung. Cuma 1A. Ayah tak pernah marah aku atau ungkit apa2 yg dia pernah bagi. Mak pun. Cuma mak ayah pesan SPM nanti jangan main2 dah. Aku janji.

Tapi janji dicapati. Spm aku makin teruk. Takde A langsung. Waktu tu muka ayah memang malu habis bila kawan2 dia tanya pasal result aku. Lepas tu sepupu2 aku semua main compare2 result. Dorang siap cakap lagi result macam aku ni tak boleh bawak ke mana. Kerja je lah.

Aku tak give up sebab aku nampak muka mak ayah aku penuh mengharap. Jadi aku masuk form 6. Kali ni memang takde pergi tuition dah. Waktu lower 6 memang aku banyak main. Suka tidur dalam kelas, jarang siapkan homework, hang out dgn kawan2 hujung minggu (maafkan saya). Tapi bila sebulan sebelum STPM memang aku all out. Aku buat nota sendiri & buat soalan2 past year. Alhamdulillah berkat doa mak ayah, result STPM aku diluar jangkaan. Cikgu pun tak sangka result aku macam tu. Then aku mohon UPU. Aku dapat tawaran sambung degree di sebuah universiti awam.

Dan macam biasa, masalah duit. Tau2 la kena prepare macam2 sebelum pendaftaran. Aku cerita semuanya kat ayah termasuk checklist. Ayah aku angguk je siap kata "Yg penting anak ayah masuk U. Ayah tak sangka anak ayah tunaikan cita2 ayah". Waktu tu air mata aku bergenang2 fikir mana ayah nak cari duit. Tapi berkat usaha ayah, ayah dapat belikan segala keperluan sebelum aku daftar. Dan paling best sekali, ayah dgn mak dapat hantar aku masuk U (sampai kat pintu hostel)

Belum cerita lagi time raya, ayah sedaya upaya ikutkan kemahuan aku & adik beradik yg lain. Perempuan… Semua dia nak. Kasut, tudung, baju. Baju tak nak sehelai pulak tu. Nak dua helai. Siap bertema lagi. Ayah sanggup teman tawaf Jalan TAR tu sebab nak ikutkan kehendak anak dia. Mak tak ikut. Maafkan saya ayah. (Korg jangan salah faham. Ayah aku bagi limit jugak. Takde la melebih2 aku shopping. Shopping malam raya harga lelong ok)

Bila aku balik cuti sem ayah akan jemput kat stesen bas guna teksi dia. Kalau nak kemana2 pun ayah akan hantar termasuk pergi raya rumah kawan2 aku. Terharu sangat2. Aku tak perlukan boyfriend dalam hidup sebab ayah aku sangat hero.

Tak lama lagi aku akan balas budi mak ayah aku. Aku tak kan biar ayah bawak teksi lagi. Aku akan bawak mak ayah pergi umrah & haji (cita2 dorang). Sayang aku pada dorang lebih dari lautan andaman. Maaf cerita aku agak panjang :)

– Reena

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *