Aku nak cerita pasal ayah aku. Kami ni hidup sederhana. Aku ada 5 adik beradik. Ayah ada sebuah rumah, sebiji kereta dan sebiji motor. Dulu masa kecik2 aku selalu ikut ayah aku. Sebab kalau ikut dia, dia pasti bawa makan cendol lepas tu. Memang kegemaran aku lah tu. Ada satu masa tu aku dan ayah aku pergi ke tempat jual van. Aku tak ingat sangat kat mana tapi memang banyak van kat situ. Ayah aku beli 5 buah van masa tu. Aku pun seronok lah sebab ingat setiap adik beradik dapat satu van. Comel juga fikiran masa kecik2. Tapi meh. Tak pernah tengok dah pun van tu lepas tu.
Lepas tu seingat aku masa aku darjah 5 macam tu, kami memang selalu pergi ke kawasan perumahan baru, pergi ke tanah2 lapang. Ada tempat yg aku memang masih ingat. And ayah aku ada lah bincang2 dengan dengan orang yg jual rumah tu. Aku rasa ayah aku beli lah kot. Sebab aku duk main kat taman permainan ngan adik aku so tak tau apa jadi. Masa kat tanah lapang tu pulak, aku tanya lah ayah aku. Buat apa pergi ke tanah lapang ni? Ayah aku jawab tu tanah ayah aku. Dia saja nak tengok2.
Sampailah aku dah masuk tingkatan satu, aku nak daftar masuk sekolah menengah. Jadi masa tu ada lah borang yg tanya berapa gaji ibu dan ayah kan. Bila aku tengok slip gaji ayah aku, aku mcm tak percaya. Yelah, gaji ayah aku 40K kot sebulan. Tu gaji bersih dah tu. Ibu aku surirumah. Ayah tak bagi kerja. Aku mula terfikir lah, kalau duit banyak macam tu, kenapa hidup kami tak semewah orang2 lain. Dah lah masa tu masa smartphone baru diperkenalkan, aku minta ayah aku beli, tapi yg dia beli cuma handphone nokia yg murah tu je. Tak puas hati la aku. Tapi aku akur jelah. Lagipun masa tu aku sekolah berasrama penuh. Takde masa pun nak main smartphone apa semua.
Lepas tu aku ni teringin sangat nak pergi negara yang ada salji. Tapi ayah aku tak nak pun bawa. Kami cuma pernah pergi umrah je beberapa kali. Disebabkan aku teringin sangat sangat nak main salji, so aku merajuk ngan ayah aku. Bila aku dah habis SPM aku pergi ambil lesen memandu and dah boleh drive lah masa tu. Jadi long short story, aku try siasat ke mana sebenarnya duit ayah aku ni. Aku ajak adik aku masa tu.
Aku cuba lah pergi balik tempat kawasan tanah ayah aku yg dia bawa aku tu dulu, tengok2 ada signboard “Tanah Perkuburan Islam” kat situ. Aku pun jadi keliru, betul ke tanah ni tanah ayah aku dulu. Then aku balik. Next day aku pergi pulak tempat kawasan perumahan yang ayah aku bawa tu. Aku masih ingat tempat tu sebab selang beberapa dari rumah tu ada taman permainan. Bila dah sampai tu, aku tengok ada tiga buah rumah dicat dengan warna yang sama, and ada banner “Kelas Mengaji Al Quran”. Lepas tu aku tengok ada ustaz keluar dari rumah tu. Dan ustaz tu lah yg ajar kami adik beradik mengaji dulu. Tapi ustaz tu yg datang ke rumah aku. Memang keliru juga lah aku ngan adik aku.
Kami terus balik rumah, then aku bagitau lah ibu aku tentang semua yg dah jadi. Ibu aku cakap memang ayah aku beli tiga buah rumah kat kawasan tu, untuk orang belajar mengaji. Free je belajar situ. Upah untuk ustaz2 tu sampai sekarang ayah aku yang bayar. Tanah tu pulak ayah aku wakafkan untuk perkuburan Islam. Ibu aku kata nak diperbesarkan lagi kubur tu. Ingat tak 5 buah van yg ayah aku beli tu? Rupanya van2 tu adalah van jenazah yg diagihkan ke 5 buah surau. Murahnya hati ayah aku. Sangat kaya hati ayah aku. Ayah aku tak pakai pun kekayaan dia untuk diri dia sendiri. Tak pernah tengok dia beli baju untuk diri sendiri. Beli baju pun untuk ibu aku dan kami adik beradik. Padahal dia terlebih mampu. Kami adik beradik pun tak dimewahkan oleh ayah. Kami sangat jarang makan luar. Sebab ayah aku sangat suka makan masakan ibu.
Kami adik beradik pun memang ayah ajar untuk selalu bersedekah. Setiap kali pergi masjid, mesti setiap seorang akan diberi seringgit untuk masuk dalam tabung. Dah lah duit seringgit tu semua duit baru. Aku syak ayah aku memang sengaja tukar duit seringgit2 kat bank khas untuk anak2 dia bersedekah. Haha. Mesti korang tertanya2 apa pekerjaan ayah aku kan? Dia kerja nun di tengah laut. Beberapa kali setahun sahaja kami akan berjumpa. Tu jelah daripada aku. Assalamualaikum.
– Umar
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kalau suami tak bagi kerja, tu red flag