Ayah hero duniaku

Sepanjang 21tahun hidup, aku belum jumpa lagi lelaki seperti ayah. Sewaktu aku menaip coretan ini, airmata mengalir laju. Aku rindu ayah. Ayah hebat. Ayah tak belajar tinggi. Tapi ayah bertanggungjawab pada keluarga. Yang aku ingat, ayah kalau ada duit lebih, memang kami dapat makan best sikit. bagi aku mee goreng mamak Ali kat pekan tu cukup mewah kalau ayah belikan untuk kami. walaupun perlu berkongsi cukup bahagia rasanya. Ayah bekerja seorang dan menanggung 7orang anak. Emak suri rumah. Alhamdulillah kami hidup sederhana dan bahagia. Tanggal 29 Disember, ayah pergi tak kembali. Bila troli usung ayah keluar dari wad untuk ke bilik mayat, aku kelu dan tak percaya. Rasa macam tu bukan ayah. Ayah aku tak kaku. Ayah kuat bekerja. Sehingga hari terakhir ayah, ayah masih bekerja demi mencari rezeki untuk keluarga. Aku tak minta banyak, cukup bakal suami aku bertanggungjawab dan rajin mencari rezeki macam ayah. Percayalah, wanita2 bukan mahukan kemewahan, wanita yg sudah biasa hidup sederhana, dia akan terbiasa hidup begitu walaupum selepas kahwin. Cukuplah lelaki itu menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan ikhlas sehingga ke akhir hayat. Tentu dunia ini aman jika setiap keluarga harmoni. Ayah terlalu baik, jadi Allah ambil ayah awal. Kini kami 7beradik saling bekerjasama, kongsi masalah, berkumpul, sehati sejiwa. Akak sulung saya mewarisi sikap ayah. Dia sangat bertanggungjawab pada kami dan beruntung dia dapat suami yang bertolak ansur. Ayah, terima kasih untuk segalanya. Kehadiran ayah biarpun seketika, namun memberi sinar buat kami adik beradik. Ayah dah penat di dunia ini untuk kami, sudah 8tahun ayah berehat di sana. Semoga ayah tenang dan bahagia di sana.Anak2 ayah beruntung dapat ayah yang bertanggungjawab. Semoga kami berpeluang dapat suami yang bertanggungjawab seperti ayah. Terlalu rindu ayah. Semoga kita bertemu di sana ayah yang ku rindui.

– Raywan

CREATE A POST