Ayah oh ayah

Minta admin tolong share post aku ni. Terima kasih.

Assalamualaikum. Aku bukan budak u ni. Aku pilih page ni sebab aku tahu takde sape yg mungkin boleh tahu aku sape kat sini. Aku dah graduate n dah keje 2 tahun sebagai juruukur bahan kat syarikat swasta. Gaji aku boleh kata masyuk gak aa.

Tapi sejak bulan 7 tahun lepas. Ayah aku jatuh sakit. Satu demi satu sakit dia dapat. Sakit buah pinggang n dah kene dialisis 3 kali seminggu. Pastu ada sakit tibi, sakit prostat, tyroid, kencing manis n darah tinggi. Sampai lah bulan 11 ayah tiba2 tak dapat bangun n tak boleh berdiri langsung. Aku nekad. Aku berhenti kerja terus sebab aku nak jaga ayah n nak bawa ayah berubat. Aku bawa ayah pergi banyak hospital sebab aku nak tahu kenapa ayah jadi sangat lemah tiba2. Tapi takde satu doktor pun tahu sebab spesifik. Semua cakap sebab ada byk sgt sakit so campur semua sakit tu yg buat dia lemah.

Sampai la satu hari ayah jatuh luka kat kepala. Dan aku kene buat ct scan utk kepala ayah sebab takut ada pendarahan. Kebetulan masa tu aku dapat sorang doktor islam. Dia cakap dgn aku ada satu benda pelik kat kepala ayah n dia minta maaf sgt sgt masa cakap tu sebab dia syak benda tu adalah susuk.

So kitorg bincang adik beradik nak slow talk dgn ayah sebab nak tanya ada amik ke tak. Akhirnya ayah mengaku ada masukkan dua susuk emas kat kepala. Sedihnya aku masa tu Allah je yg tahu. Lepas tu aku bongkar semuanya. Aku minta tolong sorg ustaz utk tengokkan ayah aku. Ustaz tu cakap ayah mmg ada banyak simpan barang sejak muda. Aku bongkar sampai la dapat baju kebal, cincin, keris, dan banyakkk sgt surat2 mentera. Ayah aku dah lama syirik.

Aku tak putus asa. Aku cuba ubatkan ayah. Bawa jumpa ustaz utk keluarkan susuk tu. Tapi semua ustaz cakap kalau diri sendiri taknak keluarkan benda tu mmg tak akan keluar. Aku minta ayah solat. Aku ajar ayah solat duduk atas kerusi. Satu dua kali dia buat tapi lepas tu dah tak buat.

Aku call ustaz utk minta pendapat. Ustaz kata aku kene bincang dgn adik beradik untuk slow talk dgn ayah utk minta betul2 bertaubat dan solat jgn tinggal. Tapi adik beradik aku yg lain semua taknak cakap. Semua takut nak tegur ayah mengenai solat. So aku kuatkan hati aku. Aku sorang je yg tegur ayah pasal solat. Aku minta ayah bertaubat. Tapi ayah marah aku. Dia taknak dengar. Sejak hari tu, aku boleh nampak ayah macam benci aku. Kalau sebelum ni semua ubat aku yg bagi. Tapi dia dah taknak aku bagi. Kalau dia tengok aku pun dia jeling je.

Aku kuatkan hati. Aku buat bodo je. Buat macam tak perasan semua tu. Lepas tu aku tegur ayah lagi. Aku cakap ayah kene solat. Tapi ayah aku aknak solat. Dia cakap dia baca surah alfatihah setiap hari dalam hati banyak kali. Aku cakap tak boleh. Tak ada guna semua tu kalau tak solat. Tapi ayah taknak dengar dah aku cakap. Apa yang aku kene buat? Aku buntu sgt ni. Minta korang semua bagi pendapat positif untuk aku. Terima kasih.

– Liza

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *