Ayah oooo ayah
Assalamualaikum. Aku ada seorang ayah. Seorang ayah yang ada susuk. Ayah suka mengamuk bila aku suruh taubat. Suka maki aku suka cakap aku anak tak guna. Ayah dah sakit. Dia tak boleh jalan dia suka meracau mengamuk depan orang ramai.
Aku diam je selama ni. Aku diam. Aku sabar. Aku berhenti kerja untuk dia. Aku layan dia. Ke sana sini semua untuk dia. Sampai lah aku suruh dia taubat. Sejak tu aku jadi anak dia yang paling kurang ajar. Sebab tu, aku buat keputusan untuk diam. Aku taknak jadi kurang ajar lagi. Aku biar je dia macam tu.
Tapi dalam masa yang sama. Aku suka baca quran kuat2 kat rumah. Sebab aku tahu setiap kali aku baca quran, ayah akan jadi tak tentu arah. Ya. Sebab ayah aku ada susuk. Aku pernah selongkar barang dia semua. Ada baju kebal, tali pinggang kebal dan banyakkk sgt surat jampi yang ntah pape.
Sejak tu aku tetap jadi anak dia yang kurang ajar. Anak yang setiap kali dia sakit, anak ni yang bangun pergi hantar ke hospital walaupun pukul 3 pagi. Anak yang urus semua ubat dan hal dia masa dia sakit takleh bangun dulu. Anak yang beli kerusi roda untuk ayah dia senang guna walaupun dah berhenti kerja. Anak yang dah gelap masa depan. Tak ada kerja duduk rumah jaga ayah je. Ini dah jadi anak kurang ajar. Hanya kerana aku suruh dia taubat.
Aku ada 10 orang adik beradik. Aku ke 7. Cuma aku sorang je yang berani untuk tegur ayah untuk taubat. Tegur ayah untuk solat dan baca quran. Cuma aku sorang. Tapi aku dah jadi anak kurang ajar dia skrg. Anak tak guna. Anak dia yang selama ni buat bodoh je bila dia sakit. Anak tu jadi anak baik.
Sekarang, dah 4 bulan. Alhamdulilah. Sakit ayah beransur pulih. Ayah mula sihat. Ayah mula berjalan sikit demi sikit. Otak dia dah ok. Dia tak meracau lagi. Tapi. Aku masih lagi anak kurang ajar dia. Dan sekarang dia dah pandai berbual lagi. Alhamdulilah. Tapi dia cerita pada semua orang yang aku ni anak kurang ajar. Cakap pada semua yang aku tak bercakap dgn dia lagi. Bukan apa. Aku tak bercakap sebab aku taknak lagi terlepas kata2 yang kurang ajar. Cukup. Tapi tu la. Aku ni busuk je di mata ayah. Walaupun, selama ni hanya aku yang buat semua untuk dia. Dia tak pernah nampak.
Sekarang dia dah sihat sikit. Aku decide untuk keluar rumah tinggalkan semua. Sebab aku kan anak kurang ajar? Korang rasa cemana? Ok tak aku keluar dari rumah neraka ni?
– Blue