Ayah, suami & anak yang hebat – 2:13 AM

Ayah, suami & anak yang hebat

Assalamualaikum. Aku nak berkongsi satu kesah ayah aku yang paling aku bangga sekali. Okey. Ayah aku dilahirkan dlm keluarga yg miskin & dia ank lelaki sulung tapi anak no 3. & ada dua org laki je family ayah aku. Ayah aku pandai. Tapi dia berkorban untuk adik2 dia. Dia dahulukan adik2 dia. So dia sekolah sampai sekolah rendah je. Adik dia sekarang jadi pegawai, tapi ayah aku petani je.

Berbalik kpd crita, dia own nothing. Harta takda habuk pun takda. Cuma dia ada semangat untuk upgrade & improve dia punya life. Bila dah besar sikit, dia kawin dgn mak aku, mak aku mmg xnak, sbb mak aku nk capai dia punya cita2. Tak pasal2 kena kawin lps form 5. Lps tu dah lah yg minat kat mak aku doktor & cikgu bagai. Ayah aku pulak ank org miskin & takda harta pun. Tapi di sbbkan family mak aku stuju, nak tak nak kena terima lah. Dan bila dah kawin, orang perlekeh ayah aku, dia kata mak aku nak makan apa bila kawin dgn ayah aku & ayah aku ingat kata2 tu sampai skrg.

Time lps kawin, dia lagi struggle nak bagi mak aku kehidupan yg selesa. Dia kerja dgn org. Dia blajar buat bendang, rumah yg kami duduk ni dia buat sendiri, everything dia buat dgn penat lelah dia. Kumpul duit, & 1st tanah dia beli masa tu rm700. Lepas tu ada rezeki sikit dia sewa bendang, dia buat sungguh2. Dgn panas2 keluar ke bendang. Kdg2 dia pergi kebun sawit dia. Tapi yg aku tabik, dia tak pernah mrh kami walau mcm mana penat pun dia. Sebelum tido pun dia akan sembg dgn anak2 dia. Dia akan bercerita kisah muda2 dulu. & paling penting dia akan tanya sifir sblum aku tidur. Ayah aku bab matematik mmg power.

Mak aku pulak, ayah aku tak bagi kerja. Mak aku pun terpaksa kuburkan cita2 dia. Jaga lah anak kat rumah. Tapiii yg bagusnya, ayah aku cuba utk bagi mak aku kesenangan. Walaupun dia xde pendidikan,dia takda harta sebelum ni, dia mampu bagi kesenangan kat mak aku. Lagi satu, kalau dia pinjam duit mak aku, dia akan pulangkan walaupun rm10. Tu yg ayah aku selalu buat. Ayah aku jugak tak pernah ckp pasal ex dia or mana2 perempuan pun depan mak aku sepanjang 36 tahun perkahwinan dia. Mak aku kata tak pernah. Lagi satu, ayah aku sanggup ulang alik tiap2 bulan utk turun umah opah aku kat pahang yg mana rumah aku kat selangor. Walau pun kami kekurangan, ayah aku tetap tunaikan tanggungjawab dia sbgai anak laki. Dah lah kereta hidup segan mati tak mahu mase tu, tapi alhmdulillah perjalanan sentiasa lancar. & dia jugak selalu dahulukan adik beradik dia. Tiap2 bulan dia tak pernah miss tanya kabar.

Dan sekarang, alhamdulillah dgn izin Allah, ayah aku ada sebijik CRV, ada axia sebijik, ada 2 buah rumah, 10 ekar tanah, n beberapa bijik moto. Bukan nak menunjuk2 & riak, cuma aku bangga ayah aku mampu dptkan semua ni sbb dia zero dulu xda apape. Pernah satu hari tu pkcik ayah aku dtg, dia ckp "tak sangka kau jadi mcm sekarang ni". Allah Allah. Sungguh Kau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ayah orang yg hebat & tak pernah ada tandingannya. Sekarang ayah dah makin berumur. Aku tahu aku akan kehilangan dia satu hari nanti. Allah. :'(

Lastly, kat sini aku nak cakap, tak pandai belajar takpa, tak sekolah tinggi takpa. Yg penting rajin. Rajin berusaha. Yang pandai2, bersyukurlah, & jgn pandg mereka yg di bawah, & sentiasa ingat siapa yg selalu berkorban utk kita. Utamakan mak bpk & family. Hargai mereka. Dahulukan mereka dalam setiap perkara. Kedua, hargai pasangan walau mcm mana susah pun kehidupan tu. Cuba terima kekurangan pasangan. Ketiga, sentiasa berinteraksi dgn anak2 walau mcm mana penat pun hari kau. Keempat, sentiasa ingat Allah. Allah takkan pernah tinggalkan mereka yang ingatkan Allah. Terlalu banyak nikmat Allah yg patut kita syukuri. Aku harap aku mampu jadi mcm ayah aku. Aku harap future husband aku jugak segigih ayah aku. Semoga kehidupan kita sentiasa di bawah lindungan Allah & sentiasa di Rahmati. Ameen. -sekadar perkongsian- :)

– anak ayah :')

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *