Ayah tinggalkan aku, tapi aku ada Allah.

Assalamualaikum, terima kasih admin kerana sudi share kisah ini.

Aku yakin ada org lain yg lg berat ujiannya berbanding aku. Aku nak kongsi kisah tentang ibu dan ayah.
Aku sempat merasa kasih syg seorang ibu sehingga berusia 7 tahun shj sbb ibu aku meninggal disebbkn kanser. Sepanjang ibuku di hospital, pakcik aku yg jaga aku. Makan minum aku, hantar ke sekolah. Aku senang dgn dia, bygkn seorang pakcik mampu menjadi seorang ibu dan ayah sekali gus untuk aku. Sup sap, semua siap!

Pada satu hari, Aku teringat ayah aku pulang kerumah smbl berkata, "ibu dah takda". Mula2 aku tak faham. Aku igt lg, aku nampak mata Ayah berkaca. Aku pun menangis. Saudara mara aku yg uruskan jenazah arwah ibu. Stelah tiba di rumah makcik, aku nampak arwah ibu ku baring tebujur kaku di atas lantai. Aku terus menangis. Sbb dlu ibu aku pernah ckp ibu akan meninggal satu hari nanti, sbb stiap manusia akn mati. Aku duduk je di sisi jenazah ibu dgn adik aku yg berumur 6 tahun. Adik aku yg umur setahun pula x faham apa2. Aku tgk wajah ibu cerah dan tenang je. Sungguh, aku rindu ibu. Sbb ibu pergi terlalu awl, aku dpt rasa kasih syg yg hanya samar2, sbb tak igt sgt. Tapi aku yakin ujian Allah ini yg jadikan aku kuat, sbb Sedangkan Rasulullah ketiadaan ayah sblm baginda lahir lagi. Dan ketiadaan ibu ketika baginda kecil lagi. Allahu Akbar, subhanallah, tabahnya Rasulullah ?

Selepas ibu meninggal, Ayah terus tgglkn kami. Aku tak tahu atas urusan apa, tapi sudah sgt lama kami tak berjumpa. Walaupun aku masih kecil masa tu, aku faham situasi aku. Dimana aku tiada ibu dan ayah disisi aku. Ya, aku membesar begitu. Smenjak itu, aku tinggal dgn pakcik aku yg td iaitu adik beradik arwah ibu. Aku sgt syg kan pakcik aku ni. Sbb sakit aku yg teruk masa kecik, dia lah yg jaga. Makan minum aku dan adik2 dia yg jaga. Kasih syg dia merangkumi kasih syg seorang ibu dan ayah.

Kemudian aku tinggal dgn makcik aku, (adik beradik arwah ibu juga) pula kerana pakcik aku perlu bekerja. Pada awalnya, aku dan adik2 tggal sekali. Bila tggl dgn makcik, aku dan adik terpaksa berpisah dgn adik kami yg bongsu. Aku x boleh nak gambarkan perasaan ketika itu sbb terpaksa berpisah dgn adik aku masa tu. Ada sbb tertentu knp kami berpisah actually.

Selama 10 tahun aku tggl dengan makcik, aku syg makcik aku dan suami dia sgt2 sbb diorang layan kami mcm anak sendiri. Walaupun kami hidup serba kekurangan, Alhamdulilah cukup rezeki Allah itu, tapi aku masih rindu Ayah aku kadang2.

Pada satu hari, Ayah aku kembali. Berlaku masalah antara kami semua. Dan aku terpaksa buat satu pilihan iaitu untuk kepentingan adik2 aku. Ayah aku marah dan terus mengatakan aku anak derhaka. Allah.. apa yg aku boleh buat untuk mu ayah, agar aku yg kau tinggalkan selama ni menjadi anak yg solehah untuk mu.. :'( . Ayah tggl kan kami dan mengatakan kami bukan anak ayah lagi. Ayah mngkin tukar nombor, smpai sekarang kami tak dapat hubungi dia. Aku rasa serba salah, ya Allah , adakah apa yg aku buat ni betul2 slh?

Seminggu aku down sejak kejadian tu,aku skit2 menangis. Mana taknya, dia ayah aku, yg aku syg dan aku rindu selama ni. Tak sangka mcm tu jadinya. Tapi aku bersangka baik shj. Sbb aku yakin, di cuma tgh marah . Marah dia belum reda. Smpai lah sekrg dia masih tak maafkan kami.

Aku hanya mampu berdoa utk dia dari jauh . Semoga Allah lindungi dia, insyaAllah.

Beberapa bulan kemudian, aku smbung belajar di sbuah universiti. Mcm biasa, makcik dan suami yg aku panggil mak dan ayah, sentiasa beri sokongan supaya aku tak sedih lagi. Lama2 aku dah boleh terima, dan itu yg menyebabkan aku sedar diri aku yg sekarang dah lain. Aku tak lah baik sgt, tapi aku rasa diri aku yg sekarang semakin dkt dgn Allah. Alhamdulillah.

Semasa sem 1 aku dapat berita, ayah(pakcik) aku sakit. Aku dah takut. Rasa semacam. Aku jarang balik rumah. Aku terus terusan doakan untuk dia di kolej supaya dia takda apa2. Aku seolah2 takut bahawa dia akn pergi. Tapi Alhamdulillah, Allah beri peluang kesembuhan kepada Ayah.

Masuk sem 2 pula, pada suatu hari aku rasa tak produktif langsung. Tidur pun rasa tak lena. Rasa hari cepat sgt berlalu. Lepas solat berjemaah maghrib di surau kolej, aku dpt panggilan drpd adik. Miscalled byk kali pula tu. Aku rasa pelik sbb adik aku jrg call aku. Aku pun baru nak call balik, tp adik aku dah call semula. Aku pun angkat. Adik terus kata, "Ayah dah takda". Allah , rasa nk jatuh fon masa tu.. No wonder seharian rasa tak sedap hati. Aku terus menangis. Betul lah apa yg aku takutkan masa sem 1 dulu, betul2 terjadi masa sem 2. Ya Allah, hati aku , i cant explain keadaan masa tu. Sedih sgt2. Sbb dah seminggu tak balik rumah, aku igt mnggu dpn tu nak balik. Aku asyik menangis je. Solat isyak masa tu pun teresak2. Aku terus doakan untuk ayah byk. Nak menangis mcm tu shj x baik pula. Aku call mkcik yg duduk dkt area kolej, untuk ambik aku balik. Lps tu aku balik.

Alhamdulillah aku sempat tgk arwah ayah. Aku tak snggup tgk ayah kat dlm keranda kayu tu. Akhirnya, Kehilangan ni yg aku takutkan masa sem 1 dlu betul2 terjadi. Tp aku bersyukur, Allah masih bagi peluang utk jumpa ayah smpai sem 2.

Bila balik smula ke kolej, mggu dpn ada exam. Nak study pun tak boleh. Asyik rs sebak. Tp ttp ku gagahkan diri utk belajar . Istighfar byk2.

Sekrg aku sgt2 rasa syg kat mak dan aku takut aku kehilangan mak(makcik). Aku dah tiada ibu, ayah tggalkan aku, adik duduk beasingn, ayah(pakcik) pula dah takda. Ayah tgglkan aku, tp aku ada Allah. Sungguh, Aku tak snggup utk rasa 'kehilangan' utk sekali lagi, ya Allah. Ambillah aku dulu, sbb aku tak sggup nak kehilangan org lain lagi…

Aku yakin, setiap apa yg terjadi ni ada hikmah yg seindah pelangi. Ya , Aku Yakin. Ujian Allah ini mentarbiah aku agar mnjadi wanita yg kuat. Sedih2 mmg sedih, tapi keyakinan pada Allah itu perlu ada. Allah gives his hardest battle to his strongest soldier. Aku berasa yakin , dan hal ini jd kesedaran buat aku bhw stiap insan akn kembali kpadaNya. Dunia ini smentara shj..

Kepada rakan2 di luar sana, hargailah ahli keluarga anda. Sayangilah mereka. Dan bersyukurlah di atas segala nikmat dan ujian drpdNya. Kerana ujian juga tnda syg Allah kpd kita ??

Alhamdulillah ala kulli hal.

Terima kasih kerana sudi baca, maaf kalau ada typo.

-miss nobody (hamba Allah)

– miss nobody

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

7 Comments

  1. sebagai seorang manusia, kita hanya mampu pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi. Lambat atau cepat, semua akan pergi tinggalkan kita. kita pun akan pergi dan tinggalkan org2 yang kita syg. begitulah lumrah kehidupan di dunia fana ini. teruskan kehidupan sebaik mungkin.

  2. Miss nobody, bersabarlah. Allah akan beri hikmah dan ganjaran yg sangat2 indah utk mereka yg bersabar.
    Percayalah dengan janji Allah.

    Setiap yg hidup mesti akan pergi bertemu PenciptaNya. Byk2 persiapkan diri untuk bersedia terima apa je kemungkinan. Minta kat Allah supaya missnobody lebih tenang utk berdepan dgn ujian.

  3. yaa, i feel u.. Hanya tuhan je yang tahu perasaan kehilangan orang yang paling kita rapat dan paling sayang..apa yang boleh buat adalah berdoa kat mereka yang dah pergi…hidup kene teruskan walau payah mana pun..

  4. Allahu. Sedihnya baca :'(
    Anak amanah Allah. Janganlah siakan. Bermula dari pernikah yg sah ibu dan ayah,maka terlahir insan bernama anak. Andaikata berlaku sesuatu,janganlah dilepaskan pd anak. Meskipun darjat ibu dan ayah lebih tinggi disis Allah,janganlah menanggap anak2 tiada darjat disisi Allah. Anak itu amanah.. Tetap akan dipersoalkan. Bersabarlah. Dan banyakkan berdoa. Jangan jemu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *