Ayahkah Begitu

Salam semua, saya sekadar nak meluah melepaskan stress. Saya & suami berumur 37 tahun.

Berkahwin 12 tahun & ada 2 orang anak. Merupakan seorang pegawai kerajaan.

Saya nak bercerita tentang seorang ayah. Sanggupnya seorang ayah menghancurkan masa depan anak nya sendiri.

Dan lagi perit sebab kehidupan saya dan anak2 terpalit.

Itulah ayah suami saya.

Suami saya Y, peribadi sangat2 baik, bertanggungjawab & kuat bekerja.

Sedikit pengenalan, keluarga suami saya bisnes sendiri dan boleh dikatakan gah di mata orang. Memiliki rumah terbesar di taman dan beberapa kereta mewah.

Sebelum berkahwin, ayah dia berjanji untuk memberikan sebahagian daripada bisnes nya untuk kami kendalikan.

Selepas berkahwin, saya dan suami menghabiskan lebih kurang RM15k duit simpanan untuk membangunkan bisnes tersebut daripada segi apps & teknologi yang memudahkan bisnes.

Siang malam bertungkus lumus saya ingat lagi tidur atas toto je kat kedai. Sedihnya bila ingat dengan saya mengandung anak pertama nak tolong suami punya pasal.

Selepas bulan ke-2, sistem dah okay & nampak sales meningkat melebihi daripada main bisnes ayah dia.

Kami berniat nak daftar nama baru sebab ayah dia dah janji untuk serahkan semua. Sekali rupanya ayah dia tak nak serahkan bahagian tu sedangkan semua modal kami yang keluar.

Bergaduh sakan anak beranak sampai last (staff beritahu) ayah dia tumbuk dia (tapi part ni suami saya tak cerita dan saya pun tak tanya).

Suami saya balik rumah cerita dia stress sangat dan cakap suruh lupakan bisnes tu dan terus book ticket ke luar negara untuk bekerja.

Minggu depan dia tinggalkan saya yang masih mengandung anak sulung.

Fast forward, suami saya terpaksa balik daripada luar negara tergesa2 kerana ayah dia sakit. Tak ambil gaji dan terus balik.

Sampai2 Malaysia rupanya terpeleot bahu je. Tapi takpela disebabkan saya pun dah nak bersalin waktu tu.

Tahun lepas saya diuji dengan kanser. Saya menyaksikan betapa ikhlasnya suami saya dan airmata dia bersama saya.

Tahun 2023 terlalu banyak tangisan, alhamdulillah selepas hampir 7 bulan, sudah habis rawatan dan saya berjanji untuk hadiahkan suami saya ke negara favourite dia dan kami pun hampir 8 tahun tidak keluar negara.

Sampai masa nak renew passport, terkedu sebab tak boleh. Dia minta ke jabatan insolvensi. Suami saya pelik sebab memang dia tak pernah berhutang.

Check punya check rupanya hutang ayah dia RM100k & lagi sedih ayah dia bankrupt termasuk suami saya sebagai penjamin dijatuhkan bankrup sekali.

Minggu tu minggu kedua sedih selepas diagnosis kanser saya, seminggu kami laki bini menangis.

Suami saya hanya kelulusan SPM jadinya perlu training untuk ke doha semenjak 3 tahun yang lepas untuk jawatan yang dia minat.

Bila declare bankrupt company terpaksa pecat dia sebab memang perlu training ke luar negara.

3 tahun training, sia2.

Saya jadi lagi marah dengan sikap ayah dia sebab ayah dia just simply tak nak bayar hutang sebab umur ayah dia dah 60+. Tapi kami. Kami anak beranak ni abah, anak baru umur 3 tahun.

Saya tahu keluarga dia banyak harta sebab semua suami saya uruskan dulu.

Rupanya sebelum decide nak bankrup diaorang dah tukar semua nama. Dan saya tahu diaorang memang ada duit cuma just tak nak bayar hutang tu.

Dan diaorang tahu yang bakal bankrup tapi suami saya tak tahu apa2 kerana semua surat menyurat tak sampai.

Bergaduh punya bergaduh akhirnya ayah dia suruh suami saya plak yang bayar hutang tu. Padahal dia yang amik hutang tapi tak nak selesaikan.

Nak tau lagi sedih?

Semua adik beradik dia dapat harta rumah/tanah tapi suami saya satu habuk pun takde.

Takpela saya tak mintak harta cuma minta tolong clearkan nama suami saya.

Dia bekerja keras untuk bisnes famili sejak daripada dia belasan tahun lagi tapi akhirnya tak dapat apa2 pun siap kena declare bankrupt lagi.

Raya lepas, bercerita nak beli kereta baru cash. Bmw lama dah rosak. Nak beli mini cooper katanya.

Saya sumpah tak tahan nak nangis waktu tu. Suami dah nampak saya lain, terus mintak diri dan balik. Balik tu kami sambung menangis sampai bengkak mata.

Saya sangat sayangkan suami dan mak mertua. Memang sangat2 baik. Adik beradik dia yang lain saya tak rapat sangat sebab hidup mewah tak duduk rumah. Semua pun banyak bersosial di luar. Ntahla tak faham.

Sekarang ni, suami saya masih struggle untuk mencari kerja baru. Ade buat here and there, tapi masih tak cukup. Sejujurnya saya memang tak boleh balik rumah diaorang sebab terlalu mewah sedangkan kami terlalu derita.

Ayah dia membesar dengan keluarga yang besar. 15 adik beradik termasuk tiri. Datuk ayah mertua saya ntahla kahwin berapa kali lost count.

Tapi akhirnya, ayah dia sendiri membesar tanpa ehsan dan kasih sayang. Ayah dia tak pernah bersembang2 dengan anak. Macam kera sumbang.

Harap ada pembaca boleh berikan kata2 semangat dan ada sesiapa tahu untuk percepatkan proses untuk settle bankrap ni.

Saya cuba untuk tidak stress tapi bila saya berada dlm keadaan sakit kritikal dan mungkin nyawa tidak panjang,

Sekurang2 nya saya nak pergi dalam keadaan saya tahu suami saya ada pekerjaan tetap yang boleh menampung perbelanjaan anak2.

Semoga yang indah2 ganjaran dia kurniakan buat kami. Doakan kami kuat ya!

– arla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Kalau betul ada harta lagi, mungkin boleh hire lawyer untuk saman dan tuntut jumlah hutang untuk bayar pada bank. Risau putus hubungan keluarga? Risau derhaka?

    Tak sama sekali. Sebah ayah mertua TT yang decide untuk khianat dan putuskan hubungan keluarga. Jangan biarkan irang lain pijak kepala kita, walaupun family sendiri.

  2. Seandainya betul tidak pernah dapat apa² surat menyurat, boleh cuba untuk set aside perintah bankrupsi tu. Kena start dr zero ertinya perintah muflis tu bermula dr BN. (Bankruptcy Notice). BN tu datang dr non payment of JID (Judgment in Default) due debt. JID tu terhasil dr non attendance writ tuntutan hutang. So boleh go deep balik dan failkan permohonan ketepikan JID tu. Kalau sukses, writ tuntutan tu kena dibicarakan. Memang proses tu rumit, kena cari peguam, peguam kena mohon sanksi dr Insolvensi utk act for ur hubby pastu mohon sanski nk bukak kes JID tu. tapi tu lah, tak cuba tak tahu.

  3. Saya pernah bekerja d jbtn insolvensi dahulu, w/pon bkn dlm bidang guaman, tp apa yg saya tahu, sekiranya sudah d ‘declare bankrupt’, pergi jumpa dgn pegawai d bhg. Kebankrapan di sana.. jgn ‘larikn’ diri, & bagitau apa yg sbenarnya telah terjadi.. slalunya, jika org yg diisytihar bankrupt tu (penama, bkn penjamin ye..), akan dipanggil utk isytihar apa juga harta or Pendapatan yg dia ada, supaya bole dibayar kpd bnk or institusi kew yg berkaitan.., klau penama x dijumpai, barulah penjamin yg dicari.. so, suami puan cuma maklum kpd pegawai penyiasat di situ, apa maklumat yg diperlukan oleh mrk utk membantu suami puan.. tentang harta yg tidak diberi tu, jgn lah dirunsingkn, insha Allah, bumi Allah ini luas, harta boleh dicari, mungkin Allah SWT nk uji kesabaran puan suami-isteri, mana tahu pd mse akn dtg akn dikurniakn ganjaran yg berlipat ganda lagi.. sebaliknya jika harta yg didapati itu x berkat, boleh je Allah hilangkn dgn sekelip mata.. dan balasan juga mnunggu mrk d Akhirat.. hubungan Silaturrahim tetap dijaga, klaw itu dpt dibuat, mmg tuan/puan org2 yg mulia dan terpilih.. Semoga Allah memberi kesembuhan kpd puan dan dipermudahkan urusan puan dan keluarga.. cuma secebis pendapat.. Wallahua’lam bissawab..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *