AYAHKU TAK BANYAK BICARA
Assalamualaikum.
Saja nak berkongsi :) semoga apa yang dikongsi nanti akan menghadirkan rasa dalam hati kita insha Allah.
Waktu kecil, saya sangat rapat dengan ayah walaupun saya anak perempuan. Saya selalu dengan bangga cakap saya anak ayah sampai mak selalu cakap yang mak lahirkan saya bukan ayah. Tapi saya tetap dengan bangga cakap saya anak ayah.
Bila semakin besar, saya semakin nakal. Hubungan dengan ayah semakin renggang. Waktu itu, ayah ialah seorang yang bengis di mata saya. Tak solat kena rotan, dapat result exam teruk kena kurung dalam tandas, mengaji tergagap gagap kena marah. Saya membesar dengan keadaan semakin takutkan ayah.
Kalau saya ada masalah, saya akan cari mak saya. Bila nak minta duit belanja, saya akan suruh mak mintakkan. Bila nak minta izin ayah, saya suruh mak bagitahu. Sampai mak cakap, tak ada mulut ke sampai semua benda mak yang kena cakap dengan ayah. Sungguh, perasaan takut dan awkward tu menggunung tinggi.
Sampailah saya dapat belajar di luar negara. Waktu di sini, saya dapat tahu ayah saya sakit. Sakit yang mengubah 360 darjah kehidupan ayah saya. Waktu pulang bercuti, saya sering lihat ayah termenung sendiri. Pernah sekali waktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, ayah terpaksa berhenti banyak kali sebab nak kencing. Aku perasan ayah macam nak menangis dan mak tanya kenapa. Ayah cakap dia penat sebab asyik rasa nak terkencing. Aku tahu itu kesan ubat diuretic yang ayah makan.
Satu hari, aku pergi melawat ayah kawanku yang meninggal. Ayah cakap masa tu, "ayah tak tahu anak2 ayah ni nanti dapat mententeramkan kubur ayah ke tak nanti." Serius aku terkesan waktu tu.
Sejak ayah sakit, aku selaku pelajar perubatan cuba memahami situasi ayah. Dan di sebalik bengis dan garang ayah tu, kasih sayang dia untuk anak2 dia sangatlah tinggi cuma dia tak pandai meluahkan.
Sejak ayah sakit, banyak benda yang ayah buat dulu membuka mata aku tentang kasih sayang ayah. Ayahlah yang tanpa segan silu menitis air mata menemani aku sampai ke atas pentas untuk mengambil keputusan SPM padahal aku hanya sibuk memeluk dan berterima kasih pada mak sahaja. Ayahlah yang tanpa ragu menyokong keputusan aku untuk belajar ke luar negara walaupun mak tak berapa menyokong. Ayahlah yang selalu menghantar mesej2 semangat bila musim exam walaupun aku hanya mengadu cuak pada mak.
Sejak aku jauh dari ayah, sejak ayah sakit, aku menyesali setiap tingkah laku aku yang dingin padanya. Yang paling menyedihkan aku, bila mana abang dan adikku semakin renggang dengan ayahku kerana sikap ayahku yang terlalu berdiam diri.
Buat anak2 yang belajar dekat dengan ibu bapa, ketahuilah bahawa itu peluang yang sangat berharga. Ketahuilah bahawa aku sendiri sentiasa pilu memikirkan ayahku berjuang sendiri dengan penyakitnya kerana dia cuba untuk nampak kuat di hadapan mak dan adik beradikku yang lain.
Tapi ayah tak dapat tipu akak sebab akak pelajar perubatan yang belajar progress sakit ayah tu nanti bagaimana. Berhentilah berpura-pura!.
– Anak yang menyesal