B I R T H D A Y

First of all, dear admin, tolonglah approve post ni.

K. Aku ni bukannnya student iium pun, cuma nak kongsi apa yang aku rasa mengenai BIRTHDAY. Tak silap aku, sejak 5 tahun sebelum ni, aku mula rasa kenapa kita nak sambut birthday? Honestly, in my very honest opinion, aku terfikir, kenapa semua orang bila nak birthday je, mesti excited gila. nak hadiah la, nak macam2 la konon. Kengkonon tulah hari special kau kan.

Tapi aku cukup tak suka orang celebrate birthday. Sebabnya pada pendapat aku la kan, kenapa kita nak mengalami kegembiraan malahan sanggup berparty berlebih-lebihan untuk umur yang makin pendek?

Yelaa.. pada aku apa yang bestnya kalau dah birthday kita tu, umur makin pendek. Bila umur makin pendek, kematian pun bakal menghampiri kita kan? Kenapa kau suka nak dekat dengan kematian? Sedangkan Nabi pun kata yang manusia paling bijak di dunia itu ialah manusia yang sering mengingati kematian.

Lagipun aku memang tak suka bila birthday, aku dah makin tua. Padahal kalau boleh aku nak stay young forever macam nak stop kan masa yang aku tengah sweet seventeen. Aku tak suka sebab makin aku tua, makin banyak cabaran yang akan aku lalui.

Aku rindu zaman budak2 aku di mana kita masih kecil tak perlu nak fikir soal masalah. Yang kita tahu hanyalah main, makan, dan tidur. Apatah lagi hidup di zaman pemerintahan Najib ni. Haizz… i miss my childhood memories.

And ya, aku tak kisah kalau orang nak wish aku time birthday aku. It is fine for me. As long as kau tak baling tepung dengan telur kat aku. Tepung dengan telur tu baik kau buat lempeng ke, cekodok ke, sedaplah sikit lagi2 di zaman pemerintahan Najib ni yang harga barangnya masha Allah, melampau betul!

And bila orang tanya aku apa yang aku nak time birthday, aku cuma nak minta doa semua agar aku berjaya di dunia dan dia akhirat. Tu je. Tu sahaja yang aku minta. Tu pun dah kira bernilai gila.

Why not bila tibanya birthday kita, kita cuma ucap Alhamdulillah umur masih panjang. Badan masih sihat. Ataupun bersedekah buat kenduri doa selamat/ kesyukuran. Ni tak, aku tengok lagi2 high society tu buat party la apa la pergaulan bebas pulak tu.

Ni bukan apa, aku saja je nak kongsi pendapat aku mengenai birthday. Dan sejujurnya aku tak pernah cemburu pun kat orang yang tiap2 tahun buat birthday party. Sikit pun tak. Cuma secara logik aku terfikir, kenapa kau nak sambut suka2 bahawa kau dah makin dekat dengan kematian? Kenapa?

Dan dalam Islam aku tak tahu pun hukum sambut birthday ni.
Dan aku nak tahu adakah aku seorang yang pernah terfikir begini ataupun am i weird?

#justmytwocents
#jangankecamsaya

– hey kau ceba jejer padaku~

CREATE A POST

One comment

  1. Aku suka je celebrate birthday even tau we are getting one year older. Tapiiii aku ni pelik sikit, aku cuma suka celebrate birthday aku dgn clan2 yg aku prefer je. Bukan semua orang boleh celebrate birthday aku. & Aku pun x suka ntah sapa2 je munyibuk tanya bila birthday aku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *