aku seorg pelajar, dlm pada masa yang sama aku buat pertime.. partime aku ni bukan smpai boleh aku buat smpai kaya, tp ckuplah menampung serba serbi hdup aku kat uni.. nak djadikan citer aku mula buat partime ni masa 2nd sem lg..means masih baru lagi sebab aku bangkit drpd ditipu oleh sindiket MLM yang mencari mangsa dlm klgn student nerd mcm aku(dlu la).. sumpah aku xhalal bro yang perangkap aku ngn kawan aku join menda tu. ok 800RM bunyi mcm secuit habuk je utk org kaya raya, tp mcm aku duit tu boleh dguna dan disimpan utk semaksima y mungkin..
trus g citer pasal part time aku ni td, ya pasal bos.. aku bukan nk berkira pasal gaji, tp kau org yang dah agak senang ko kne fikir apa sumbangan y pekerja ko buat utk majukan company ko… bukan xpernah suarakan benda ni tp smpai dah berbuih.. yaaa sepatutnya solutionnya aku kne berenti je, no the best reason is satu2 nya aku nk tolong company melayu.. ni sekali lagi aku nk ingatkan BOS yang berbangsa MELAYU kat luar sana… bila ko gajikan budak2 uni ni ko kne faham yang budak tu mmg sgt amat perlukan duit dan jgn kau pergunakan tenaga die semata2 ko ckp ko byr die.. sedar sikit y kita ni manusia serupa shj, cuma bezanya ko BOS yang dberikan AMANAH yang sgt berat utk ko laksanakn.. ingat tu..
pasal bos ni jugak la yang sangat panas baran dlunya.. aku antara staf pompuan paling kental kne maki selepas sorg kakak ni. aku jenis xde perasaan sebenarnye org nk marah ke mengamuk ke histeria ke depan aku..tp tu marah ko, tggu utk tgk marah aku mmg aku boikot terus.. please lah BOS, ko ni buta ke apa nk tgk y staf ko tu dah keje separuh mati bangunkan company ko, itu balasannya? tolonglah jdi manusia..
belum lagi jenis pilih bulu dgn staf lawo.. naah macam nk maki je balik kat staf2 tu..aku y keje mcm nk giler, boleh plak kau yang tempek bedak 48jam yang dpt pujian.. tolonglah jgn gunakan kecantikan anda ye wahai perempuan2 luar sana.. korg kne ingat jugak korg punya kecantikan tu bukan saja2 Tuhan tu nk cipta melainkan akan dpertanggungjawabkan kat akhirat nnti..
utk BOS berbangsa MELAYU di luar sana, ni aku mewakili staf partime dr kalangan student nak ingatkan, jgn sesekali aniaya org macam kami.. sesungguhnya bila titik peluh ki yang kami korbankan, klu ada sedikit rse xredho maka hati2 lah wahai BOS MELAYU sekalian…
sebab apa aku tekankan BOS MELAYU adalah kerana aku tahu bos melayu ni nak tak nak depa ni besenya Islam, bila Islam dah tentu akhlaknya baik.. mudah BOS2 MELAYU luar sana dpt follow akhlaq Islam yang dibawa oleh Nabi kita, Muhammad Rasullah..
~yang sayangkan bos melayu~
– anon