B.U.L.I

Salam..aku merupakan mangsa buli sedari kecil. Masa kecil, aku sering dilabel gemuk dan diketawakan oleh keluarga, lebih tepat keluarga aku dan keluarga sebelah mak. Walaupun aku masih kecil, tapi aku dah pandai rasa malu Dan kecil hati. Tapi aku sentiasa diam Dan tak pernah menjawab.

Kat sekolah, aku sering dimarah sorang cikgu Bahasa Inggeris. Aku tak faham kenapa aku seolah2 dijadikan sasaran, student lain tak kena sangat, kalau kena pun budak lelaki sebab nakal. Tapi aku yang kerap kena dlm budak perempuan. Paling aku ingat, dia suruh aku kutip buku kawan2, aku dengan senang hati tolong kutipkan. Tengah kutip buku kawan ke-2, cikgu tu datang dan, BAMM!!! Dia ketuk kepala aku dengan buku tebal. Dia rampas buku aku and dia yg kutip buku2 tu. Aku malu gila kot, terus aku balik ke meja aku sambil nangis.

Masa darjah 4, tragedi berulang kembali. Cikgu praktikal aku hari2 marah aku. Dia ajar maths, dan aku sangat lemah maths. Dia selalu panggil aku bodoh. Paling sedih, dia cakap aku tak layak duduk dalam kelas tu. Aku patut duduk kelas sebelah (kelas ke-2). Masa tu aku nak sangat pergi bilik guru besar minta tukar kelas. Tapi sama je, kelas sebelah pun dia ajar. Ada sorang budak kelas ni budak pandai, ada kawan aku bagitau, dia ejek aku bila cikgu tanya aku paham tak, dia akan kata "tak paham". Maksudnya dia sindir aku. Aku diam je sampai la satu hari tu aku dgr sendiri dia cakap ayat tu. Masa tu aku dah cakap dlm hati, diorang tak suka aku sebab aku bodoh. Oh ya, masa darjah 3, cikgu kelas aku akan tanya sifir so masing2 kena berdiri dan berebut jawab soalan. AKu kan lemah mths, so aku akan tunggu cikgu tanya sifir 2 baru aku rebut jawab. MAsa tu kawan yg ejek aku dgn 2-3 orang lain marah aku, diorang kata aku ngada2 taknak jawab soalan. Walhal budak2 lain pun ramai yg tunggu mcm aku juga, tapi aku yang kena attack.nak kata diorang best friend aku, diorang selalu marah and kutuk aku belakang2.

Masa darjah 4, aku pindah ke negeri lain. Cikgu kelas aku seorang wanita india. Dia tersangat la baik. Masa hari last aku kat situ, dia tanya "Amira(bukan nama sebenar) do you need to move?" Entah la mungkin aku syok sendiri, tapi aku tgk air muka cikgu tu lembut je, macam care pasal aku and intonasi dia tanya tu sangat la soft. Buat pertama kali, aku rasa ada orang yang suka aku dalam kelas. Aku mampu senyum je. Urm

Pindah sekolah baru, aku diuji lagi. Aku agak kasar, aku ada buat something kat member aku. Lepas tu aku dipulau. Haha. Tapi ada la yang kawan dgn aku, lain tu macam ambik peluang nak buli and kutuk aku depan2. Entah, mungkin aku diam dan tak lawan, so mmg syok la aku dikenakan kot. Tapi yang sudi kawan dgn aku tu kebanyakannya budak2 yang kurang havoc dlm kelas, sejak dari tu sampai sekarang, aku selesa berkawan dgn mereka yg sederhana, yg terpinggir dan yang dipulaukan. Sebab aku paham apa rasanya tak ada kawan. Hehe.

Masuk sekolah menengah, aku dipulau lagi. Pun tak tau punca, aku tanya apa salah aku, tapi feedback dia mcm kelakar la. Diorang tak tahu knp tapi diorang tetiba rasa tak suka aku. Masa kat u pun aku kena lagi, tak boleh cerita detail sangat nanti diorang cam aku sape. Tapi sedih la sebelum tu kita ok je, sebab mulut sorang habis yg lain buang aku. Paling ketara budak lelaki. Yang perempuan ok je. Ada sorang ni paling anti aku la kot, sbb dia pernah sound aku dlm group ws. Nasib baik jgk la aku ada group assignment dgn budak yg aku baru rapat sem tu dan sem sem berikutnya. And yup, diorang pun terpinggir dlm kelas. Mula2 aku mcm sedih la, tapi lelama aku tak heran dan tak terkesan pun.

Kalau dalam family, aku dijadikan sasaran utk orang ejek bab gemuk. Serius aku sampai skrg rasa letih nak hadap semua ni. Yang buat aku sayu, ada yg suka panggil aku lembap. Itu family besar macam aku cakap kat atas td, belah mak. Dalam family sendiri pun ada juga aku kena. Ayah aku jenis cakap kasar. Baru ni dia tak cakap dgn aku, and then aku dgr mak aku macam salahkan aku sebab aku masuk campur masa ayah aku hamun mak aku. Ayah aku pelik sikit, salah dia tapi dia suka letak kat orang. Bila aku dgr mak cakap mcm tu, aku ambik keputusan utk taknak buka mulut. Sampai ke hari ni, aku banyak diam je, kalau ayah aku duk cakap kasar aku diam. Kalau taknak dgr, aku sumbat telinga dgn earphone macam aku buat sekarang. Walaupun lagu entah hape hape. Zzz.

Actually dgn family ni..aku masa kecil selalu dijadikan tempat ayah lepaskan amarah. Aku pernah cakap kat mak aku, ayah aku suka pukul aku teruk2, tapi adik aku tak pernah kena. Tapi sampai sekarang aku tengok ayah aku ok je dgn adik aku, kalau dgn aku ada je tak kena. Kadang aku nangis. Eh kadang apa, selalu je nangis.

Aku tak pernah mengadu hal aku kat sekolah kat parents. Most of my life, aku selesa jadi hipokrit. Aku suka buat orang gelak. Aim aku, aku nak tumpang gelak sama. Tapi tu la, aku tak ramai kawan pun. Sekarang ni, aku banyak dekatkan diri pada Allah. Silap aku masa aku bergelumang dgn masalah dulu, aku tak pernah sekali pun fikir nak baik dgn Allah, tapi aku pilih cara sendiri iaitu berdunia dgn bf aku je (sekarang ex). Nasib baik la bf aku tak pernah buat bukan2 kat aku. Huhu.

Disebabkan tu, aku sangat benci buli. Bila tv tunjuk kes bulu, automatik darah aku menyirap. Automatik aku bencikan budak yg sepak terajang kawan dia tu. Korang tau tak kesan buli tu buatkan aku jadi kurang keyakinan diri. Mungkin mangsa lain pun jadi hal yg sama. Mungkin ada yang kuat semangat mampu bangun dari pijakan orang. Huhu. Tapi aku nak cakap, jangan buli orang tak kira la mental or physical. Kesian wei orang tu pun nak hidup jugak. Bayangkan kalau satu hari nanti anak korang mengadu kat korang nangis2 sebab kena buli. Masa tu kau nak serang budak tu dalam hati rasa malu, sebab dulu kau pun buli orang.

Aku dok baca pasal psycho, depression kat sini. Aku takut aku jadi mcm ni. Kadang aku rasa nak jumpa kaunselor. Tapi aku dah habis belajar ,mana nak cari dah. Alhamdulillah aku sentiasa rapatkan diri aku denganNya. Aku tahu Dia ada. Selain tu, aku selalu berharap aku dapat suami yang tak sama perangai mcm ayah aku. Serius aku tak selesa dgn mulut ayah tu. Tapi aku tak buang dia, dia tetap ayah aku. Buruk2 pun dia yang bela aku.

Aku cerita kisah hidup aku ni tak semestinya skarang hidup aku dah bertambah baik. Ada je lagi ujin dunia yang perlu aku tempuh. Doakan aku sentiasa istiqamah rapatkan diri padaNya, dan supaya aku kuat utk tempuh hidup ni. Terima kasih baca coretan aku. Btw aku bukan budak UIA.

– Amira

CREATE A POST

One comment

  1. Ala chin up. Pedulikan mereka. I know i’ve been bulliied before sampai memory of primary and high school suma yg tak best je.. And yes mmg krysmkinan diri mcm kurang kan.. Nak
    Plak oita pemalu and pendiam.. Was.. Takpe lama2 we live our own life. Chin up k..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *