Salam semua, Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nikmat bernafas dan kesihatan, sebab tu masih mampu untuk isi masa baca confession ni kan? Hihi..aku terpanggil nak share sesuatu lepas baca kisah sis yang belajar kat negara minority muslim beberapa hari lepas. Sebabnya, aku pun belajar kat negara macam tu juga dan aku pun tak kawen lagi untuk share kisah rumah tangga atap genting bagai.
Suatu hari, aku dah janji dengan kawan sorang ni untuk balik rumah sama2 lepas habis menelaah kat kampus. Sebab hari dah lewat petang, lebih selamat jalan bersama untuk perempuan macam kami. Aku tunggu dia, tapi tak datang2. Aku haus sangat dan keluarkan botol air nak minum. Aku dah biasa, kalau minum/makan walaupun sedikit, mesti kena duduk. Tapi masa tu tak ada tempat duduk proper yang terdekat. Nak pergi jauh takut nnt kawan yg ditunggu tiba2 muncul, aku pulak tak ada kat situ. Tempat duduk paling dekat adalah dalam gereja besar yang ada kat tengah2 kampus, tempat kami berjanji nak jumpa.
Akhirnya, aku decide untuk masuk kejap dalam gereja tu dengan niat nak tumpang duduk minum je. Aku langkah perlahan je masuk ikut pintu belakang. Nervous, tak tau kenapa, maybe sebab first time nak masuk rumah ibadat lain selain masjid! Masuk2, gereja kosong, sunyi sepi, maybe sbb mmg dah lewat petang pon. Aku pun duduk di kerusi paling dekat dengan pintu dan teguk air menghilangkan dahaga. Lepas tu, aku decide untuk tunggu jelah kat dalam tu sampai kawan aku text cakap dah setel kerja dia. Penat jugak berdiri je kat luar lama2. Sambil tunggu, aku keluarkan phone untuk baca mathurat( himpunan zikir pagi dan petang oleh imam Hassan al banna). Selalunya, aku akan baca dengan housemate lepas solat asar sama2. Tapi, kalau jadual masing2 berbeza, aku akan usaha baca sendirian bila2 ada masa terluang, walaupun kadang2 tu sambil jalan kaki balik rumah. Rasa tenang sangat masa tu, persis duduk dalam masjid. Setelah penat seharian belajar, nikmat sangat dapat duduk sejenak dalam suasana sunyi sambil mengingat Allah:’)
Tiba2, aku terdengar tapak kaki melangkah kedalam gereja. Aku cuak. Muncul seorang lelaki, rambutnya memutih di kepala. Oleh kerana aku duduk betul2 depan pintu, dia terus nampak aku, tersenyum lebar, matanya bersinar-sinar. Kami berbalas senyuman. Dia terus meluru kearah aku perlahan-lahan sambil tersenyum. Dia menghulurkan tangan untuk berjabat sambil tersenyum lagi( dah menjadi kebiasaan kalau yang hulurkan tangan ni atuk2, aku akan sambut je sebagai tanda hormat). Saat kami berjabat tangan dan berbalas senyuman, dia menyapa “Congratulations!”, berlalu pergi ke kerusi lain, terus duduk berdoa. Khusyuk. Suasana gereja jadi sunyi kembali. Aku confuse!!??
Tapi, dari senyuman dia, aku faham. Dia mengucapkan tahniah sebab gembira melihat seorang gadis berhijab duduk dibelakang gereja sambil berdoa. Seolah-olah baru mendapat hidayah dan petunjuk, haha. Aku senyum lagi. Aku faham sangat perasaan teruja pakcik tu. Aku pernah rasa benda yang sama saat kawan aku yang beragama kristian mintak aku tolong dia untuk lebih faham islam. Setahun kemudian, dia call aku pada hari pertama Ramadhan, bagi tahu dia dah masuk islam. Tahun berikutnya, dia call pada satu Ramadhan lagi bagitahu, 2 orang adik perempuannya pun dah peluk islam. Lumrah manusia, kita akan rasa bahagia dan seolah-olah puas apabila kita betul2 percaya sesuatu, kemudian ada orang yang dulu tak percaya, mula percaya dan yakin dengan apa yang kita pegang tu…Maka aku faham kenapa atuk tu ucap tahniah dengan senyuman paling manis pada aku hari tu. Masuk gereja tak bererti aku bertuhankan Nabi Isa.
Dulu, masa kami mula-mula menetap di luar kampus dan sewa rumah sendiri, lagi banyak perkara aku belajar. Masa malam hari sambutan Halloween, kami satu rumah macam biasa, dalam bilik masing2, ulang kaji untuk kelas hari berikutnya. Tiba2, ada orang ketuk pintu. Aku yang bukak. Ada dua orang kanak2 comel sekitar usia 3-4 tahun, senyum, mata berkaca pandang aku. Dua-dua pakai kostum sempena Halloween. Dalam kegelapan malam, aku nampak kelibat ayah dia di hujung pagar, temankan anak2 berjalan mengutip gula-gula. Aku panic, sebab aku mana ada gula-gula langsung. Aku panggil housemate lain tanya kalau2 ada gula2 atau any makanan ringan yang dapat diberi kepada adik2 comel tu. Semua orang panic sebab kami tak ada langsung bekalan makanan mcm tu. Nasi berlauk dinner tadi adalah! Akhirnya, aku pergi ke muka pintu dan cakap “Sorry…we don’t celebrate Halloween”.
Depan mata aku, kanak2 tu menangis dan terus berlari kearah ayah mereka dihujung pagar. Aku tergamam. Dapat bayangkan tak perasaan aku masa tu? Jahatnya aku!!! Aku rasa berdosa sangat sebab dah buat kanak2 yang tidak berdosa ni menangis:’(….Kalau siapa pernah menonton video prank mak ayah yang makan gula2 hasil kutipan Halloween anak2 mereka sampai habis, mesti faham nilai gula2 tu kepada anak2 kecil ni. Alah..macam duit raya lah untuk kita. Sejak tu, setiap kali Halloween, kami akan prepare gula2 suitable for vegetarians(Baca:halal) untuk kanak2 yang datang. Kalau rajin, bukak pintu pakai telekung…tak payah membazir beli kostum untuk nampak macam pocong..haha. Bagi gula2 masa Halloween tak bermakna aku mensyirikkan Allah SAW.
Sejak menetap ni negara ni, aku mula faham konsep toleransi dalam agama. Liberal? Aku juga mula faham kenapa ada certain people mcm Dr/Ustaz Maslee, DSAI dan ramai lagi yang sering dilabel sebagai ‘liberal’. Fikrah sebegini bukan lahir dari bacaan buku/novel/teori semata-mata. Sebaliknya, apabila kau kena hidup dalam suasana masyarakat non-muslim macam tu, perlahan-lahan, kau akan belajar untuk adapt dan involve dengan society tanpa menggugat kepercayaan dan keyakinan kepada Allah SAW. Rasulullah SAW tak pernah mengajar kita untuk rasa exclusive dan bertapa dalam masjid 24 jam. Islam itu cara hidup, menjaga hubungan dengan Allah dan juga manusia. Hablu mina Allah wa Hablu minan nas.
Moga kisah ni sedikit sebanyak dapat membuka mata kita untuk lebih mendalami konsep ‘liberty’ in islam. Jangan mudah melabel dan menghukum orang lain tanpa pernah tahu masa silam dan pengalaman mereka. Aku jadi saksi kebenaran kata-kata Muhammad Abduh sekembali daripada melawat Eropah: “Aku pergi ke Barat dan melihat Islam, tetapi tidak berjumpa Muslim; aku pulang ke Timur berjumpa ramai Muslim, tetapi tidak melihat Islam.” Memang banyak cabaran tinggal di negara asing macam ni, terutama selepas semakin banyak kes2 pengeboman yang melibatkan ISIS sebagainya. Kalau mereka non-muslim, rasa terancam dengan terrorist, muslim yang menetap di negara2 ni terancam bukan saja dengan terrorist, bahkan dengan serangan islamophobia. Marilah terus belajar dan faham agama ini, supaya kita dapat terus menyebarkan kasih-sayang, bukan fitnah kepada Islam!
-masih muslim