Back to Mahallah – 9:00 PM

Back to Mahallah

Harap admin approve la. Penat type oi.haha

InsyaAllah, x lama lagi nak naik sem kan. Nak duduk mahallah terchenta balik. So, sy nak selitkan sedikit sebanyak tips hidup bermasyarakat dalam mahallah. Sebelum tu, nak tekankan, sy mahallah ameenah. Jadi, mungkin ada tips yg x sesuai dengan mahallah lain. Buang yg keruh, ambil yg jernih.

1. Berbaik-baik dengan ahli-ahli bilik. Eratkan silaturrahim. At least tahu nama, kos ape, dan number telefon (sgt penting). Kalau jadi ape2, senang, tertinggal kunci ke ape ke. Kalau rasa diri tu introvert, xreti nak bergaul, believe me, just senyum,tanya nama n kos ape. akhir perbualan mintak number telefon. lepas tu kompem smooth je. Xyah nk mesra sgt pun xpe, asalkan jgn langsung x bertegur sapa.

2. Tutup lampu bilik kalau roomate tidur(malam). Hormati hak mereka untuk tidur (salah satu ibadah). kalau masih nak study, boleh guna lampu meja.

3. Kalau nak layan lagu/movie, guna earphone. Kalau xde, cukup sekadar dengar pada telinga kite je. Jangan ingat semua orang suka dengar lagu macam kita. Again, hormati orang. Latih diri hormat orang bukan sbb nak orang hormat kite balik. Tapi nk kite jadi orang terhormat.

4. Jangan terlalu selamba guna barang roomate. Kalaupun anda dan dia dah terlalu rapat, tetap letakkan prinsip diri untuk hormat hak orang lain. Kenapa dengan orang x dikenali kite boleh hormat hak die, tapi dengan kawan baik sendiri x boleh? Minta izin setiap kali pakai barang die, unless, die sendiri bagitau, "kau pakai je, xpayah mintak ". Nak lanyak katil die pun, tengok2 dlu, kalau kemas sangat, jangan. Paling penting jangan suke2 hati ambil makanan die. Kadang, walaupun itulah kawan paling rapat, mungkin die x cerita kesusahan keluarga. Mungkin x cerita x de duit. Kalau kite bantai je ambil megi die, putus nyawa la die.

5. Rendam baju, basuh, sidai, angkat, segera. Jangan rendam lama2, guna sinki tu sekadarnya. Jangan buat mcm harta sendiri. Sidai pun jangan sampai buat ampaian tu macam almari. Kalau kering, angkat. Kawan2 pun nak sidai baju juga. Kalau tengok baju kawan lama x berangkat, tolong angkatkan. Mungkin die sibuk, keluar pagi, balik malam. X teringat baju di ampaian. Kalau jenis x sibuk, duduk bilik 24 jam, tp baju 4-5 hari kat ampaian jugak, tolong je angkatkan. Moga jadi teguran halus untuk dia. X perlu confess sini.

6. Kejut roomate bangun subuh. Kalau die tidur, x solat subuh, sedangkan kite solat dan tahu die belum solat, agak2 dapat dosa ke pahala?

7. Kalau bawak balik makanan ke bilik, offer pada roomate. Adab ni Islam dah ajar. Kalau rasa2 x cukup, xnak kongsi, jangan bagi roomate bau/nampak. Jangan takut makanan habis kalau kongsi. Allah dah janji, sedekah 1, ganjaran 10 kali ganda. Setakat habis 1 ferrero rocher, ape la sgt. Adab ni kalau Islam ajar, mendalam hikmahnya . Kawan sebilik org kaya, beli mknn mahal2. Balik bilik, sambil sembang dengan roomate, cakap dengan mulut penuh dok kunyah2, tapi xnak offer sikit pada roomate. Kau kene tau, die mungkin terliur, xpernah makan mkanan2 mcm tu. Tengah lapar pulak tu. Duit xde. Tiba2 ade org xde hati perut dok depan kau mcm tu. Agak2 kau rasa ape? Pesan aku, jangan takut untuk berkongsi. Manusia yg miskin adalah manusia yg takut terkurang hartanya dengan sebab pemberian.

8. Peka dengan keadaan roomate. Kalau nampak agak2 demam, tanya die, dah makan ke belum, kalau belum, tolong belikan makanan. Cube bayangkan diri sendiri demam, bilik tingkat 5 blok jauh dari cafe. Nak mandi pun x larat, ape lg nk g capai tudung, jubah, stokin, nak turun kafe beli makanan sendiri. Jadi, roomate bertanggungjawab untuk bantu memenuhi keperluan roomate yg sakit. Kalau x sakit pun, peka, die dah makan ke belum? kenapa asyik makan megi je seminggu ni? alang2 nak turun ke kafe, ape salahnye tanya, "aku nk turun cafe kejap. nak pesan pape x?"

9. Jaga kebersihan dan kekemasan. X semua org kemas, tp bersih tu wajib. WAJIB!. Jgn buat org x selesa duduk dengan kita. Kalau jenis malas kemas pun xpe, tapi janganlah sepah sgt. Agak2 la.

10. All in all, letakkan Islam dalam diri anda. InsyaAllah, semua di atas x perlu nak fikir dah. Akan buat secara spontan sbb sentiasa fikir nak pahala lebih, xnak susahkan orang, nak senangkan orang, agar Allah sayang.

Sekian

– Kenanga

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *