BADAI LIKU KEHIDUPAN – 2

Assalamualaikum.

Ok sambung sikit citer semalam.

Since benda ni dah jadi kan , aku slowly blajar independent. aku cuba sedaya upaya kuatkan diri aku agar aku tak nampak lemah di mata sesiapa. Even duit memang menjadi satu masalah yang besar seperti yang aku dah citer tu , tapi aku still strong. Aku cakap kat diri aku , Allah Maha Kaya. Akan ada rezeki untuk aku yang Dia selitkan di mana2. Alhamdulillah rezeki itu ada walaupun tak seberapa , n aku bersyukur sangat. Meskipun hati aku ni ibarat di ‘bom’ berkecai habis , aku kutip sedikit demi sedikit cebisan itu untuk aku jadikan sebagai kekuatan aku.

Ok now, aku nak citer kenapa aku tak story pada kawan2 sekelas masalah aku ni.

Start aku masuk form6 awal2 dulu aku still ok lagi. but lama2 aku dah nampak dah perangai sorang2. Aku bukan asal skolah tmpat aku study sekarang ni. Sebab skolah aku dulu hanya ada aliran sains, so aku kena pergi skolah ni untuk ambil aliran kemanusiaan. Jadi kebanyakkannya bukan kawan2 aku , senang citer aku baru kenal la mereka semua ni. Aku ni jenis bukan perangai gila2, bukan jenis sound2 orang , bukan jugak jenis ambil tahu hal orang. Aku suka buat hal sendiri. Kalau aku dengar citer buruk pasal orang lain pun aku tak jaja sana sini (tapi ni bukan aku nak jaja citer ok,aku nk luah perasaan ni) aku diam dan buat hal aku. Lama2 aku sedar yg ada classmates aku ni jenis yang busy body, memcarut sesuka hati , sound orang, memgumpat mmg tak payah ckap laa berbakul2, sifat dengki dan iri hati pun ada , sebab tak boleh tengok orang senang kan. Semua nak lebihnya dorang je.

So , one day dorang duk gegang dlm group kelas. main sindir2 bagai. Aku ni kalau orang tak ketuk hal aku, memang aku tak bunyi laa kan sebab aku tak ketuk hal orang. Aku tak kisah klau stakat skali dua nak keneng kan aku dgn mamat ni , tpi bila dh bnyak kali aku angin jgak laa. Pasalnya aku ni bkan cantik pun, aku rasa mcm dihina laa duk perli2 aku. Last2 aku sound sorang2 , eah2 lupa dia ada member yg backup n mamat tu pun sekepala dgn dia. So berperang lahh. Bila dh buat salah tak nak mengaku plak kan. So, aku masih sabar diam kan diri. Lepas tu , minta maaf. Ok done. But! Fuhh panas wehh , main sindir2 halus pulak. Aku bercakap sikit perli2 aku. Aku buat semua benda tak kena. Itu tak kena ini tak kena , n aku diam biar dorang buat.

Betul aku pun kadang2 ada salahnya jugak, tapi apa salahnya tegur elok2. Kadang2 aku silap ckap tegurnya tu macam aku buat dosa besar. But bila aku tegur elok2 bnda yg dorang buat tu salah atau tak betul , terus tarik muka. Muncung memanjang. Hahaha , tahu pulak terasa hati. and then aku tak tegur n tak peduli dah apa dorang buat. Lantak lahh asalkan jgn babitkan aku.

Ada aku citer pasal aku ketandusan duit tu kan sampai 2 minggu tak pergi sekolah. Masa tu aku relax je kat rumah sebab tak tau apa2 yg jadi kat skolah tu. Lepas tu tiba2 ada laa yg rapat dgn aku ckap nk datang rumah nk jenguk aku. ingatkn biasa la kan. Tup2 datang bawak khabar “gembira”. Apa dia??? Hmmm disini lahh aku dah start tunjuk belang aku. Kawan aku tu datang sebab dorang dh tak tahan dgn musuh aku tu yang asyik buat citer psal aku spnjang aku tak pergi sekolah. Mereka ckap si mulut2 puaka tu canang psal keburukan aku kat guru2 yg mengajar class aku. Gila!! Aku baru kenal kut dorang tu , bknnya kawan dari kecik lagi tapi buat story macam dah kenal 10 tahun. Tak pernah aku jumpa manusia sekeji ni. Dah laa tu setiap guru lain2 citer nya. Tapi dorang lupa yg cikgu2 tu ada akal kut nk trima n prcaya citer dorang bulat2. No way laa kan. Yang buat aku hanginnye psal aku prnah couple 5 thun dulu dorang bukak citer kat cikgu aku. Hahahaha!!!! Time ni aku rasa bodoh dorang tahap dewa. Citer couple aku tu 5 thun dh lepas kut, bodoh apa pergi citer kat cikgu. lepas aku pergi sekolah tu , aku tengok dorang macam takut2 je cikgu masuk kelas nak mengajar , yelahh mana tau cikgu tanye aku apa yg dorang citer tu betul ke tak kan. Masa tu padan muka! Gatal sangat mulut tu nak sibuk hal orang. Diri sendiri tak sedar dh macam bangkai berulat buat dosa fitnah n mengumpat orang.

After that, aku berhati2 dlm setiap prkara yg brkaitan dengan hidup aku. Aku pergi jumpa sorang2 cikgu aku untuk aku betulkan balik apa yg dorang citer. nasib baik cikgu memahami. Dorang tanye aku buat tak tau. Sometimes aku bagi jugak sebijik dua kata pedas kat dorang. Biar padan muka. Sebelum ni aku diam je jgn ingat aku ni tunggul kayu!

So now , aku memang kurang sgt2 dengan mulut2 puaka tu. Bahkan aku nak bercakap dengam dorang pun aku fikir 1000 kali. Aku bukan senang nak marah n benci kat orang , tapi bila orang layan aku macam aku ni tak guna, aku rasa macam diri aku ni nothing. That why aku boleh katakan kalau aku citer masalah aku kat dorang pun dorang takkan faham sebab tak prnah ada kat tempat aku tu satu hal lahh. Sebab lainnya jenis yang jaja citer n bukak aib orang.

Jadi, secara peribadi akulah kan , jgn citer kat orang sikit pun apa2 msalah korang. Cari orang yg betul2 korang percaya n boleh hulur tgan dan bagi bahu untuk kita meluah perasaan. Kalau student tu cari la kaunselor , sebab tu tanggungjawab dia untuk bimbing dan bagi semangat pada kita. Teruk mana pun problem , jgn cari orang yg salah , jgn bukak citer sesuka hati. Biar kita pendam jadi darah daging asal aib kita trjaga. Yang penting Allah adalah pendengar yang setia , luahkan pada Dia , in sha Allah akan lebih terasa tenang. Setakat itu sahaja. Thankz a lot for admin sebab sudi approved my confess ni. Sedikit lega dpt kongsi dgn yg memahami. Terima kasih juga kpd yg beri kata2 semangat dekat comment tu , sy hargai. Assalamualaikum.

WANITA SUFI