Bagaimana nak Yakinkan Diri Waktu Berdoa?

Assalamualaikum. Saya post di sini, dengan harapan boleh dapat sebarang bantuan dan pencerahan.

Saya kuat berdoa. Terlalu kuat dalam segala hal kecil hingga hal besar aku berdoa. Alhamdulillah aku bersyukur kerana Allah beri nikmat untuk aku mampu berdoa.

Tapi sejak kebelakangan ini, aku ada berdoa tentang satu perkara. Perkara apa, tidak perlu dicakap. Cukuplah ia perkara yang baik dan aku amat hajatkan dengan asbab yang baik.

Cuma sejak kebelakangan ini bila aku buat doa itu.Aku tak rasa tenang. Bukan tak tenang sebab apa, tapi lebih kepada tak tenang sebab rasa tak yakin. Ragu-ragu. Kadang-kadang muncul dalam kepala ini fikiran-fikiran negatif dan situasi yang buruk buat aku rasa patah hati dan mula was-wad dan ragu sama ada Allah akan perkenalkan doa aku atau tidak. Aku tahu, aku patut yakin dengan doa aku. Tapi bila timbul benda-benda dan fikiran serta perasaan macam ni. Aku macam takut dan keliru,

Adakah ini memang angkara syaitan yang buat aku was-was dan berhenti doa, atau memang sebab aku kurang yakin pada Allah. Ini kali pertama aku rasa macam ni.

Aku mohon sesiapa boleh berikan nasihat dan pandangan. Berilah. Aku dah sampai tertekan dan nangis sebab doa, tapi perasaan ini selalu muncul2,

– Iman Lemah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit