Bagaimana Untuk Berdamai Dengan Taqdir?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua… Tumpang lalu untuk meluahkan sesuatu yang mengganggu lagi jiwa ini.

Saya anggap pembaca di sini matang dan terbuka dengan pelbagai luahan pembaca, kenapa saya selesa berkongsi di sini kerana saya mahukan komen yang bijaksana tidak sekadar beremosi..

Jika IIUM Confession ini merujuk kepada artikel ilmiah yang sarat ilmu membina saya mohon maaf kerana luahan saya ini seakan mirip KRT tapi sebenarnya kisah hidup.

Saya Lara (bukan nama sebenar), wanita yang sering merasa malang dan diselubungi aura negatif… Maaf Saka kau tak bersalah, pergilah jauh dari diri ini… jauh dari keturunanku… Saka ni sebenarnya sejenis jin.

Macam biasa nak kongsi kisah sedih… Tadi mengajar anak sulung mengaji, liat sangat… Dengan tak fokus pandang… Tak nak tunjuk… Kejap baring kejap tergolek… Puaslah nak suruh baca betul-betul… Darjah satu iqra satu. Dan saya pun naik hantu.

Saya tengking dia, saya mula buat perbandingan… A tu baru 5 tahun dah masuk Quran… sehari baca lima muka surat. Abang ni dah besar nak baca satu muka pun susah…

B tu selalu dapat macam-macam hadiah sebab rajin belajar. Kita kalau nak dapat hadiah kenalah pandai. Kalau pandai semua orang suka, kalau bodoh tak ada orang suka orang benci kita.

Satu ayat yang saya rasa makan dalam… saya kata dengan kuat dekat anak pertama ni…

“Tahu tak kenapa mama tak mahu pergi rumah tok ayah, sebab mama malu anak mama tak dengar kata, anak mama malas, anak mama tak pandai. Mama tak sanggup dengar mereka kata mama tak pandai jaga anak. Tak ajar anak.”

Dia diam je. Buat tak tahu. Tapi saya tahu ayat tu dah masuk dalam ingatannya. Kasihan dia, dulu diawal bercerai ayahnya ada bawa dia seorang balik kampung.

Mama bagi alasan banyak kerja (yang tak pernah selesai, kerja rumah), sehingga dia faham yang sebenarnya mama dah berpisah dengan ayah.

Saya tahu anak-anak rindu ayahnya. Pernah satu hari tu tiba-tiba anak-anak ni menjerit ayah! seakan mereka nampak ayahnya datang… Rupanya orang lain… Bagi siapa yang nak bercerai tapi ada anak… Jika boleh sabar saya cadangkan sabar.

Nampak macam toksid positif. Biarlah. Janji tak mudarat. Tepi rumah mak ayah saya ni ada rumah jiran. Dia menyewa. Isterinya bekerja barisan hadapan kerajaan, suami jaga anak tujuh orang. Suaminya kata orang penagih, tapi baik jaga anak. Jarang dengar anaknya menangis.

Kalau saya. Anak tak dapat sesuatu atau bergaduh sesama mereka. Boleh menangis kuat macam kena dera. Pernah kata pada anak…

“Orang dengar anak mama ni nangis dia ingat mama pukul. Dia telefon polis nanti. Polis datang tangkap mama masuk penjara. Nak mama masuk penjara. Siapa nak buat susu kamu?” huhu.

Bukanlah sepanjang masa mereka buat perangai. Ada masa baik. Ada kepandaian tersendiri yang kadangkala saya rasa bukan sebab saya ajar. Saya kata Allah bagi pandai.

Cuma tulah, saya selalu nasihatkan anak dengan kata-kata perbandingan… Saya ni jenis yang kuat cemburu. Contoh jika saya tengok kejayaan atau kemewahan orang dalam media sosial saya rasa sesak dada… saya boleh murung. Saya rasa sedih tertekan sebab saya tak mampu.

Jadi, anda yang suka berkongsi kehebatan dan kebahagiaan keluarga yang tampak sempurna kena ambil tahu ada manusia seperti saya yang sakit dada cemburu.

Anda mungkin rasa tak salah tapi tahukah anda orang yang tak mampu beli atau makan atau buat benda tu akan terasa. Mesti anda tak rasa bersalahkan, tak rasa riak pun…

Sewaktu dalam perkahwinan, saya dimasukkan ke dalam grup keluarga bekas suami. Mereka akan kongsi menu makanan. Yang sangat sedap, hidangan terbaik… saya takkan nak kongsi anak makan mee segera atau nasi telur kicap. Lama-lama saya stress tengok benda-benda tu.

Lagi stress bila mereka berkumpul makan keluar… Pergi percutian keluarga tanpa ajak kami. Beli hadiah macam-macam pada anak saudara tapi tak ada untuk anak kami… Jadi saya keluar grup whatsapp tu. Ada mereka kisah..

Jadi, kalian pasti dapat nilaikan saya ni pemalas tahap zzzzz… Bila malas banyak benda tak pandai. Termasuk tak pandai bersosial. Bila malas miskin. Ada yang cadangkan saya berniaga makanan… Tapi saya malas masak… Malas kemas.

Itulah, saya akan marah anak malas tapi mamanya pun malas. Sebab tu anak tak dengar kata… Adakah ini taqdir… Bukan tak doa… Niat berubah baik… Tapi macam tulah…

Bulan lepas ada terima bantuan BPN RM500. Saya tak fikir panjang masuk korban online, dengan niat moga berkat hidup dan bertambah rezeki…

Apa yang mengganggu jiwa saya untuk saya cuba berdamai dengan taqdir adalah… Wajarkah saya tak ambil tahu hal keluarga bekas suami hatta hal bekas suami tu… Umpama kalau sakit atau kematian saya tak ziarah…

Saya harapkan mereka redha dan maafkan saya. Saya juga maafkan mereka… Tapi tak mahu bersemuka atau bermesej… Mahu lari jauh padam semua memori.

Mungkin ada yang rasa kasihan… Saya takut berjumpa mereka yang pernah ada pertalian, saya mudah takut sebab terlalu negatif…

Sebenarnya ada kasih sayang tu… Jika tidak masakan saya sering mendoakan mereka dan mahu melihat bekas suami bertemu jodoh dengan yang lebih baik… (Gila tak sedih rindu, adakah perasaan ini bodoh)

Bagi mereka di luar sana yang mendapat pasangan terbaik… Rajin… Bekerjaya bagus… Cemerlang serba serbi… Tahniah… Tahniah… Alhamdulillah.

Terima kasih admin memberi laluan kepada kisah kali ini untuk diambil ikhtibar jika ada. Ok bye.

– Sis Lara Love (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *