Assalamualaikum semua readers..Tq pada admin yg approve post aku…cerita aku berkisar tentang bagaimana penerimaan keluarga si dia terhadap aku menjadikan aku selemah lemah manusia…Aku dan si dia sudah berkwn selama tiga tahun…pada tahun pertama perkenalan…penerimaan keluarganya terhadap diriku adalah baik…namun akibat dia gagal mendapatkan tempat sebagai pelajar perubatan kerana tidak cukup pointer, ibu bapanya telah menyalahkan ku kerana telah mengganggu pelajarannya…Ye aku akui aku seorang yang panas baran, mengongkong, yang sering tidak puas hati dengan apa sje yg dia lakukan..Sedangkan dia sngt lah bersabar dengan ku yang mana dia tidak pernah meninggikan suara terhadap ku…masuk tahun kedua kami berkawan, dia mula hilang sabar dan aku akui baranku mmg semakin teruk…mungkin kerana aku tertekan dgn pembelajaran menjadikan aku melepaskan stress ku kepadanya…akhirnya dia pergi meninggalkan aku..tp alasan yg sebenar benarnya adalah kerana ibu bapanya pernah berkata bahawa dia tidak akan lulus pelajaran seandainya masih bersama ku…jadi kami putus selama tiga bulan dan kembali bersama selepas itu..sejak itu aku berubah yg sngt mendadak kerana aku tidak mahu lg kehilangannya…aku terlalu syg kn dia…aku kawal baran ku semampuku , aku biarkan dia bljr sekuat termampu dn tidak menghubunginya bg memastikan dia fokus, aku bantunya dlm pembelajaran…dan kami jadi sangat bahagia…tapi bahagia itu tidak lama…cuma empat bulan kami kembali bersama, dia akhirnya melepaskan ku sekali lagi kerana melihat kepada keputusan peperiksaannya, apa yg dikatkn ibunya dlu seakan menjadi nyata…dia mendapat keputusan tercorot di dalam kelas menjadikan dia sangat serabut memikirkan masa hdpn…memandangkan dia belajar dengan menggunakan duit sendiri sebanyak 30k per sem dlm bidang perubatan, dia menjadi lebih serba slh kerana tidak mahu wang yg diberi ayahnya untuk belajar menjadi sia2..akhirnya kini kami pun berpisah…aku masih begini..seperti mayat hidup, tidak mahu makan, tidak mahu belajar..aku seolah hilang separuh nyawaku..si dia yg selalu ada di saat aku perlu, si dia yg aku harap mampu menjadi suami ku kini hilang sekali lagi…dan aku thu aku tidak akn mendapatnya kembali kerana walaupun sudah ku nyatakan bahawa aku akan menunggunya walaupun selama 10 tahun , tapi dia berkeras untuk menyuruh ku mencari lain seolah aku tiada lagi peluang untuk menjadi isterinya…aku cuba untuk redha tpi aku tk kuat…aku mahu memikat hati ibu bapanya tapi aku tkut aku akan dihina kerana terlalu beria menginginkan anak lelaki mereka…andai saja aku tidak dgn baran ku dlu, mungkin ini tidak akn terjadi…aku tk kuat…aku terlalu sedih kerana aku sdah ditinggalkan dua kali dn keduanya disebabkan oleh ibu bapa…mohon bantuan readers untuk suntikkan kata semangat buat ku untuk redha atas semua ini…aku terlalu sedih skrg:'(
– pendosa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Life is a long, long way my dear. Be brave. Move on. People who give you mixed-feelings are not the right people in your life. Life is too short to be sad. Sedih tu boleh, tapi jangan sedih lama sangat.
Dktkn diri pd Allah. Insya allah dpt yg baik2 dlm hidup. Percayalah. Sy dh lalui fasa tu.
Your life isn’t all about him. Ko masih ade parents. Blaja dan berbakti pada ibubapa ko. Aku yakin ko pun ade cita2 dan nk kejar impian ko. Org dah tak sudi,tak perlu ko nak terhegeh2 lagi. Focus ahead.
Sibukkan diri dan move on
sabar sis..no matter what happen always dahulukn parent awak..be brave n strong..
belajar la hilangkan panas baran tu dulu.. solat jgn tgl.. sy rse ape yg pasangan awk rse..bila dapat org yg panas baran tu ..kita mudah memaafkan.. tp melupakan susah.. move on untuk life baru..kurangkan panas baran tu.. semua org blh berubah..
Aku x sangka ad org kisah mcm aku . aku da 2 kali putus sambung, putus and smbung . aku x tau laa after this mcm mane . enta2 putus balik and end up sambung semula untuk kawin . hahaa
Aku nk bgtau ko . Kuatkn hati and let him be alone . org laki ni ko kena bg mase untuk dyeorang . kalau fikiran dia semak dia x boleh fkir . serious . kalau dia berjaya nanti aku rase dia cari ko . tp ko jgn laa hope sgt . aku faham perasaan ko . bukn senang nk jumpa laki yg trime prangai buruk kita and ko fkir he is the one . am I right ? Yeah . maybe yes . but if he is not mean to u ko akn jumpa another guy yg baik untuk ko . Tuu semua atas ketentuan Allah . tp apa ko perlu buat skrang . dah ko syg sgt kn mcm aku ni . hahaa so kita tunggu je laa . tp ko bgtau dia yg “ko tunggu dia . ko minta maaf kalau sbb ko dia jatuh . tp ko tetap ada untuk dia . and ko sentiasa doakn dia berjaya .” so after this . ko rileks jerk . bulan ramadhan kn . ko doa laa dkt Allah kuatkn hati ko and beri ko petunjuk . if nanti dia dh abis blaja but still x cari ko means u get the answer . dia memg x nk ko . tp aku rase dia cari ko nanti cuma dia tgh semak kepala skrang. mak bapak dia nk tgk dia berjaya . mesti laa dia kena utamakn parents . sabar ok ? Boleh pm aku if nk share anything . aku ok je .
Waktu bercerai umur 21, anak dua (kembar) dan baru lepas pantang beranak. Saya tak reti nak bagi nasihat, cuma saya boleh cakap ni dah nak masuk dua tahun saya bercerai. Tengah sambung degree dan insyaAllah tahun depan habis. Saya faham perasaan hilang orang yang kita sayang tapi jangan jadikan diri awak sebagai mangsa. Move on, banyak lagi benda dunia ni yang awak tak nampak. Satu hari nanti, awak akan bersyukur dengan takdir tuhan cuma awak perlu bangun dan cari. Take care
You take care too sis.. All the best in life. ?
thank you sis ☺️
Hm ak de pnglmn cmni gk. Ble kte stdy.. Tlg la jgn tekankn emosi seseorg tu.. Smpikn dy kne fkir hti kau jg ht kau. Smpi nk stdy pn xfkus. Sbb ap. Sbb dh dibutakn cinta. Pls jgn ad sikap mngongkong ye kwn. Pns baran pn klu leh elakkn. Dy nk bkwn ngn sp ke nk buat ap ke itu hak dy. Turun naik ak ngn dy dlu slm 4 taun last2 kcundg gk. Ak sndri mtk pts sbb sikap dy n parent ak xleh trime dy. Chill k. Sbr itu indah. :) ad lelaki yg lebh baik tuk ko
Alaa dik, hakak bercinta bagai nak rak. 3 tahun lebih. Hujung2 kawen dgn org lain. Go with the flow dik. Ko doa dan buat je hidup ko ikut flow. Klau dia mmg jodoh ko, nanti2 dtg juga. Tp klau mmg Allah kata bukan jodoh, takyah jd bodoh janji setia bagai. ALLAH tahu apa yg terbaik utk kita. Dia akan bg apa yg terbaik utk kita. Bkn yg kita nak semata.
Alahai dik..kita org pompuan ada maruah.dah mak bapak dia tak mau anak dia kawan dgn kita…nak terhegeh2 lagi?tinggalkan aje la dia..move on.focus pada study awak.perjalanan awak panjg lagi.jgn kerana dia awak hilang segala2nya.dia awak xdapat..belajar pun xgrad2.
Kena tengok balik apa fokus hidup kau…. Rasanya macam muda lagi kot. Fokus study, fokus kerja, fokus tolong mak ayah, fokus jadi hamba Allah yang solehah, and then inshaAllah later jodoh baik sampai la kat ko bila ko dah jadi insan yang lebih baik, percayalah… Tak perlu nak fikir pasal cinta sangat buat masa ni, kalo ko asyik nak fikir nakkan dia, tak ke manaa hidup..
Kena muhasabah diri dik.meh akak nak ckp berdasarkan pengalaman dgn manusia sekeliling ni.masalah utama ialah baran,mengongkong,suka halang ape yg bf nak buat kan?.thn pertama mmg family bf layan awk baik sbb dorang x tau prangai awk..maaf ckp(hakikat kan?)
Smua parent kat dunia ni x mau menantu yg baran.seksa anak dorang nnt.walaupun kali ke dua hubungan ngn bf lbh baik keadaannya tp parent bf awk x bleh trima jgk kan?(ibarat tiada maaf bagimu).mmg la family dier akan salahkan awk sbb result x bagus(bf stress ngn awk) n tu salah satu alasan jer.hakikat sbnr family bf mmg x bleh nak trima kamu..and plss jgn risiko kan masa depan dgn nak pujuk2 or amek hati br parent bf awk sbb nak kawen ni bkn ngn suami jer.kena kawen ngn family skali kan.ape2 jd family mertua la yg akan byk support nnt.
Jadinya…skrg move on.ubah sikap baran tu.blaja rajin2.cr cinta lain.(jgn seksa diri.ex bf awk maybe tgh bahagia.)x lewat pun nak ubah apa2.mungkin cara teguran akak ni kasar tp ambik yg baik.akak doakan kamu jumpa cinta sejati kamu nnt n Allah permudahkan segala urusan kamu.i’Allah.amin.
Satu je ak nk pesan kt kau. Lantak ko nk nk bercinta apa pun tp please jgn campur adukkan masalah cinta dan belajar. Cuba latih diri kau utk control ur emotion time blaja ko blaja & focus. Time kau sedih sedih lah. Mmg susah tp kau sorg je bole control fikiran kau. Org len xleh. Kau frust bcinta, blaja entah kemana, fail exam. Then itu ke yg kau nk? Bfore kau nk fikir pasal kekasih kau tu, fikir dulu pasal ms dpn kau. Pasal family kau. Xyah fikir pasal org lain. Aku buat phd skg & bnyk kali gak frust bercinta. Tp bukan ak nk blagak ke apa tp aku nk ckp, jgn campur adukkan blaja n personal life. Bercinta bia la jadi ke x tp blaja kau mesti kena jadi. Emosi kau, kau yg control. Kau Yg control prob n bukan prob control kau. Trust me bila ko da bjaya nnti, lelaki yg dtg kt kau. Kau tinggal pilih je mn ko nk suits dgn ur taste ect. Wake up now!
Move on. Blaja dlu bg habis. Dah keje esok nk bercinta terjun tiruk pon dibolehkan.
Success is the best revenge you can give to your ex.
once orang tunjuk muka kelat. i just go. sebab rasa malu mengatasi segala.
Move on dik.jgn sbb seorg lelaki adik hilang semngat idup..cba pk blk utk apa kita hidup..bulankah utk beribadat pd Allah..kita ni hanya manusia diik..mesti akan tempuh byk ujian utk laluan ke syurga..mmg sakit putus cinta..tpi lihatlah pd hikmahnya pula..bgantunglah pd cinta Allah maka selamanya kita akan redha dan tenang..
30k per sem,hohoho mesti anak orang kaya kan.patutla xleh move on.
Move on.. if betul tu jodoh kau dik.. i syaAllah akan kawin dgn dia jugak but one more.. if parents dia x suka.. u will never dpt please depa..