Bahagia Jangan Ditayang

Assalamualaikum warahmatullah and hai everyone. So, kita digemparkan dengan video viral sepasang pasangan suami isteri instafamous yang pegang title USTAZ USTAZAH.

Dalam video : Isteri tengah promote tudung (marketing strategy katanya) then out of nowhere suami dia mai nak solat tang situ jugak. Maka bertebaranlah fatwa-fatwa netizen yang menggoncang dunia, ada yang sokong dan ada yang kutuk.

1. First, aku nak make it crystal clear tu marketing strategy depa. Aku tak kesahlah. tau, hangpa instafamous lah jugak, kan?

2. Second, aku peqati komen2 yang tumbuh bak cendawan lepas hujan mostly semuaa golongan SINGELILLAH (single kerana Allah, Allahu….) macam AKU. Tak nak ketinggalan jugak budak2 yang tag boyfren depa, gf depa. Laki bini depa pon depa tagged bagi meriah post tu dengan caption : nak macam ni. Seronoknya kawen muda. Ya Allah hormatilah kami golongan single fi sabilillah ini.

Tuan puan sekalian, lepas video ni up kat ig, member chinese aku tanya. KENAPA USTAZAH SUKA UPLOAD GAMBAR BILA DAH HALAL TAPI BEFORE KAWEN DIA KATA COUPLE HARAM.

Masa tu aku sedar, ramai ustaz ustazah facebook dah tersasar.

Aku tak kata apa dia buat salah 100% dan tak jugak betul sepenuhnya. Aku tau dia pun nak tolong orang jual barang niaga. But, kemesraan Tu pun aurat bila kerap ditayang gambar peluk, cium pipi.

Aku tanya member aku yang follow bini dia, katanya budak pondok. Kau tau tak, budak pondok tak hidup untuk dapat pasangan yang halal semata-mata. Bukankah korang diajar untuk cari ilmu tauhid akidah terlebih dulu? And depa baru kawen for 6-7 months macam tu but come out with banyak cara handle rumahtangga macam dah bina 40 tahun. Kau rasa, people tak judge benda2 macam ni bila kau student agama?

Tu point number one aku. Second. Aku memang terpukul dengan soalan Lim sebab aku pun budk islamic studies so memang sentapppp sangat. Since both laki bini dua2 belajar agama, and orang masyarakat kenal both of you lebih than other people. why not using this opportunity to guide people towards Allah? Kenapa mesti promote bahagianya rumahtangga semata- mata? Tak salah, nak suruh orang nikah elakkan kapel lama2 but kita ada ramai anak muda yang masih perlukan ilmu instead of this kind of ‘marketing’.

Both of you masih muda, dik. Aku yang umur dekat 27 ni pon takut nak jejak alam rumahtangga ni sebab tanggungjawab dekat mak ayah tu besar. sapa kata lepas kawen takleh berbakti, tahu but can you please start to think widely that there are just so many people out there trying real hard to safe their own self from zina like couple and those maksiats things? Bila baca komen2 netizen tak ke korang dan semua instafamous yang sewaktu dengannya fikir balik bila aku buat macam ni, aku galakkan apa sebenarnya? Aku galakkan orang beli produk aku atau aku galakkan benda lain?

Tak rasa bersalah ke couple tag pasangan masing2 dekat post bersemut korang? Tak rasa bersalah gambar laga pipi laki bini tayang kat public sedangkan sebelum ni asyik kata couple haram, post gambar haram. And what about now? Dia nampak takda beza sekarang dengan orang couple tak couple sebab apa? Sebab both tayang benda yang sama, yang sebenarnya sikit sebanyak boleh jadi asbab ghairah orang lain. Kau lagi tau dari aku. Aku boleh tegur je kat sini dan semua netizen yang backup korang as member aku tegur kena block dengan admin page dia. Hambarria.

Netizen… Please. Hear me, my words. Kita dah akhir zaman, sayang. Tujuan hidup kita untuk cari redha Allah dulu. Janganlah hanyut dengan kebahagiaan yang sengaja ditayang-tayang oleh orang lain. Prof Dr Muhaya pernah kata, “orang yang bahagia, takkan tayang bahagia dia suka-suka. Dia akan simpan dan hayati. ”

Tengok balik ustaz2 ustazah sejati yang dah berumahtangga berpuloh tahun, takda pun beriya tayang rumahtangga mereka, adakah diorang tak sweet? Indeed, diorang lahirkan zuriat keturunan yang hebat masyaAllah.

Ambik contoh mudah ustazah siti norbayah. Dr fadzilah kamsah. Ambik contoh orang2 yang betul2 jaga hubungan dia dengan Allah. Yang jaga maruah keluarga dia daripada fitnah akhir zaman ni. Waktu kita dah suntuk. Cukuplah kita lalai dengan nafsu diri kita sendiri, bukan lalai sebab bahagia orang yang kita tak punyai pun.

Maaf aku tegur. Aku letih tengok anak muda harini lalai leka dengan post2 macam tu. Kenapa tak tegur artist yang post gambar bini tayang sana sini? Indeed. Sebab dia artist, kau ikon syabab dulunya. Kau harus letakkan beza tu, sahabat. Hampa aku. Moga semua orang berubah. Apa yang aku cakap ni pun ujian untuk aku.

Baru aku sedar, bercakap dan arahkan orang untuk taat takkan mudah bila diri kita pun diuji sebegini hebat oleh Allah. Sekian terima kasih.

– Aku Adam, hamba Allah.

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *