Bahana PJJ

Assalamualaikum semua. Aku dah pjj dengan suami lebih kurang 3 tahun. Suami ada ajak aku ikut dia, tapi aku sendiri yang enggan. Bukan sebab kerjaya sebab aku pun kerja kerani je, tapi sebab aku tak boleh tinggalkan kampung halaman aku.

Aku takut tak boleh nak sesuaikan diri duduk dekat bandar. Awal tahun hari tu suami aku ada suprise kan aku dengan rumah sewa yang dia dah hias sikit dan dah tambah perabot dalam tu, tapi aku memang tak ada hati nak duduk dekat bandar.

Aku menolak ajakan suami dengan baik. Aku bagi tau pada suami, dekat kampung ada mak ayah kami. Senang aku nak bawa anak jumpa atok nenek mereka.

Aku memang tak suka duduk dekat bandar, dan aku tak sangka lepas dua tahun kahwin tiba-tiba suami kena transfer dekat ibu kota.

Dengan macam-macam kes sekarang ni, lagi lah aku paranoid nak pindah sana. Aku tenang dan aman duduk dekat pantai timur ni.

Aku selalu doakan suami aku supaya dapat kerja dekat negeri asal kami atau berpindah balik ke sini. Aku tak kisah gaji kecil pun, asalkan bukan hidup di bandar tapi suami sibuk nak kejar cita-cita dan upgrade hidup.

Dulu suami akan balik ke kampung jenguk aku dan anak 2 minggu sekali, sekarang dah jadi sebulan sekali. Dia pun dah tak ajak aku tinggal sekali dengan dia tapi aku tak sangka sebenarnya dia ada orang lain dekat sana. Lima tahun kami kahwin, ini hadiah dia pada aku.

Mungkin dia lupa yang dia ada login akaun google dia dekat laptop aku dan aku ada access untuk tengok google photo. Masa aku buka tu, aku rasa dunia ni memang betul-betul gelap.

Banyak sangat gambar suami dan seorang perempuan, dan kebanyakannya gambar di kedai makan atau di mall. Aku tekan muka perempuan tu dekat google photo, rupanya suami aku kenal dia sejak 2012, masa tu dia tingkatan 4.

Banyak sangat gambar perempuan tu. Mula dari tangkap gambar curi-curi, ke gambar perempuan tu tutup muka sampai lah ada gambar mereka berdua. Memang sah, ni memang kes kenangan lama mengusik jiwa.

Aku cari social media perempuan tu dekat friends dan following suami aku, tapi profile lock. Ig dia pun private. Aku google, jumpa dekat linked in. Dia kerja dekat utara, tapi dekat je dengan ibu kota.

Masa suami aku balik hari tu, aku link whatsapp dia dengan laptop aku. Aku baca semua chat dia dengan perempuan tu. Conversation mereka start bila suami aku balas status perempuan tu.

Suami aku ada cerita masalah dia dekat perempuan tu tapi banyak tentang masalah kerja. Ada juga dia bagi tau yang aku tak nak pindah duduk dengan dia, dan perempuan tu suruh suami pujuk aku. Suami kata dia sunyi, balik rumah rasa kosong.

Aku nampak suami aku macam nak try dia balik. Aku tau, sebab suami aku pun pernah try aku kan. Perempuan tu layan biasa je tapi mesra. Kalau diteruskan lagi aku rasa memang aku dapat madu.

Nampak normal, tapi memang mesra. Aku dah tak tahan sangat, aku tanya suami pasal perempuan ni.

Selamber je suami kata tu first love dia masa sekolah dan ketika keluarga dia menetap dekat selatan. Putus sebab mak mertua aku tak nak menantu dari negeri lain. Perempuan tu undur diri sebab dia tak nak hubungan tanpa restu.

Jadi kalau tak sebab mak mertua aku, mesti dia masih dengan perempuan tu kan? Suami angkat bahu sambil bagi tau kesunyian tu boleh bunuh kesetiaan seorang lelaki. Menggeletar badan aku dengar.

Aku mengadu dekat mak mertua aku dan jawapan mak mertua aku memang menghampakan. Dia suruh aku mengalah dan ikut je anak dia balik bandar.

Dulu dia tak nak anak dia kahwin dengan orang luar sebab takut nak berenggang, tapi pengakhirannya sama je sebab berhijrah tu lebih baik.

Mak mertua aku sempat bagi tau perempuan tu memang baik dan sopan. Suami aku ambil masa nak lupakan perempuan tu. Aku juga dapat tau mereka memang berkawan lepas dah putus.

Mak mertua aku pun masih friend dengan perempuan tu dekat fb dan tak benci perempuan tu. Dia cuma minta suami aku jangan bercinta dan kahwin je, berkawan tak apa.

Aku memang tak kenal sebab aku kawan dengan suami aku masa dia dah ikut keluarga dia pindah pantai timur.

Kenal pun sebab berjiran, lepas bercinta 5 bulan terus tunang. 3 bulan lepas tu terus kahwin jadi aku tak kenal mana-mana kawan sekolah atau universiti dia.

Hati aku macam tersiat-siat. Lagi tersiat tengok gambar suami aku dan kena telan hakikat perempuan tu jauh lebih baik dan cantik dari aku. Aku tiga tahun lagi tua dari suami dan sekarang aku rasa diri aku ni macam kain buruk.

Dulu bangga sangat dapat suami muka molek, kerja elok dan terima aku yang tak berapa cantik ni. Akhirnya muka molek ni lah yang membunuh bila akhirnya aku sedar yang aku ni tak padan langsung dengan dia.

Aku terpaksa mengalah ikut suami berpindah ke bandar untuk selamatkan rumahtangga aku. Aku harap suami aku berubah dan dah tak berhubung dengan perempuan tu.

Aku cuba pertahankan rumahtangga aku walaupun benda ni bukan kemahuan aku. Tergamak dia guna alasan sunyi untuk berhubung dan berjumpa dengan perempuan lain. Aku kecewa, tapi aku sayang suami aku dan anak aku perlu ayahnya.

– Iman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

20 Comments

  1. Hello sis, first of all awak sedar tak awak isteri orang. So faham tak tempat seorang isteri adalah disisi suami. Awak sedar tak sis tanggungjawab seorang isteri tu ape. Kalau nak duk kampung dengan parents better awak takyah kahwin dari awal. Apa punya mentality laa taknak hidup di bandar sebab takut tak boleh nak sesuaikan diri. Awak ni duk ceruk kampung mana sampai macam ni sekali perangai. Awak kena la belajar adapt dengan persekitaran yang ada. Ni laa orang cakap tak reti jaga suami, tak reti nak bersyukur, pentingkan diri sendiri. Dah kena sondol mula laa meroyan macam orang gila. Padahal benda jadi punca cari awak tau tak. Awak confess macam ni memang sengaja nak suruh orang carut ke apa. uhhhhh emo gila aku baca confession kau ni!

    • kannnn. aku yang membaca ni pulak yang stress. mentality tah hape2. keluar sikit tengok dunia luar, risau lama sangat terperuk tu.

    • Kau ni bodoh ke? Cari lah alasan apa pon takkan boleh justify orang yang kaki curang ni. Kau mesti jenis kaki curang jugak kan? Wkwkwkwk

  2. tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. tugas utama isteri adalah berkhidmat untuk suami, kerjaya adalah sampingan jika suami memberi keizinan.

  3. Awak, tempat seorang isteri tu di sisi suami. Tanyalah orang yang pjj, kalau boleh nak cepat² duduk dengan suami. Taknak jauh². Kesian suami awak, dia mesti kecewa sebab dia dah sediakan tempat tinggal elok² untuk anak bini sekali bini taknak ikut. Terpaksalah dia cari suri hati lain untuk jadi suri di rumah tersebut. Huhu

  4. Betul semua memang salah awak dari awal, sekarang ubah semua balik, ambik hati suami awak, block perempuan tu kat semua soc med suami awak. Belum terlambat lagi nak selamatkan

  5. takyah sibuk laa nak cari social media pmpuan tu. biar je pmpuan tu jadi bini yg boleh jaga makan pakai laki kat bandar tu. bandar or kampung sama je cara makan and cara berak. takde beza pun

    • Adik cakap kesunyian boleh membunuh kesetiaan

      Kakak nak cakap
      Tempat isteri adalah di sisi suami

      Fikir lah sendiri.

  6. kalau rasa xready nk kawen bek xyah kawen sis… ramai org nak kawen tp xberjodoh lagi.. awak da kawen sbok nk dok bawah ketiak mak pak.. awk ni dok ceruk mana sampai takut sgt nk suaikan diri kt bandar.. masih memasak guna kayu api ke sis?? mandi kat perigi ke?? hahaha sory la emo plak kita.. xtau la awk ni umo berapa.. org da kawen kalau boleh nk hidup sndri berdikari..tp hmmmm.. nthlerr.. xtau nk ckp apa org cm ni.. bila da nak kena sondol.. marah plak kt suami..

  7. Jangan cakap terpaksa ikut suami menetap ke bandar sedangkan itu sebenarnya ketaatan isteri kpd suami. Selagi mana si suami tidak melanggar syariat Islam, selagi tu isteri kena taat. Fahami tujuan kahwin tu dulu. Memang si suami pun ada kesilapan dia sb melayan perasaan..jadi tindakan awal puan skg ni harus taat ikut suami menetap bersama.

  8. Tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya..

    Bukan nk kata tindakan suami puan tu betul, tapi puan sendiri pun salah.

    Apa pun, masih belum terlambat untuk korg berubah semula ke arah kebaikan 2-2 pihak. All the best korg.

  9. Hahahaha apa yg kau takut sangat dok bandar haa. Bukannya orang2 bandar zombie nak makan kau pun hahahah. Cuba open sikit. Tgk dunia luar. Suami nak upgrade diri merungut pulak. Adoii macam2 hal la. Sendiri cari penyakit sendiri menggeletar badan.

  10. Ok la husband kawin. Hilang jugak sunyi die kat sana. Sis duduk jela kat kampung tu. Lagipon die balik jenguk sis dan anak. Tanggungjawab jalan. So takda apa yang berubah. Nak buat macam mana, sis kawin tapi taknak duduk dengan dia. Sis ada fikir perasaan dia? 1 je.. tempat seorang isteri disisi suami. Belum terlambat lagi sis.. laki muka molek jaga lah elok elok. Kalau rasa macam kain buruk cantikkan diri. Sis pon berkerja kan, ada duit. Semoga dipermudahkan ye.

  11. Masa laki ko ajak duk sama, ko rejek tu dia da kecewa da. Tak reti jaga perasan laki. Bila kena sentap! Jenis Tak sedor diri.

  12. maybe kena try duduk bandar kot, duduk kampung lama sangat ni mentality jadi macam you ni. Terperuk.

  13. kalau i jadi suami u pun i cari lain HAHAHA , aduhai nak kata tak cerdik dah ada anak.
    entah la sis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *