“Apasal you cakap English slang pekat sangat nih?”, tanya seorang lelaki dalam satu gathering. Dari nadanya saya tahu dia hendak memerli saya, bukannya nak tahu sangat sebab sebenar. Jadi saya senyum saja.
Dia memberitahu saya, dengan bangga, kisahnya yang bergirlfriendkan awek Australia tapi masih dengan slang English Malaysia. Oooo. Saya tak tanya pun. Saya terfikir pun tentang loghat beliau yang Malaysian ke tak Malaysian ke apa.
Hm.
Situasi ini tak selalu berlaku kepada saya. Tapi seringkal saya perhatikan sesetengah masyarakat Malaysia begitu membenci sesiapa yang bercakap dalam Bahasa Inggeris.. memberikan jelingan-jelingan jelik kepada saya dan rakan sekiranya kami berbual dalam bahasa itu dan saya lihat komen-komen di alam maya memperli para penulis yang menulis menggunakan bahasa itu mahupun yang bercampur-campur.
Ramai yang berkata nak perasan mat salleh. Ataupun tak sedar asal-usul. Takpun katanya ‘fake’.
OK. Saya nak bercerita sikit tentang isu ini.
Pertama, accent yang pekat.
Saya pernah berjumpa orang Perancis di bahagian imigresen yang bercakap Melayu dengan saya. Masalahnya saya tidak faham dan berlalu pergi. Kawan saya yang mat saleh yang perasan orang itu berkata “Apa khabar?” kepada saya. Jadi di sini saya nak cakap, apa gunanya kita belajar satu bahasa lain tapi tak nak bercakap dengan accent yang betul? Sehinggakan orang yang asli kepada bahasa itu tidak faham?
Di masa yang lain, saya pernah pula berbual lama dengan warga British dan Perancis kerana mereka fasih berbahasa Indonesia. Sungguh terubat rindu saya kepada bahasa Malaysia dan hormat saya kepada mereka berdua begitu dalam kerana mampu menguasai bahasa lain dan mencipta suasana yang selesa bagi saya (yang rindu bercakap BM). Mungkin ada yang berkata, haaa.. omputih pun cakap Melayu sedangkan orang kita terhegeh2 nak speaking konon. Dalam keadaan ini kan, omputih yang bercakap Melayu telahpun menguasai dua bahasa dengan baik! sehingga fasih dan mampu berbual dengan saya.
Kita? Nak belajar bahasa lain dikritik, diperli.
Dengan penguasaan bahasa lain yang lemah, adakah kita mampu membuatkan tetamu kita yang tidak faham BM selesa? Seringkali ada cerita saya dengari, apabila delegasi dari negara lain melawat pejabat, semuanya senyap sunyi (bersembunyi!). Apa pandangan mereka terhadap kita apabila terjadi perkara ini?
Kedua, tak sedar asal usul.
Hmmm. Bahasa ini sekadar koleksi perkataan. Ya, ada yang berkata bahasa jiwa bangsa. Tapi kadangkala saya rasa kita terlalu taksub dengan bangsa, negara, politik dan entah bermacam label sehinggakan kita lupa bahawa kita semua sedunia ini manusia.
Asal usul. Saya kacukan Cina, Kadazandusun dan India. Mana satu pula saya nak belajar bahasa-bahasa asal-usul saya. Tiada yang persoalkan pula bahasa-bahasa lain itu. Dan kalau bahasa lain digunakan.. tiada pula yang marah-marah. Hatta kalau ada orang bercakap bahasa Nepal barangkali tidak pula mendapat sindiran atau kata-kata mengeji.
Pandangan saya kita secara tak sedar merasakan Bahasa Inggeris itu mulia dan high standard. Padahal ia hanya satu bahasa. Jadi siapa-siapa yang menggunakan bahasa ini kononnya nak berpura-pura high standard lah. Susah nak komen sebab saya takde perasaan terhadap bahasa lain kecuali kagum apabila seseorang mampu menguasai dua, tiga, empat bahasa. Tak kira lah bahasa apa pun!
Ketiga, fake bila bercakap English dengan loghat yang betul.
Ini pun.. tak pastilah. Saya membesar di Amerika, jadi sebenarnya BI adalah bahasa pertama saya. Di sekolah, saya belajar untuk bercakap BI dengan loghat Malaysia kerana seringkali dibetulkan oleh rakan-rakan dan juga sifat semulajadi untuk “fit in”.
Jadi sebenarnya, BI ‘fake’ saya adalah BI loghat Malaysia. Tapi seperti apa saya katakan tadi, apa salahnya bercakap dengan loghat yang betul? Apabila bercakap dengan cara yang betul, semua orang mudah faham tak kira Malaysian atau warga negara lain. Malah, barangkali boleh mendapat kerja di negara lain kerana mudah berbicara dalam bahasa lain.
Bagi yang belum menguasai loghat English yang asli, memanglah mula2 tu ‘fake’ sikit sebab kita sedang belajar. Masa saya belajar bahasa Mandarin dulu pun saya terpaksa ‘fake it till you make it’. Students saya yang sedang belajar BI sekarang pun saya suruh mereka melebih-lebihkan loghat buat sementara waktu supaya lidah boleh sesuai. Lama-lama apabila semakin mahir kita sendiri mampu mengawal nya supaya tidak berlebihan.
Pucuk pangkalnya, cuba asingkan emosi daripada bahasa. It’s just language. Words. Asingkan perasaan rendah diri ataupun habit yang telah dipelajari hasil tngkahlaku orang sekeliling. Kalau tak minat BI, takpe. Tapi jangan pulak rasa rendah diri atau lebih teruk lagi, merendah-rendahkan mereka yang sedang cuba belajar. Kalau ada yang awak rasa berlagak dengan bahasa tu, cuba jangan beri reaksi, sebab ada dua isu di sini – mungkin kau yang bersangka buruk, ataupun yang cuba berlagak tu memang nak awak berikan tindakbalas samada positif ataupun negatif. Jadi pedulikan hal kau sudahlah, nak dengan butir kata perbualan orang lain tu kenapa.
Yang peliknya, apabila saya menulis status FB saya dalam bahasa Melayu tinggi – masih juga ada suara-suara sumbang “kau ni skemalah” ataupun “apsal kau tulis formal sangat ni?”.
Banyak benda lain dalam hidup ni nak kena fikir tau – tak payah nak sesakkan otak dengan fikiran negatif yang kusut dan mengusutkan.
p/s: Thanks admin for reading.
p/p/s: Sungguh banyak ilmu yang tercoret di dalam Bahasa Inggeris mahupun bahasa lain. Kadangkala apabila saya membaca novel terjemahan dari bahasa lain, saya terasa sungguh rugi tidak mampu menggunakan bahasa itu… contohnya bila saya baca puisi Melayu, saya terasa begitu indah susunan kata-katanya. Pasti perkara yang sama terjadi dalam novel terjemahan itu (contohnya novel bahasa Russia yang tekenal) tetapi tidak mampu saya hayati adunannya yang sebenar kerana kekurangan saya dalam bahasa Russia!
– Orang biasa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit