Bahu aku, bahu kau pulak – 2:49 PM

Bahu aku, bahu kau pulak

Terima kasih admin siarkan post saya ni.

Siapa yang pernah tengok cite Shutter, sama ada versi omputeh ataupun versi Thailand? Malam tadi saya tengok Shutter omputih kat 8tv dengan kawan saya. Bukan Shutter Island yea, Shutter ni tak ada Leonardo Dicaprio.

Bila part yang kamera tu tertangkap pic lelaki tu the. lelaki tu nampak ada perempuan duduk kat bahu..kawan saya punyalah menjerit. Dia siap tepis-tepis bahu sendiri. Lawak.

Bila saya secara spontan cakap kat dia yang saya pernah alami benda yang sama, kawan saya punya reaksi memang priceless. Dia punya tercegat/kaku macam masa terhenti sekeliling dia. Hahaha.

Siapa yang pernah rasa macam lelaki dalam cerita Shutter tu sila like or komen. Sakit bahu, sakit badan, badan lemah. Malas. Itulah yang saya alami berbulan-bulan. Saya jadi malas nak belajar, badan lemah, tak semangat nak buat apa-apa je. 24 jam rasa nak tido and bahu rasa lenguh semacam. Pernah masa nak pergi class, dah siap bagai pastu saya boleh naik atas katil, tidur balik. Masa tu memang saya tak fikir apa-apa.

Bila saya balik kampung, mak saya perasan yang saya macam lain sikit. Saya suka tidur, malas nak tolong mak kat dapur. Sedangkan saya ni punyalah rajin kalau bab memasak. Mak tanya saya sakit ke? Saya just jawab tak cuma kadang2 rasa macam tak bersemangat, lemah badan. Mak tanya lagi dah lama ke macam ni? Saya jawab lah dah lama dah, berbulan.

Dipendekkan cerita, mak bawa saya berubat dengan perubatan Islam. Dari situ saya dapat tahu ada yang mendampingi saya. Apa yang ustaz tu cakap dia nampak macam ada dua tangan yang menekan bahu saya, dan tangan tu sentiasa ada di bahu sepanjang masa. Sebab tu saya jadi malas, tak semangat, sakit bahu, sakit belakang. Selepas dibaca beberapa ayat, entah macam mana bahu saya jadi sangat ringan. Hilang segala rasa sakit selama ni Alhamdulillah, sekarang dah okay.

Pesan saya pada yang sakit bahu tu, cuba selfie sikit mana tau boleh nampak kot2 ada yang menumpang. Hehehehe.
Assaammualaikum.

– Safya

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *