Bajrangi bhaijan (spoil alert) – https://iiumc.com/forumv2/
Cerita ni bagi yg da tengok, ada banyak moral value yg kita boleh ambil. Ada kisah dan pengajaran. InsyaAllah. Bagi aku, ini yg aku dpt. Dan bg siapa yg belum tengok cite tu dan tak nak spoil, jgn baca status ni pasal i am gonna spill out summary of the story. #spoilalert
Dlm tu watak salman khan tu mmg org yg baik. Dan dia seorang yg jujur dan amanah.
Tapi satu hal yang boleh kita perasan utk cite tu, sbb dia ni jujur, maka mcm2 masalah yg dia hadapi. Sampai tahap kena fitnah. (Dia buat baik, dia dianggap weird). Bila dia start menipu baru semuanya dipermudahkan sikit.
Kat sini dia buat aku terfikir, bila kita ikut apa yg Allah suruh, kita akan berdepan jugak dgn situasi2 yang susah. Banyak rintangan. Lagi2 dari orang yang tidak mahu mengikut ajaran Allah. Contoh mcm cite tu, instead of orang lain bantu dia dlm misi dia, orang lain pilih untuk menghukum. And that make things more complicated.
Tapi, adakah orang lain itu salah 100%? Kenapa orang lain menghukum? Sbb, lets face the fact, dlm dunia ni ramai orang yang tidak bermoral. Mcm contoh kita, kdg2 orang dtg mintak sedekah, or kdg2 diorg minta duit dgn buat cerita2 yg menyedihkan. Some people choose to believe and give. Some people lagi, pilih untuk menghukum. Sbb apa? Sbb dlm masyarakat kita, ramai yang ambil kesempatan. Ramai yang ambil mudah menda ni.
Dan secara tak langsung, ini juga kadang2 akan buat kita persoalkan tindakan kita, adakah dgn aku berbuat baik ni, kesannya juga baik? Boleh jadi, dgn kebaikan yang aku buat ni, akan mendtgkan lebih banyak kerosakan di masa akn dtg. Macam cite tu, kenapa diorg pilih untuk menghukum? Sbb boleh jadi, dgn memberikan kepercayaan pd dia, akan jeopardize byk perkara n bg aku dlm cite tu, akn jeopardize keselamatan org awam. So, mencegah lebih baik dari mengubati.
Dunia sekarang, nak buat baik pun kena ada intelek yang tinggi. Sbb manusia sgt bijak manipulasi orang dan membuat kerosakan.
Sebab tu, takut pd Allah juga adalah ibadah. Supaya kita lebih berdisiplin dlm kehidupan kita.
Dan nak tahu apa yang paling sedih?
Kalau kita tu adalah orang yg meninggalkan tanggapan buruk pd masyarakat. Orang kata the 'bad trend setter'. Secara tak langsung, kita adalah orang yang menyumbang kepada kerosakan akal dan hati orang lain. Nauzubillahi min zalik.
Nabi Ibrahim as berdoa pd Allah supaya Allah menerima amalannya dan menjadikan drpd usahanya itu hasil yang baik. Seorang nabi (yang bukan calang2 ketaatan nya pada Allah) pun insecure dgn diri dia, berdoa pd Allah, supaya Allah redha dgn dia.
Boleh bayang tak betapa kita ni sombong dan heedless.
Renung2kan lah mesej ini. Muhasabah kehidupan kita. Adakah kita hamba Allah yang baik? Adakah kita mengikut perintah Allah dengan baik? Apa sahaja yang Allah perintahkan tu semuanya untuk kebaikan kita sendiri. Sebab Allah sayang kita. Dia mahu kita semua hidup dalam keadaan yang baik. Kalau Allah tak beri peringatan atau ajaran pun, tidak akan menggugat Allah. sebab Dia tak perlukan kita pun, kita sahaja yang perlukan Dia. Tapi kerana Allah itu Ar-Rahman, maka Allah beri kita peringatan dan ajaran Nya, melalui Rasulullah SAW dan alQuran. Supaya kita berfikir dan beringat.
Tetapi, sedih, kerana kita tak mahu reflect diri sendiri dan berfikir, sebab tu macam2 masalah yang berlaku sekarang. paling menyedihkan, bila kita menyalahkan Allah atas kesilapan kita sendiri. Nauzubillahi min zalik.
saya galakkan sahabat2 sekalian, dekatkan lah diri dengan alquran. Ayat2 Allah sangat cantik dan penuh pengajaran. tuntutlah ilmu dan berdoalah pada Allah untuk diberikan petunjuk yang baik dan benar. InsyaAllah, kita akan jadi orang2 yang berjaya dan menang dunia akhirat. Allahumma aamiinn..
Wallahualam.
Maaf salah silap kata. Yang baik dr Allah, yang tak baik itu dr kelemahan sy sendiri. Ambillah yang mana baik dan tegurlah yang mana tak baik. InsyaAllah.
-"wahai orang yang sihat akal hendaklah bersabar terhadap penderitaan dunia dalam melaksanakan taat kepada Allah untuk memudahkan bagimu segala kesusahan-kesusahan di hari Kiamat". – copypaste-
ps: kalau nak belajar pasal alquran, hikmah dan pengajaran, boleh dengar lecture ust.nouman ali khan di youtube. Dia menceritakan alquran itu dalam bentuk penceritaan. sangat menarik. InsyaAllah. :)
Yang ni yg betul. Terima kasih admin jika post.
– Hamba ArRahman