bakal madu dota

Salam. Aku nak mintak tolong sangat2 pada siapa yang ada pengalaman nikah dengan laki yg kuat main dota. Btw aku student uia. Dan bakal aku pun uia. InsyaAllah tahun depan majlis kami. Tapi yang aku musykil sekarang ni, pasal future aku dgn dia. Jujur aku sangat sayangkan dia tapi rasa was-was tu still aku tak dapat nak hilangkan. Dia setakat ni yang aku tahu, takde pun usaha nak buat saving untuk life after marriage. Or at least untuk majlis tu nnti. Tak pernah buat kerja part time. Yang aku tahu masa lapang dia dota dota dota. Cuti weekend dota. Cuti 2 minggu dota. Cuti sem 3 bulan pun dota je. Habiskan masa main dota. Bila aku tegur, dia cakap nanti lepas kahwin x dapat main dah, so biar la main puas2 dulu. Hmmm.

Pastu pasal kumpul duit semua tu, nak tunggu habis belajar dulu baru nak fokus cari duit. Sekarang ni, fokus belajar. Tapi masalahnye, time belajar pun dota. Hish geram aku.

Kalau aku halang dia main, ungkit yang dia tak halang pun minat aku, so knapa halang minat dia??sigh. Penat aku macam ni.

Aku bukan apa..aku tak nampak lagi usaha dia. Setakat ni yang aku nampak fokus dia kt dotaaa je. Kalau dah sampai macam tu addict kau main, boleh ke lepas dah nikah nanti kau berhenti macam tu je?aku rasa tak.

Awal2 dulu aku ok. Respect dota as hobi dia. Tapi makin aku kaji, dalam tengah dota tu kuat mencarut. Dah main tu tak ingat dunia dah. Tak tido pun takpe asalkan dpt main. Study makin kelaut. Aku nampak ada character perempuan dalam dota tu yang astaghfirulah. Hm. Paling aku sedih, masa untuk aku pun dah diganti dengan dota. Aku text yang sekali seminggu pun tak balas. Aku kol kene reject..marah aku punca dia lag. Hm. Entahla. Semua ni buat aku mikir nak teruskan hubungan ni atau tak.

Aku pernah baca, dota untuk sape yang single. Main dota, jadi single pun x kisah. Ggwp katanya. Dah tu knapa awal2 approach aku?kenapa bila dah buat aku sayang dia, dia ketepikan aku?ingat aku ni apa bila bosan layan bila 'busy' tolak suka hati??

Ok lah. Makin sakit hati aku type ni. Kat sini aku nak mintak pendapat pada yg ada pengalaman bersuamikan kaki dota. Dia layan kau ok tak walaupun dia still main dota lepas nikah?or sapa2 yang kaki dota tu, betul ke korang boleh tinggal macam tu je dota ni lepas dah kahwin?

Mohon jujur. Terima kasih.

– misspenat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,020 Comments

  1. org laki susah nk tinggalkan habit dia yg sblm nikah..sama mcm merokok..kalau nk stop kne start sekarang..

    btw saya sblm nikah,dah tahu bakal madu saya adalah kebun..kini lps nikah,madu baru saya adalah seekor lembu bernama Sherry yg kuat cemburu..heee :-) lain org,lain la madu nya..

  2. Confessor,

    Ko takkan dpt jawapan dalam ni. Yang lebih dlm ni cuma mulut2 puaka suro ko putus, cari lelaki len n jenaka2 yang x membantu.

    Pada aku,untung la bakal ko tu gamers. Die abiskan masa dgn game,bkn abiskn masa text pempuan sana sini, mengayat kiri kanan depan blakang. Mase bujang ni jela nak main game. Dah kawen esok dah macam2 benda nk main,kurang dah mse nk main game. Bagi la pluang.

    Pasal kehidupan lepas kawin, why overthinking? Kenapa nak risau benda yang takde lagi?hidup yang ade ni kite jalani dulu. Habiskan hari ni dan hadap pula apa nak jadi esok. Sebaiknye fast to fast (baca: face to face) dgn bakal ko n bgtau die ape plan ko n tanye die ape plan die. Then take (baca: talk) from hat to hat (baca: heart to heart) ape harapan ko. Then dgr plak ape harapan die.

    Aku dlu pon men game x berenti,study esaiment last minit jugak. Tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab. Even da kawin pon aku masih main game tp xde la 24/7 mcm dlu. Tenang je confessor ye

    • Tapi pelik ah. Kalau belum nikah atau tunang, apa je tanggungjawab lelaki kepada si perempuan eh?

      Sebab perempuan tu kata masa dia pun diganti dengan DoTA. Haha. Moderation. Practice moderation.

    • Walaupun belum kahwin, tapi percayalah, lelaki berkenaan tidak mustahil utk tinggal games atau kurangkan pada tahap paling minima. Pengalaman sebagai bekas gamer. :D

    • dah anak 3, masih main game. tp bukan dota le. main kejap2 buat hilang penat. main time anak dah tido, baju2 sume dah masuk washing machine, sambil tunggu baju siap, layan game jap. dah siap sidai, tido.

    • Perempuan mmg akan pikir kedepan.. mmg kebanyakan mcm tu, while lelaki jenis suka “just go with the flow”.. Allah mmg bezakan sifat perempuan dgn lelaki bab ni.. tak salah pon dia nk pk masa depan.. biarlah dia cari jalan mcm mana nk selesai masalah ni dan cari pendapat org ramai..

    • rilexla orang tgh belajar je pun, nk release tension je kot. abg akak still maen game walaupun ank dah lima, t’jawab sbg suami still dia laksanakn for family dia. chill la

    • Xidi Nurhiddayah Zainal dota satu jam. Dgr azan gi solat lepastu gi maen balek. Sama je cam cik shopping. Utamakan shopping ke atau solat? Cik boleh je kan shopping dlm msa sama stop jap lepastu solat. Bnda simple je. Iman kt diri tu yg penting. X kisah dota ke men bola ke anyam ketupat ke.

    • tinggal je laki camtu…memang la ade gamers yg berubah lepas kawen,,tp ko yakin ke si dia salah seorang drpd nya??
      kalau ye,ko naseb baek..
      tp kalau tak,,merana la kau seumur hidup…mase habeskan ngan game,,kerja malas..da jd ayah nati ilmu agama ke laut…mula la buat hukum sniri..

      last2 pasang satu lagi…yg merana sape??
      hidup ko so ko pikir la sniri..

    • Aisyahman. Jgn la kau berfikiran mcm ni. Kau jgn nk pridic sesuka hati. Nanti gg kau tau x. Kau tgk hero pihak lawan pick dulu. Baru kita leh pridic.budak dota ja paham maksud aku. So moral of the story. (Cewah sepiking aku) jgn la nilai org pada dgr cerita. Kita x tahu future dia.kita tak tahu tuan punya badan mcm mana.mana tahu lepas kawin trus jadi suami mithali(btui ke ejaan) .. dari kaki judi kaki betina kaki kencing kaki 5 . Itu lagi pening

    • Asyik dota..benda lain kelaut..last2 kena rejext kat uia..lgi parah…benda tak de faedah…baik pergi masjid…ulangkaji pelajaran ..ngat pada emak ayah yg bagi tiap bulan Rm 500 atau lebih utk menyara hidup di U

    • Bro, aku yakin maksud confessor ni dia tekankan jgk psl takde effort nk kerja part time. Aku main jgk dota (tapi dulu la), still cuti sem aku akan cari kerja part time. Myb bakal suami dia ni anak org berada, tak kisah kalau tak kerja part time. Effort guys, effort. Still, just my 2 cents :)

    • abg aku pon kaki game gak dulu..lepas kawen ok ja aku nengok..bini ngan anak tak terabai pon..okay je dy urus..cume ade mse lapang sikit dy main la coc..nanti dah kawen dy brubah la slow2..

    • Statement ni aq dh meluat….ulang MELUAT…. konon kaki game xmain pompuan…. heyyy kami pompuan pon ad hobi taw…tolak tepi demi tanggungjawab pda keluarga… kalau solat cukup nafkah cukup ada responsible aq boley terima klau nk main game ni…. skali klau main maki2 lepastue tengking2 isteri n ank sebab kcw dya main… kepala hotak!!!!! 70% tangungjawab suami aq yg galas… dya ckp lepas kawen xmain… PENIPU sbb klau xmain kena banned… sanggup main dota berjam2 smpai ank aq menganis lapar…xpayah jadi somi kalau setakat nk puaskan nafsu n nk jadikan balaci kt umah…

    • Cuba baca lelaki tu xpandai bahagikn masa.. Kata nk nikah.. Cari duit x.. Belajar ke laut.. Dota2 juga tanggjwb xde.. Hahaha.. Salam Dota.. Let’s on game..

    • Doakan bakal awak tu masuk The International
      Sbb The International 6 skrang ni prize pool dh Rm68,000,000++
      Ye $17.5m+
      Hahaha
      Fnatic kalah awal pon dpt Rm200k. Tu taun lepas
      Taun ni lg bnyak
      Fuh taun kedepan? Haha

    • well said bro . sama mcm aku jugak sblm kawen . ada masa je dota ada masa je dota . tp skrg bila dh ada komitmen tu mmg masih dota . tp 1minggu 1x ke 2x gitu . sebab apa ? sebab kita ni lelaki byk tanggungjawab. kalau nk lepas gian tu siap minta izin dgn isteri pergi untuk 2 ke 3 jam gitu . insyaAllah doa2kan shj la

    • Kalau dia main dota tapi masih utamakan solat, terimalah dia seadanya..cuba fahami minat dia. Org yg solat insya Allah pandai jaga diri & bertanggungjawab. Sekurang2nya dia main game, bukan main p’puan. Betul x?

    • aku main dota, aku main PES, aku main fable, aku main CS, aku main call of duty, aku berkahwin dan aku bahagia alhamdulillah.

      tak ada masalah pun. nak overthinking sgt ni kenapa.

    • Mcm ni je la dek… Ko pandai2 la fkir.. Tu hidup kw.. As u can see … Ramai jgak gamer dah kawen.. Still main game walaupun dah kawen… Kita hidup sama … Cuma cara berbeza.. Tu terpulang kpd bakal ko la.. Klu dye pandai fkir… Bagus la… Klu x… Ko nasihat dye… Nasihat cara elok.. Ingat.. Nabi pesan.. Kata2 yg lembut… Ble cairkan hati yg batu.. Haha.. Minta kat dye… In shaa Allah ble.

  3. Jarang sgt laki stop main dota hanya sebab dah kawin. Dia kata dia main skrg sbb lepas kawin tak dpt main? Alasan je tu.
    Move on lah sis, cari org lain yg ada matlamat hidup dan tahu priorities in life

  4. aku still main je lepas nikah but xde pulak smp terabai isteri, laki ni tau jugak priorities.. dia main saje x bermakna dia x study, belum kawen mmg kita nmpk dia main je, x study.. tp disebalik tu sure ke dia mmg study ke laut? xtau la jugak kan.. tp lepas kawen mmg akan jarang main.. bini ngn game depan mata.. pilih bini la weh.. main game time mmg nk men betul tp ckp leklok ngn bini dlu.. or main waktu lewat malam..

  5. Nak kumpul duit pun taknak. Part time taknak. Habis nak maju macam mana kawen nanti? Takde duit takleh hidup. Lebih2 lagi kalau tak usaha. Takkan nak pinjam mak ayahhh bencinya aku lelaki tanak usaha. Haa bab dota. Aku tak kisah pun dia nak main sampai tua pun. Jangan chat kat situ ngan pompuan lain sudah. The point is. Suruh dia berusaha cari duit nak sara miss penat. Alam kawen bukan macam main dota. Bukan senang. Lol

  6. Semua duk pakat suh tnggalkan dia pebenda semua.
    Aku pemain dota tegar. Bukan xreti nak save bajet. Cuma kita xnmpk. Xcaya? Pemain dota semua boleh kata nampak sempoi xda duit. Cba kau cek acc dia. Kalau ada arcana, syukurlah.
    Kebanyakan org main dota nih berduit.
    Dan2 banyak je yang berjaya. Memang still hobby. Xkan dia nak layan hg 24/7? Dia nak treat hg nicely after marriage laa.
    Jgnlh kata madu dota laa apalaa. Biar je dia. Sis kmpul je. Xyah persoalkan bebanyak. Persoalan ni laa yg membuatkan banyaknya runtuh ikatan2 yg kurang rapuh.

  7. dota gamers ni dorang x kan berhenti..percaya la..sgt2 susah nk berhenti…sory dota gamers, bukan nk kutuk korang, tp tu la hakikat..sy bukan kaki gamer, so jgn kecam sy

  8. Kalo rsa xtahan dgn org kaki game, awal2 putus, jgn bagi org lain tentukan hidup awk, dorang senang je cakap blh berubah, lps kawin berubah, tp yg face nye tu awk sis, gap utk berubah tu amik masa, ntah2 bertahun2, kalo awk rsa mmg xblh nk hidup dgn laki jenis mcm nih, awal2 tggl lah. Awk lbh tahu diri awk cemana sis. Sayangi diri, cegah sblm jd ape2

  9. Haha. Takde la bila dah ketagih main dota tu trus gelap masa depan. Mesti tahu gak prioritikan mana yg penting. Aku da start main dota dari zaman blajar kat u. Alhamdulilah berjaya grade dan dah berkerja as sr. exec skrg ni. Tapi yes, still main dota gak smpai skrg & single. Hihi

  10. Anak sedara yg bakal nak kawen ni tahun depan pun masa lapang dia main game… biarlah tahu la tanggungjwb pas kawen nanti… asalkan tak kawn ngan org bukan2, main dadah, segala mak nenek yg mudarat diri.. dok la diam2 dpn komputer… tp pas ni ko tak solat berjemaah ngan bini, mulakan langkah utk masa depan.. mak sedara ni la yg akn pap belakang kepala dia nanti hahaha

    • Budaya mncarut hasil dr main game gk . Sy tau sbb sy pn main game online gak . DOTA, World of Tanks, War Thunder, Armored Warfare sy dah main .

      Dan jmpa mcm ragam manusia . Ad lelaki, ad perempuan . Dan kes bercurangan dlm game mmg ad .

    • Setakat ni dia takde mencarut dpn2 … kalo mulut tu cuba jd puaka siap la kalo mak2 sedara dia ada time tu kena cili kang… setakat sedikit ayat2 kat fb dia tu pun dah kena tegur… setakat ni masih elok lg perangainya haha

  11. Same goes to my dad. And my mom tak kisah sebab dia tak abaikan tanggungjawab dia. Emak lagi suka adalah sebab ayah stay je kat rumah tak pergi mengeteh or melepak kat luar. Adik2 pon join skali tapi perlu dipantau since diorang sekolah lagi.
    And now I am 22, so boleh teka lah ayah umur berapa? Just sharing :)
    Asalkan tau priority tang mana. Ok je kot.

  12. Watak hero pompuan jadi kritikan hahak. Sis, take my advice, i pun main dota, memang dalam game ramai dok mencarut, nak tau laki u jenis mcm mana try watch dia men canna. Kalau suka mencarut tu xyahla buat laki hakhak. Mcm menipu je lepas kawen terus stop dota. Kalau sebelom kawen xnampak commitment tu, susahla pompuan nak caya.

  13. helloooo…ni mai nk cita..dulu aku pon kaki dota..abeh klas ja dota..cuti weekend ja dota…cuti sem pon dota hahaa tp xda la siang mlm dota..dlm 2-3 round pon jadik laaa..pstu pening baq hang ngadap skrin lama2 so pas kawin 2 tahun lepas, ada gak laa aku men dota awai2 tu..blk keja ja dota haha..smpai kena sound dgn bini…tp btui la apa bini aku ckp..xkn nk men game ja kan..anak bini kena tgkkn gak.. so klu nk men pstikan keja2 smua setel..pehtu hg men la..dak pon men ja la time weekend

    lgpon men game kan hobi..tp klu dah men smpai xigt dunia..xtau nk kata apa la..plus bleh ja pas blajaq nk kumpui duit..dah keja kan..klu xkeja cmna nk kumpui duit xgituuuuu? ✌

    so tepuk dada tnya la hati ✌ peace yoo

    p/s: skrg jrg dah men..anak pon da besaq kekeke + umh aku xdak tenet woi…dlu balaih tenet org wakakaka

  14. Sorila.. Kalau priority dia lebih kpd game drp kehidupan (bukan utk awak semata), mungkin kena pikir2 kan, dan kena sedarkan dia. Hiduplah di alam realiti. Tp kalau dia da tau bezakan mana lg penting dan tahu tanggungjawab, best ada suami yg main game. Tp kena kita tahu game tu skali la.. Barula boleh borak2 dan main sama2

  15. Satu je.klau ko suka sngt dgn dia..ko join je dia main dota.baru keluarga dota.ko xsakit hati dia pon sng hati.byk aku dgr wife komplen lps berumahtangga pasal gamer aka hubby drg..anak terabai bagai.sng je.ko bg kata putus..ko pun tgklah jgk dia ni gamer jenis camne.ramai juga gamer yg baik2 time game game.time solat , ank bini sakit berenti..ko kajilah sndri dr time management dia dgn kau.urusan2 penting camne dia handle..aku ckp base apa aku nmpk..jgn kecam aku plak.

    Ko buat istikharah..tp klau ko byk komplen dr accept aku rasa ko move on jelah.simple.sb klu ko xkisah msti ko x confess kt sini.

  16. Teringat pakcik kat zaman muda2 main C&C,Warcraft,CS dgn NFS….

    Skrg dah zaman Dota ehhh..

    Begitu cepat masa berlalu…

    Pakcik pun xde dah main lg semua tu selain CS, sekali sekala join server luar yg penuh dgn anak2 muda…

    Nasihat pakcik…. Cuba2 try main Dota, buat nickID baru pastu cuba la jadi wingman dia… Gerenti korg akan habiskan masa bersama… :p

  17. Semua pasal dota tu betullllll…..tapi part janji nak stop dota lepas kawen tu adalah dusta hakiki…hahahahaha. Kan Fakhrul Adli?

    • putang ina mo? wkweokwokewokewokewoekwoekokwekok. no comment, tp yg pasti, dlu aku dok sembang gak lepas kawen brenti, rupanya tak boleh. wkeowkeokwoekwokwk.

      tp alhamdulillah so far, aku tak kelaut sgt. sementara tggu next game, aku buat susu, cebuk, sidai baju, tolong apa yg patut bg bini aku calm dlu. alah pandai2 la. putang ina bobo, klau terabai study bagai tu wallahualam. zaman aku study dlu dota 2 tak wujud lagi, so aku terselamat. akhir kata. putang ima no.

  18. aish isu berat ni kalau melibatkan dota… laki yang main dota ni lain2 character dia, ade je yg pandai bahagi masa, dan ade jgk yang terlampau spend time kt dota je… ye memang betul kte jangan sesekali mempersoalkan minat dia, tu namanya saling menerima, tapi kadang2 sayang ni jgn jadi bodoh, kalau dia bole utamakan dota dulu daripada main priority dia like study or his work, then that is not good… lelaki macam ni memang sorry to say hanya ade awek untuk lepas bosan bile xdapat main dota, bila main dia buat macam xde awek.

    contoh paling dekat dgn aku ialah abang aq sendiri, dia lagi best bukan stakat dota, anime tengok berepisod2 sampai sanggup x tido, movie jangan cakap la… dari dia sekolah rendah dulu dia main (dulu x panggil dota, diorg pnggil warcraft) smpai la dah besar panjang n sekarang dah kerja dah pun dia still main. siap penah paksa aq belajar main dota sebab nak ade kawan utk bermain sekali. tapi ape yg aq peratikan, makin meningkat usia, makin bnyak tanggungjawab dia like study pastu kerja, makin dia boleh bahagikan masa. time study dia akan study, stress dia main kejap, time kerja dia kerja, kalau esok kerja dia xkan main malam tu sbb takut mengantuk time kerja nnti. cuti hujung mggu dia main la…. kat situ dah bole nmpak kt mana priority dia.

    so kesimpulannya, awak lebih mengenali kekasih awak tu, awak pertimbangkanlah sendiri.. kawin ni bukan kerja main2, bukan bole bersama setahun dua je…

  19. Brp lama sgt la dia nk inzal main dota tu. Dh nama pn zaman blaja, dh apahal ko nk suruh dia cari duit nk kawin? Ni lah bahana drama tv3, harap yg manis2 je.

  20. Kau jgn lupa dlm game dota pn ad player perempuan tau . No wonder dia akan bercurangan dgn ko mlalui dota .

    Tmbah2, klu dia ajak perempuan main dota tuh, play as a team . Then mula la adjust no tepon, adjust mnx fb etc . Lme2 jd skandal .

    Aku tau sbb ak pn main jugak dota dedulu . Kire DOTA 2 ak smpat skjap jela . Tp ak tinggalkan sbb byk komitmen ak nk kne pikul .

  21. Sis..awk doakan dia menang mana2 tournament. Especially tournament yg besar2. Lumayan baqhang.

    Lps tu, hilang kan diri sekejap beruzlah mana2 sampai dia cari balik. Hehe

    Mcm movie…. “Suamiku En. Dota 2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *