bakal madu dota

Salam. Aku nak mintak tolong sangat2 pada siapa yang ada pengalaman nikah dengan laki yg kuat main dota. Btw aku student uia. Dan bakal aku pun uia. InsyaAllah tahun depan majlis kami. Tapi yang aku musykil sekarang ni, pasal future aku dgn dia. Jujur aku sangat sayangkan dia tapi rasa was-was tu still aku tak dapat nak hilangkan. Dia setakat ni yang aku tahu, takde pun usaha nak buat saving untuk life after marriage. Or at least untuk majlis tu nnti. Tak pernah buat kerja part time. Yang aku tahu masa lapang dia dota dota dota. Cuti weekend dota. Cuti 2 minggu dota. Cuti sem 3 bulan pun dota je. Habiskan masa main dota. Bila aku tegur, dia cakap nanti lepas kahwin x dapat main dah, so biar la main puas2 dulu. Hmmm.

Pastu pasal kumpul duit semua tu, nak tunggu habis belajar dulu baru nak fokus cari duit. Sekarang ni, fokus belajar. Tapi masalahnye, time belajar pun dota. Hish geram aku.

Kalau aku halang dia main, ungkit yang dia tak halang pun minat aku, so knapa halang minat dia??sigh. Penat aku macam ni.

Aku bukan apa..aku tak nampak lagi usaha dia. Setakat ni yang aku nampak fokus dia kt dotaaa je. Kalau dah sampai macam tu addict kau main, boleh ke lepas dah nikah nanti kau berhenti macam tu je?aku rasa tak.

Awal2 dulu aku ok. Respect dota as hobi dia. Tapi makin aku kaji, dalam tengah dota tu kuat mencarut. Dah main tu tak ingat dunia dah. Tak tido pun takpe asalkan dpt main. Study makin kelaut. Aku nampak ada character perempuan dalam dota tu yang astaghfirulah. Hm. Paling aku sedih, masa untuk aku pun dah diganti dengan dota. Aku text yang sekali seminggu pun tak balas. Aku kol kene reject..marah aku punca dia lag. Hm. Entahla. Semua ni buat aku mikir nak teruskan hubungan ni atau tak.

Aku pernah baca, dota untuk sape yang single. Main dota, jadi single pun x kisah. Ggwp katanya. Dah tu knapa awal2 approach aku?kenapa bila dah buat aku sayang dia, dia ketepikan aku?ingat aku ni apa bila bosan layan bila 'busy' tolak suka hati??

Ok lah. Makin sakit hati aku type ni. Kat sini aku nak mintak pendapat pada yg ada pengalaman bersuamikan kaki dota. Dia layan kau ok tak walaupun dia still main dota lepas nikah?or sapa2 yang kaki dota tu, betul ke korang boleh tinggal macam tu je dota ni lepas dah kahwin?

Mohon jujur. Terima kasih.

– misspenat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

1,020 Comments

  1. Aku Dotarian. Mula berjinak2 sejak darjah 5(2006) dan mula ketagih x lama selepas itu. Masih bujang lagi. Nanti lepas kawen, saya mintak bini saya buat confession pasal Suami Gamer. Hihi.

    Nak bagitahunye, bergantung kepada Laki awak tu:
    Macam mana tahap kerohanian dia/Responsibility
    Ade je yg buleh kawal walaupon ketagih. Time kat U, jarang main. Main bila betol2 free je. Main bila dah ketagih giler2 sebab xde bende lain nak buat. Bila kat rumah, giler2 baham.
    Ade baik buruk dari Dota ni. Pertama skali, xde masa nak layan pompuan. Kedua, jarang keluar rumah, kurang lepak malam2 kat luar. Duk kat rumah je. Tak yah risau lebih2 dia keluar mana. Main dota pon buleh jadi Jutawan. Dengan syarat jangan noob, jgn 2k scrub, jgn jadi cam pinoy. Mmr is not just a number. Mmr is like ur Pointer.
    Buruknya, banyak jugak. Kalu x reti kawal, memang Gg habisla not GGWP la.
    Cara untuk tinggal dota untuk org spesies aku adalah :
    Bagi aku kerja/tugasan/tanggungjawab/something untuk dibuat/dsb. Aku jarang dan biasenya tak main dota langsung bila dah sibuk kat U dgn esaimen,society,dsb. Tapi, kes ni bergantung kat individu la, tahap kesedaran dia cam mana.
    Kalu nak cerita detail, panjang pulaks.
    Kesimpulannya, Gamer ada je yg Okay. Dah nak buat cam mana kalu dari kecik lagi dah terMain game macam2. Hok penting, Selidik baik2. Cari Gamer yg ada agama. Main game xde la sampai tinggal suboh je. Ade je member aku islamik sikit, tido awal bangun awal untuk main game dan sebelum main game, solat-solat dulu. Pastu main rapat subuh. Dah azan subuh, gi solat berjemaah kat surau. Lepas Suboh, sambung balik xpon kroh3. Dan ada juga yg main dari malam sampai Suboh, alasannya x nak bagi tertinggal Suboh. Haha. DOTA ni memang ketagih dan berhantu sebab ada 100+ heroes yg mana lepas satu game, kita akan rasa nak try hero lain pulak dan begitulah seterusnya, tapi bukeh je diatasi. Kembali kepada Allah. Berubah slow2, tinggal sikit2, jgn mendadak, nanti tak sedap badan, rasa cam gatal tangan nak pegang mouse dgn keyboard. InshaAllah, lama-kelamaan okay la tuh Laki awak.
    Takpon, sebelum nikah, mung paksa Laki mung gi nadah kitab surau, solat surau sokmo, join society, cakap molek dengan dia. Hok penting, jangan bagi jadual harian si Laki tu kosong. Sibukkan dia dgn aktiviti.
    Doakan saya sekali dapat pencen 100% dari Dota.

  2. hehe.dik, laki akk pon pemain dota tegar. memula geram jgk, ngadap game aje. lelame akk biorkan aje.asal dia dok umh. dr merayap xtentu hala. tp tu dulu..la ni ade anak, dia ngadap chanel 808 esports tu je, wat lepas gian katenye…. hehe

  3. sistur, awak buat rilek je.. ramai je yang kaki dota bila couple, tak layan awek smua, tapi lepas kawin trus tak main. bila dah kerja lagi la tak main. Just respect his hobby, cuma nasihat dia, dia kena bagi time jugak dekat sistur. mcm sejam or 2jam ke. yang lain bagi aje dia main. Btw takkan lepas belajar nak trus kawin kot, takkan nak kerja part time masa belajar sbb nak kawin, mmg garu gitu. Yang barua2 nasihat suh tinggal tu takyah dgr. Yang main dota ni lagi selamat dari yang kaki keluar tgk bola. At least u know dia duk mengadap pc je tak cari pompuan lain.

    Nasihat saya, give him time and support him, but in return, u need to ask him to give some of his time for u. Nescaya semua akan ok.

    Yang benar,
    Kaki dota yang dah bekerja and dah nak kawin.

  4. Dgn dota pun jeles,ta faham2 ak..bgos laa dye men dota,law dye men pompuan cmne?at least dye ilang,kau tahu dye duk depan laptop..bukan ilang sbb sesat kat rumah merah..law rase jeles sgt,ape kata g install dota,men skli ngan dye..jdi coach dye dalam game,settle..and sal kawen tu,kenapa nk semakkan kepala pikir bende ta ter jadi lagi?kawen is kawen,dota is dota..biasa laky men dota nie,boleh jdi leader yg baik lam keluarga..so chill laa,ad environment baru..mlm 1st,dye jerit 1st blood dgn kuad jgn terkjot lak..mcm ak ckp,environment baru..

  5. in sha allah..mohon petunjuk allah..dia yg tahu semua nya…btw suami sy dlu masa tunang pun addict main game…tapi lepas kawen jgn kata game..handphone dia pun kdg dia lupe letak mane…lupe terus game semua tu.mcm mane dia berubah?.kite sebagai pasangan kena doa la..apa pun brgntung pada diri sendri jugak tuk berubah…..apa2 pun kena kuat semngat n try tegur dia elok2 la.

  6. Dalam kehidupan ni xda lelaki yang sempurna . Kekadang dye lyn bini baik , bkn gamers tp suka lyn prempuan . Kekdang bkn kaki prempuan kaki judi . Kekadang bkn kaki prempuan or judi tp seorang yg panas brn. Mslh bf awak pulak gamers tp dye x lyn prempuan kn . Ok je , teruskn. Lelaki ni ada pelbgai jnis prngai . Kaki pancing la , kaki itu la , kaki ini la . Xda llki yg smpurna. Mgkn lpas kawen awak akn nmpk prngai sbnr. Xkn 24 jam dgn game je kn , msti ad masa utk awak nnt asalkan bkn utk prempuan lain .

  7. Seorang lelaki yg yg etul betul serius nk berkahwin dan nak pikul tanggungjawab sebagai suami wajib pandai bahagi masa dgn hobi dengan aktiviti kumpul duit untuk masa depan.. (lain la kalau hobi dia mendatang kan duit) …

    Akak tak benci gamers, bahkan akak before kawen , sejak zaman sekolah mmg minat pc games, selalu lepak CC layan game online smpai lah ke zaman kolej..

    Akak respect pada lelaki gamers yg pada masa yg sama bijak cari duit kumpul duut untuk masa depan.. akak tak suka pada gamers (lelaki) yg over main, tak pandai balance kehidupan dia..

    Kalau gamers perempuan tak kisah sgt sbb bila dia dah ada anak, insyaAllah naluri keibuan mengatasi segalanya.. last akak main game gila gila time pregnant anak first..bila keluar je dia, automatic semua game tinggal tumpu pada anak..

    Tapi gamers lelaki yg obses mampu ke tinggal kan game tetibe mcm tu? Wallahualam..

    Solusi dia, bawa berbincang dgn tenang tp tegas.. cuba buka mata dia ttg tanggungjawab suami ..betapa besar tanggungjawab tu.. doa byk byk supaya Allah lembutkan hati dia..bole amalkan surah Toha ayat 1-5 , niat semoga Allah lembutkan hati dia.. insyaAllah..

  8. Aku csgo gamers, lepas kawen pon aku main. Tapi aku berfikir SAMPAI BILA NAK MAIN GAME? so aku berfikir, sama ada aku kehilangan gamr atau aku kehilangan family… And im do a great decision for all time, and you know what it is kehehehe

  9. Seketul suami masih gigih dgn dota masa study assignment last minute jugak tapi study okay, berjaya grad dgn cemerlang. Dah keje pun masih dgn dota, alhamdulillah masih bekerja dgn jayanya. Duit nak kawen, syukur berjaya dikumpul secukupnya. Jangan risau yoo confessor.
    Cc: Dota dan suami sy berpisah tiada Ariff.

  10. Bg aku la.. Xkesah la dia nk jdkan dota tu as hobby dia. Lg bagus dr dia kluar melepak n merayap, main pompuan. But llki ni pon gentle la sikit. Kalau call tu ckp la tgh main game. Ni tak, siap kne marah, kne reject lg. Kecik ati kwn tu. Jaga la sikit hati bakal bini tu kalau takmau mmbujang smpai tua. Haha

  11. Confessor got no chill, hehe sorry gurau je. Aku ni dah kahwin, dan sdg LDR dgn wife aku sbb dia masih study final year. Dulu memula aku sendiri pun gila main game online etc, but then since dah kahwin ni aku sendiri sedar bila dah bekerjaya dan dah berumahtangga secara automatik rasa tanggungjawab tu wujud dlm diri aku. Kebetulan pula laptop yg aku selalu bedal buat main game tu dah makin nazak cukup sekadar utk buat kerja2 office je, lagilah bini aku seronok. Pernah aku nyatakan hasrat nak beli PS4 dgn alasan boleh main sesama dgn dia, dia setuju dgn alasan kumpul duit sendiri slow2 utk beli. Sudahnya bila dah ada duit yg cukup utk beli PS4, aku rasa lagi bahagia bila aku dapat belikan isteri aku hadiah yg boleh buat dia gembira. “Rumahtangga yg bahagia bermula daripada isteri yg bahagia”, aku tak ingat kat mana aku baca quote ni jgn tanya aku. Nasihat jela bakal laki awak tu bebaik ye confessor, in sha Allah akan dipermudahkanNya.

  12. Bg aku xbest… nti dia kurang tido…bila kurang tido angin xberapa nk betui. Pastu nti ko jd bini no 1… dota jd bini no 2 dia. Wasting time… baik cari yg gila majlis ilmu.

  13. Emm..xle nk ckp cmtu..kawan ak ramai gila dota..sampai la main dota..haha..ok je..xder masalahpon..baik main dota dri main pompuan lain..lg sakit hati… Org paling pro ak kenal..bogeli..hahaa..

  14. Bohong. Dh kawen pun dota jugak. Hahahaha. Setiap hari kene dgr janji palsu last game. Last game. Sehari ada lah dlm 4 kali dia punya “last game” tu. Redha je lah. Hahaha Muhammad Ijam

  15. Salam sistur,

    Sebelum saya comment, biar saya perkenalkan diri, saya kaki dota sejak 10 tahun lepas, senang cerita, kalau ada pc mmg bukak dota la. Saya dan beberapa kwn sy yg komen kat atas ni adalah Bekas top 10 team di Malaysia tahun lepas. Dan MMR 5k+ di id betul dan di kesemua smurf id. Sekarang da 3 tahun bekerja sbg engineer yg busy dan masih lagi bermain dota jika ada masa free. Siap main dota lps tgk final euro smlm dan lps tu trus siap2 g keje, releps. Dan bakal berkahwin nanti,

    Pandangan saya selaku kaki tegar dota

    1) kalau dia jenis tak reply mesej/wasap, itu menipu sbb biasanya game sejam je, kalo reply lmbat sejam dua boleh diterima lg, kalo seminggu baru reply, karut.

    -solution- cik install steam kat phone, add dia, mesej je kat steam, kalo x reply jgk, no comment

    2) dota utk sape yg single? Ramai je kwn sy yg da kawin yg kaki tegarr dota, siap ade anak pinak, pndai2 la manage time

    3) asal cuti je dota. Ni kadang2 kne tny jgk dia main dgn siapa, sekarang ni yg men dota bkn laki je, awek korea n amoi2 pun main jgk dota (ada dlm friendlist sy berlambak).

    Tapi biasanya yg da berumur 25 tahun ke atas biasanya mau main dgn rakan2 je 5 org. Kumpul ramai2 sekali minum lepak2 cite hal keje n mcm2 lg pastu g cc. Ada jgk men kat umah tggu mmbe online pastu baru main. Yang problem sekarang ni jika dia tryhard main solo mmr, pastu kalo kalah mncarut maki org. Yg ni susah. Dan sy rasa bakal suami sis ni nmpak gaya mcm kaki tegar solo mmr.

    Harap membantu dan kalo ada kwn2 nk tmbah, comment

  16. saya tak minat pun bende2 macam tu.bazir masa.memancing lagila saya tak minat walaupun saya kerja kat laut.
    by the way,
    saya syawal.
    umur 32.
    bujang.
    tak merokok dan tak hensem.
    suka kucing dan tak suka memancing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *